wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 5 24.3.2020

Total questions: 54

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.
Saya terjumpa se_______ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.
a)
biji
b)
buah
c)
bentuk
d)
butir
2.
Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.
a)
baris
b)
buah
c)
bidang
d)
carik
3.
Di bandar itu, terdapat banyak _______ bangunan pencakar langit.
a)
blok
b)
bungkah
c)
angkatan
d)
bidang
4.
Kak Salmah memberikan beberapa __________ gula-gula kepada adiknya
a)
biji
b)
cebis
c)
bungkus
d)
buah
5.
Saya membeli enam __________ telur dari kedai runcit.
a)
biji
b)
baris
c)
buah
d)
bentuk
6.
Karim sedang memanggang lima belas __________ sate untuk pelanggannya
a)
keping
b)
biji
c)
cucuk
d)
buah
7.
Di kedai itu, hanya tinggal beberapa __________ tikar sahaja
a)
buku
b)
baris
c)
keping
d)
bidang
8.
Di tepi perhentian bas itu terdapat se__________ tiang lampu
a)
bilah
b)
buah
c)
batang
d)
keping
9.
Mei Mei menjerit kerana terduduk di atas se__________ jarum
a)
bilah
b)
buah
c)
cebis
d)
keping
10.
Dua __________ kerusi di bahagian hadapan tempat duduk itu dikhaskan untuk tetamu jemputan.
a)
baris
b)
bentuk
c)
keping
d)
bilah
11.
Saya hendak makan mee _____ nasi lemak
a)
atau
b)
dengan
c)
lalu
d)
lantas
12.
Bapa mendengar radio_______ membaca surat khabar
a)
dan
b)
sambil
c)
Serta
d)
Tetapi
13.
Saya rajin _____ saya tidak pandai belajar
a)
serta
b)
dan
c)
dengan
d)
tetapi
14.
Ali sedih _____ kucingnya belum pulang lagi
a)
atau
b)
sebelum
c)
hingga
d)
sebab
15.
Kamu akan dipenjara ______ melakukan kesalahan
a)
dan
b)
atau
c)
kalau
d)
sebab
16.
Saya terkejut _____ mendengar berita itu
a)
semenjak
b)
apabila
c)
kerana
d)
atau
17.
Dia berasa mengantuk _____ malam itu baru pukul lapan
a)
meskipun
b)
mahupun
c)
lagipun
d)
walaupun
18.
______ melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan dahulu
a)
Sejak
b)
Selepas
c)
Kerana
d)
Sebelum
19.
______ kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak teratur
a)
Sementara
b)
Sungguhnya
c)
Semenjak
d)
Sekiranya
20.
______lelaki _______ perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
a)
Baik, mahupun
b)
Baik, baik
c)
Baik, mahupun
d)
Baik, tetapi juga
21.

Puan Hasnah mengambil __________untuk menyikat rambut anaknya.

a)

sikat

b)

pisau

c)

sudu

d)

garpu

22.

Pelancong-pelancong itu sedang mengambil gambar _________ di dalam gua itu.

a)

kelawar

b)

ayam

c)

ikan

d)

musang

23.

“Jiran __________ memang baik hati,” kata Nisa dan Ujai.

a)

kita

b)

kami

c)

kamu

d)

saya

24.

Sukaneka di sekolah itu sungguh ____________.

a)

meriah

b)

gembira

c)

sukacita

d)

dukacita

25.

Bendera ___________ ditiup angin.

a)

berayun

b)

berkibar

c)

berbuai

d)

berayun

26.

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.


Faizal dan Haris ___________ basikal dengan laju ketika pulang dari sekolah.

a)

menaiki

b)

memandu

c)

menuntun

d)

menunggang

27.

Azim __________ Razi menyertai aktiviti gotong royong.

a)

dan

b)

lalu

c)

malahan

d)

serta

28.

Encik Ravi _____________ ke Singapura.

a)

angkat kaki

b)

makan angin

c)

atas angin

d)

anak angkat

29.

Bungkusan-bungkusan makanan itu adalah __________ pengemis di kaki lima.

a)

oleh

b)

untuk

c)

kepada

d)

daripada

30.

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.


Encik Karim membeli dua __________pisang emas di pasar raya.

a)

biji

b)

sikat

c)

tandan

d)

gugus

31.

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.


Sarinah menyimpan se __________ kek ke dalam peti sejuk.

a)

seulas

b)

secebis

c)

sepotong

d)

urat

32.

Vanidah memotong kad manila itu __________ gunting.

a)

pada

b)

oleh

c)

dengan

d)

daripada

33.

Pilih ayat seruan yang betul.

a)

Cis, cantiknya air tasik ini!

b)

Oh, dilarang menebang pokok itu!

c)

Wah, suburnya hasil tanaman petani itu!

d)

Amboi, lori itu membuang sampah ke sungai!

34.

Jalan masuk ke kampung itu sunyi selepas pukul lapan malam.


Perkataan seerti bagi perkataan sunyi.

a)

riuh

b)

sepi

c)

diam

d)

gelap

35.

Jalan masuk ke kampung itu sunyi selepas pukul lapan malam.


Perkataan seerti bagi perkataan sunyi.

a)

riuh

b)

sepi

c)

diam

d)

gelap

36.

Pilih ayat yang betul.

a)

Aduh, tingginya Menara Kuala Lumpur itu.

b)

Kamal membuka kasut sambil masuk ke dalam rumah.

c)

Robot itu diperbuat daripada bahan-bahan buangan

d)

Dia sudah lima tahun mengajar di sekolah saya.

37.

Ibu membeli se ________ tikar getah di kedai Ah Hok.

a)

bentuk

b)

helai

c)

gulung

d)

buah

38.

Mak Leha menggunakan beberapa _________ serai untuk memasak ayam rendang itu.

a)

batang

b)

tangkai

c)

rumpun

d)

urat

39.

Pak Halim............ lalang di belakang rumah dengan menggunakan sabit.

a)

memotong

b)

mengerat

c)

menebas

40.

Mereka bertepuk tangan selepas Lina.....................kek.

a)

memotong

b)

menghiris

c)

mengerat

41.
Pagi _____________ kami akan mendaki Gunung Datuk bersama dengan abang Adib.
a)
itu
b)
ini
c)
sana
d)
sini
42.
Irene _____________ belum tidur walaupun hari sudah jauh malam.
a)
akan
b)
masih
c)
boleh
d)
sedang
43.
Ibu melarang Damia keluar rumah ______________ cuaca di luar agak panas.
a)
hingga
b)
malahan
c)
kerana
d)
sungguhpun
44.
Ibu ______________ sedulang makanan untuk dihidangkan kepada tetamu kami.
a)
menatang
b)
menjinjing
c)
menjulang
d)
memegang
45.
Buku yang laris ____________ pasaran itu dikarang oleh artis terkenal Datuk Siti Nurhaliza.
a)
di
b)
pada
c)
ke
d)
kepada
46.
Sesi __________________ untuk mencari pelakon baharu sedang diadakan di dalam dewan itu.
a)
temu bual
b)
temu mesra
c)
uji bakat
d)
uji kaji
47.
" Kamu dikehendaki menyerahkan tugasan _______________ esok, " kata Cikgu Khairul.
a)
setiap
b)
masing-masing
c)
setengah
d)
sebahagian
48.
Beberapa ________________ cendawan dimasukkan oleh tukang masak ke dalam sup sayur-sayuran itu.
a)
gugus
b)
cebis
c)
batang
d)
kaki
49.
Disebabkan sikap Raj yang garang seperti ________ , dia tidak disukai oelh rakan-rakan sekelasnya.
a)
semut
b)
kancil
c)
keldai
d)
singa
50.
Semasa perhimpunan pagi, semua pelajar dikehendaki ____________ ikrar sekolah dengan penuh semangat.
a)
meluahkan
b)
menuturkan
c)
melafazkan
d)
mengucapkan
51.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Aziymei menendang bola itu apabila pengadil meniupkan wisel.
a)
Apabila wisel ditiup oleh pengadil, Aziymei terus menendang bola itu.
b)
Kaki Aziymei terus menendang bola apabila wisel pengadil itu ditiup.
c)
Aziymei dan pengadil akan ditendang bola itu apabila wisel ditiup.
d)
Apabila pengadil meniup wisel, Aziymei pun ditendang bola.
52.
Pilih ayat yang betul.
a)
Datuk baru tiba ke perhentian bas.
b)
Bunga hiasan itu diperbuat daripada daun getah.
c)
Dari kamu menonton televisyen, lebih baik kamu membuat ulangkaji.
d)
Buku rujukan sains kamu ada kepada Amalina.
53.
____________ pulang ke rumah masing-masing setelah selesai membersihkan kawasan dewan itu.
a)
Mereka
b)
Dia
c)
Kita
d)
Saya
54.
Perkataan yang mempunyai imbuhan awalan
a)
lari
b)
berlari
c)
larian
d)
melarikan