Font size
WorksheetsTatabahasa (Covid-19)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kita dinasihati ____________ menekup mulut dengan sapu tangan ketika bersin dan batuk.
agar
untuk
supaya
bagi
Semua penutup hidung yang terdapat di pasaran ____________ mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
akan
boleh
mesti
pernah
Terdapat ____________ masyarakat yang masih berkeliaran di luar ____________ perintah kawalan pergerakan diumumkan oleh kerajaan.
seluruh...meskipun
segenap...kendatipun
segelintir...waima
beberapa...sungguhpun
Pembelian panik di pasar raya ____________ negara telah mendapat ____________ luas daripada media massa.
semua...liputan
seantero...litupan
seluruh...liputan
segala...litupan
Perdana Menteri ____________ semua anggota masyarakat agar patuh ____________ arahan kerajaan.
menyuruh...pada
menyeru...akan
menggesa...kepada
mengumumkan...pada
Kita ____________ supaya menggunakan pensanitasi tangan dari masa ke masa bagi ____________ kuman pada tangan.
disuruh....melupuskan
digesa...membasmi
diseru...menghapuskan
diminta...menghancurkan
____________ air serbuk kunyit ____________ daun semambu mampu dijadikan sebagai bahan antikuman semula jadi.
Bancuhan...dengan
Sebatian...dan
Gandingan...dan
Campuran...dengan
____________ jalan yang ____________ oleh pihak polis mampu mengekang pergerakan penduduk di luar.
Halangan...diadakan
Hadangan...dibuat
Sekatan...dilakukan
Pemeriksaan...dilakukan
____________ penutup hidung yang melonjak hingga mencecah RM2 sekeping amat membimbangkan semua pihak.
Nilai
Kadar
Tarif
Harga
Angkatan Tentera Malaysia telah diarahkan untuk ____________ pergerakan penduduk agar ____________ jangkitan virus dapat diputuskan.
memerhatikan...kitaran
mengawal...gelungan
memantau...rantaian
mengawasi...gelombang
____________ orang peserta acara itu dikuarantin kerana ____________ positif ujian saringan itu.
Sesetengah...disetujui
Sebilangan...dibuktikan
Semua...diyakini
Beberapa...dipercayai
Perdana Menteri ____________ semua anggota masyarakat agar tidak ____________ maklumat palsu tentang jangkitan wabak Covid-19.
menggesa...merebakkan
menyuruh...menyalurkan
meminta...menularkan
melarang...menyebarkan
Semua penumpang yang ____________ di India akibat ____________ wabak Covid-19 telah berjaya dibawa pulang ke tanah air.
tertinggal...perusuhan
terkandas...penyebaran
terbantut...pembabitan
terbiar...penularan
Selain menonton televisyen di rumah, anak-anak ____________ menggunakan masa terluang untuk ____________ cerpen supaya meningkatkan daya imaginasi mereka.
perlu...menulis
boleh...mengarang
dapat...mengarang
mesti...mencipta
Novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya ____________ tentang pengembaraan ____________ murid ke dimensi alam kumbang.
berkaitan...segerombolan
berperi...seangkatan
bercerita...sekumpulan
bertema...sepasukan
