wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 5-Memahami Puisi

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Soalan 1 hingga 2: Nyatakan maksud pantun di bawah.


Pandu kereta ke Bukit Naga,

Cuaca redup sekian lama,

Kejayaan kita dorongan keluarga,

Kebahagiaan hidup kita bersama.

a)

Menaiki kereta ke Bukit Naga

b)

Keluarga mendorong untuk berjaya

c)

Kebahagiaan untuk sendiri sahaja

d)

Tanpa keluarga kita tetap bahagia

2.

Buah labu di dalam raga,

Air pegaga di dalam kendi,

Kasih ibu membawa ke syurga,

Kasih keluarga kekal abadi.

a)

Hormat dan patuh kepada ibu

b)

Keluarga kekal abadi selamanya

c)

Air pegaga elok diamalkan

d)

Hidangan labu untuk keluarga

3.

Berikut adalah maksud sajak di bawah kecuali


Wawasan keluarga,

Walau berjaya mencipta nama,

Dalam negara dan antara bangsa,

Ingatlah,

Jangan seperti kacang lupakan kulit.

a)

Berusaha hingga berjaya

b)

Sentiasa ingat asal usul

c)

Berjasa hingga terkenal di peringkat antara bangsa

d)

Kulit kacang jangan dibuang hendaklah disimpan

4.

Soalan 4 hingga 5.- Sajak


Ketika kaki ini mengorak langkah

ke gedung ilmu

Tangan ayah dan ibu

Kukucup pohon restu


Mengorak langkah bermaksud............

a)

berborak

b)

merangkak

c)

bergerak

d)

membuka

5.

Di bawah ialah maksud kacang lupakan kulit kecuali

a)

lupa kulit kacang

b)

Lupa jasa ibu bapa

c)

Lupa asal usul

d)

Lupa orang yang menolongnya

6.

lengkapkan pantun


Pohon bidara di istana lama,

Hidup dijaga tinggi menjulang,

Aman sejahtera riang bersama,

Impian keluarga hidup ...........................

a)

malang

b)

cemerlang

c)

menjelang

d)

menghilang

7.

Soalan 7 hingga 8 -Syair


Ingatlah pesanan buat iktibar,

Dengan teman haruslah sabar,

Sentiasalah bertanyakan khabar,

Pasti teman tersenyum lebar.


Berikut adalah maksud syair di atas kecuali..............................................

a)

Bersabar sentiasa dengan kawan-kawan

b)

Mengambil berat tentang keadaan kawan-kawan

c)

Pesanan diingat sebagai pengajaran dan teladan

d)

Kawan sentiasa tersenyum tidak mengira masa

8.

Jika silap salah sudah terbukti,

Pohonlah maaf ikhlas di hati,

Usah berdendam usah sakiti,

Rakan taulan suka dekati.


Maksud rangkap syair ini adalah........................................

a)

Berdendam di dalam hati

b)

Hati sentiasa disakiti

c)

Maaf dipohon dengan ikhlas

d)

Rakan taulan sukar dekati

9.

Soalan 9 hingga 10. Lagu (irama Joget Malaysia)


Marilah kawan mari semua

Marilah kita sayangi keluarga.. x2

Kasih sayangmu kasih yang suci

keluarga kita bahagia selalu..... x2

o,oh,oh keluargaku...hai,hai, hai sayangku

a)

lagu tentang kawan-kawan

b)

Lagu tentang saudara-mara

c)

Lagu tentang keluarga

d)

lagu tentang guru-guru

10.

Maksud kasih sayangmu kasih yang suci

a)

Sentiasa berterima kasih

b)

Sayang kepada kekasih

c)

Kasih sayang antara ahli keluarga sangatlah suci

d)

Kasih sayang bukanlah perkara yang penting