wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRINSIP PERAKAUNAN (BAC0014)

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses merekod semua urusniaga-urusniaga yang telah berlaku secara sistematik dalam nilai matawang?

a)

Perakaunan Kewangan

b)

Prinsip Kewangan

c)

Perakaunan Pengurusan

d)

Prinsip Pemasaran

2.

Manakah susunan yang BETUL bagi proses perakaunan?

a)

Mentafsir, meringkas, merekod, mengenalpasti dan mengelas

b)

Merekod, mengenalpasti, mengelas, meringkas dan mentafsir

c)

Mengenalpasti, merekod, mengelas, meringkas dan mentafsir

d)

Mengenalpasti, mengelas, merekod, meringkas dan mentafsir

3.

Proses merekod adalah proses_____________________________

a)

memindahkan semua ursniaga yang telah berlaku ke dalam lejar

b)

merekod semua urusniaga yang telah dikenalpasti ke dalam jurnal

c)

menyenaraikan semua akaun yang terlibat ke dalam inbangan duga

d)

menyediakan penyata kewangan

4.

Proses memindahkan semua catatan ke lejar adalah proses ______________________

a)

mengenalpasti

b)

mengelas

c)

mentafsir

d)

meringkas

5.

Berikut adalah jenis pengguna dalaman yang menggunakan maklumat perakaunan KECUALI

a)

pemilik perniagaan

b)

pengurus

c)

pekerja

d)

pelabur sedia ada

6.

Siapakah pengguna luaran maklumat perakaunan?

a)

Mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan tetapi memerlukan penyata kewangan untuk membuat keputusan

b)

Mereka yang terlibat secara langsung dalam perniagaan dan memerlukan penyata kewangan untuk membuat keputusan

c)

Mereka yang tidak pasti sama ada terlibat secara langsung atau tidak dalam perniagaan

d)

Mereka yang tidak terlibat langsung dalam urusan perniagaan ini.

7.

Peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam mengukur, merekod dan melapor aktiviti ekonomi dipanggil ________________________________

a)

Prinsip Perakaunan

b)

Perakaunan Kewangan

c)

Prinsip Perakaunan Diterima Umum

d)

Perakaunan Pengurusan

8.

Prinsip yang mengandaikan bahawa pemilik dan perniagaan adalah dua entiti berasingan ___________________

a)

Usaha Berterusan

b)

Kos Sejarah

c)

Tempoh Perakaunan

d)

Entiti Berasingan

9.

Usaha berterusan mengandaikan ________________________________________

a)

aset perniagaan akan direkod pada harga kos asal atau pada masa dibeli

b)

perniagaan akan terus beroperasi untuk satu tempoh yang panjang dan tidak ditentukan hadnya.

c)

perniagaan disediakan untuk tempoh 12 bulan

d)

perniagaan akan mengekalkan semua kaedah yang digunakan

10.

Manakah di antara berikut adalah pengguna luaran?


i. Pihak bank

ii. Pembekal

iii. Pelajar

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

i, ii dan iii

11.

Manakah di antara berikut SALAH tentang persamaan perakaunan?

a)

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

b)

ASET = LIABILITI - EKUITI PEMILIK

c)

LIABILITI = ASET - EKUITI PEMILIK

d)

EKUITI PEMILIK = ASET - LIABILITI

12.

Harta milik perniagaan yang tidak boleh diubah dah dijual semula ialah ____________________________

a)

Aset Semasa

b)

Liabiliti Semasa

c)

Aset Bukan Semasa

d)

Liabiliti jangka Panjang

13.

Siapakah pemiutang?

a)

Individu yang berhutang dengan perniagaan.

b)

Individu yang berhutang dengan orang luar

c)

Individu yang berhutang dengan orang di dalam perniagaan

d)

Individu yang memberi hutang kepada perniagaan.

14.

Tunai, bank, inventori akhir dan penghutang adalah item-item untuk _____________________________

a)

aset semasa

b)

aset bukan semasa

c)

liabiliti semasa

d)

ekuiti pemilik

15.

Manakah di antara berikut BUKAN item-item ekuiti pemilik?

a)

Modal

b)

Ambilan

c)

Pinjaman

d)

Belanja

16.

Apakah maksud BELANJA?

a)

Keuntungan yang diperolehi oleh perniagaan

b)

Wang yang dilaburkan oleh pemilik kepada perniagaan

c)

Kos operasi yang perlu ditanggung oleh perniagaan bagi mendapat keuntungan

d)

Pengeluaran wang perniagaan oleh pemilik untuk kegunaan peribadi.

17.

Ekuiti Pemilik adalah _______________________

a)

hutang perniagaan kepada pihak luar

b)

harta pmilik perniagaan

c)

hak yang diperolehi pemilik dalam perniagaan

d)

harta yang tidak boleh diubah dalam jangka masa pendek

18.

Item-item dalam Ekuit Pemilik termasuklah _______________________

a)

tunai, bank dan penghutang

b)

modal, hasil, belanja dan ambilan

c)

modal, hasil, ambilan dan pemiutang

d)

pemiutang, bank, inventori akhir dan ambilan

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan Liabiliti Semasa?

a)

Hutang yang perlu dibayar dalam jangkamasa panjang

b)

Hutang yang perlu dibayar dalam jankamasa sederhana

c)

Hutang yang perlu dibayar dalam jangkamasa pendek

d)

Hutang yang tidak perlu dibayar

20.

Ambilan ialah ______________________

a)

pengeluaran wang atau barangan perniagaan yang dilakukan oleh pemilik untuk kegunaan peribadi

b)

pengeluaran wang atau barangan oleh pemilik untuk kegunaan perniagaan

c)

pengeluaran wang atau barangan milik pemilik perniagaan

d)

pengeluaran wang pemilik untuk kegunaan perniagaan

21.

Jika Aset = RM2,000 ; Ekuiti Pemilik = RM1,800. Berapakah nilai liabiliti?

a)

RM3,800

b)

RM200

c)

RM800

d)

RM1,200

22.

Jika Liabiliti = RM400 ; Ekuiti Pemilik = RM900. Berapakah nilai Aset?

a)

RM500

b)

RM1,500

c)

RM1,400

d)

RM1,300

23.

Jika Aset = RM3,700 ; Liabiliti = RM500. Berapakah nilai Ekuiti Pemilik?

a)

RM4,200

b)

RM1,300

c)

RM3,200

d)

RM3,500

24.

Jika Ekuiti Pemilik = RM3,000 ; Aset = RM4,800. Berapakah nilai Liabiliti?

a)

RM4,800

b)

RM1,800

c)

RM7,800

d)

RM1,000

25.

Berapakah nilai Aset jika Liabiliti = RM200 dan Ekuiti Pemilik = RM350?

a)

RM550

b)

RM150

c)

RM100

d)

RM200

26.

Berapakah nilai Ekuiti Pemilik jika nilai Aset = RM1,200 dan Liabiliti = RM550?

a)

RM750

b)

RM650

c)

RM1,750

d)

RM550

27.

Berapakah nilai Liabiliti jika nilai Ekuiti Pemilik = RM1,900 dan Aset = RM2,800?

a)

RM1,100

b)

RM3,700

c)

RM4,700

d)

RM900

28.

Sekiranya nilai Aset = RM7,280 dan nilai Ekuiti Pemilik = RM1,750, berapakah nilai Liabiliti?

a)

RM6,280

b)

RM9,030

c)

RM5,530

d)

RM1,470

29.

Sekiranya nilai Aset = RM10,000 dan nilai Ekuiti Pemilik = RM3,900, berapakah nilai Liabiliti?

a)

RM13,900

b)

RM7,100

c)

RM6,100

d)

RM6,000

30.

Jika nilai Liabiliti = RM20,000 dan nilai Aset = RM23,800, berapakah nilai Ekuiti Pemilik?

a)

RM3,800

b)

RM43,800

c)

RM16,200

d)

RM20,000

31.

Memulakan perniagaan dengan tunai di bank sebanyak RM18,000. Apakah kesan urusniaga transaksi ini?

a)

Modal (EP) naik ; Bank (A) turun

b)

Modal (EP) naik ; Bank (A) naik

c)

Modal (EP) naik ; Tunai (A) turun

d)

Modal (EP) turun ; Tunai (A) turun

32.

Bayar sewa pejabat RM1,800 dengan cek. Apakah kesan urusniaga transaksi ini?

a)

Sewa (EP) turun ; Bank (A) turun

b)

Sewa (EP) turun ; Cek (A) turun

c)

Sewa (L) naik ; Cek (EP) turun

d)

Sewa (L) turun ; Bank (A) turun

33.

Beli peralatan pejabat dengan cek RM1,700. Apakah kesan urusniaga transaksi ini?

a)

Bank (A) naik ; Peralatan pejabat (A) turun

b)

Cek (A) turun ; Belian (L) naik

c)

Bank (A) turun ; Peralatan pejabat (A) naik

d)

Cek (A) turun ; Peralatan pejabat (L) naik

34.

Memberikan perkhidmatan bernilai RM3,000 secara kredit kepada Khaleef Bhd. Apakah kesan urusniaga transaksi ini?

a)

Khaleef Bhd (A) naik ; Perkhidmatan (EP) naik

b)

Khaleef Bhd (L) naik ; Perkhidmatan (EP) turun

c)

Bank (A) naik ; Perkhidmatan (EP) naik

d)

Bank (A) naik ; Perkhidmatan (EP) turun

35.

Mengeluarkan tunai di bank untuk kegunaan peribadi RM450. Apakah kesan urusniaga transaksi ini?

a)

Tunai (A) turun ; Ambilan (EP) turun

b)

Tunai (A) naik ; Ambilan (EP) turun

c)

Bank (A) turun ; Ambilan (EP) turun

d)

Bank (A) naik ; Ambilan (EP) turun

36.

Memberikan perkhidmatan dan terima cek RM2,200. Manakah yang BETUL?

a)

Perkhidmatan (EP) turun ; Bank (A) turun

b)

Perkhidmatan (EP) naik ; Bank (A) naik

c)

Cek (A) naik ; Perkhidmatan (L) naik

d)

Cek (A) turun : Perkhidmatan (L) turun

37.

Membayar bil air RM60 dengan tunai. Manakah yang BETUL?

a)

Bila air (A) naik ; Tunai (L) turun

b)

Bil air (A) turun ; Tunai (L) naik

c)

Bil air (EP) naik ; Tunai (A) turun

d)

Bil air (EP) turun ; Tunai (A) turun

38.

Menerima tunai dari Khaleef Bhd. Manakah yang BETUL?

a)

Khaleef Bhd (A) turun ; Tunai (A) naik

b)

Khaleef Bhd (A) naik ; Tunai (A) turun

c)

Khaleef Bhd (L) turun ; Tunai (A) naik

d)

Khaleef Bhd (L) naik ; Tunai (A) turun

39.

Menambah pelaburan ke dalam perniagaan dengan tunai RM3,000. Manakah yang BETUL?

a)

Modal (EP) turun ; Tunai (A) naik

b)

Modal (EP) naik ; Tunai (A) naik

c)

Pelaburan (EP) naik ; Tunai (A) naik

d)

Pelaburan (EP) turun ; Tunai (A) naik

40.

Memberikan perkhidmatan kepada Khameel Trading bernilai RM2,000 secara kredit. Manakah yang BETUL?

a)

Kredit (L) naik ; Perkhidmatan (EP) naik

b)

Bank (A) naik ; Perlhidmatan (EP) naik

c)

Khameel Trading (A) naik ; Perkhidmatan (EP) naik

d)

Khameel Trading (L) naik ; Perkhidmatan (EP) naik

41.

Pelaburan ke dalam perniagaan dalam bentuk tunai RM5,000. Manakah pilihan yang TEPAT?

a)

Modal (Debit) ; Tunai (Kredit)

b)

Tunai (Debit) ; Modal (Kredit)

c)

Pelaburan (Debit) ; Tunai (Kredit)

d)

Tunai (Debit) ; Pelaburan (Kredit)

42.

Terima cek dari penghutang RM1,500. Manakah pilihan yang TEPAT?

a)

Cek (Debit) ; Penghutang (Kredit)

b)

Penghutang (Debit) ; Cek (Kredit)

c)

Bank (Debit) ; Penghutang (Kredit)

d)

Penghutang (Debit) ; Bank (Kredit)

43.

Membayar akhbar Minggu Bersih dengan cek bagi menjelaskan kos pengiklanan perniagaan sebanyak RM2,000. Manakah pilihan yang TEPAT?

a)

Minggu Bersih (Debit) ; Bank (Kredit)

b)

Iklan (Debit) ; Minggu Bersih (Kredit)

c)

Iklan (Debit) ; Bank (Kredit)

d)

Bank (Debit) ; Iklan (Kredit)

44.

Memberikan perkhidmatan kepada Nizam Trading RM3,000; terima cek RM2,500 dan tunai RM500. Manakah pilihan yang TEPAT?

a)

Perkhidmatan (Debit) ; Nizam Trading (Kredit)

b)

Nizam Trading (Debit) ; Perkhidmatan (Kredit)

c)

Perkhidmatan (Debit) ; Bank (Kredit) ; Tunai (Kredit)

d)

Bank (Debit) ; Tunai (Debit) ; Perkhidmatan (Kredit)

45.

Membayar upah pekerja sambilan RM1,000 dengan cek. Manakah pilihan yang TEPAT?

a)

Upah (Debit) ; Bank (Kredit)

b)

Bank (Debit) ; Upah (Kredit)

c)

Upah (Debit) ; Cek (Kredit)

d)

Cek (Kredit) ; Upah (Debit)

46.

Memberi perkhidmatan secara kredit RM2,100 kepada Syarikat Kamarul. Manakah pilihan yang TEPAT?

a)

Bank (Debit) ; Perkhidmatan (Kredit)

b)

Syarikat Kamarul (Debit) ; Perkhidmatan (Kredit)

c)

Perkhidmatan (Debit) ; Kredit (Kredit)

d)

Perkhidmatan (Debit) ; Bank (Kredit)

47.

Pemilik mengambil tunai di bank RM550 untuk membayar sewa rumahnya. Manakah pilihan yang TEPAT?

a)

Ambilan (Debit) ; Tunai (Kredit)

b)

Sewa (Debit) ; Bank (Kredit)

c)

Ambilan (Debit) ; Bank (Kredit)

d)

Sewa (Debit) ; Tunai (Kredit)

48.

Membeli van untuk kegunaan perniagaan RM53,000 secara kredit dari Syarikat Pengangkutan Warisan. Manakah pilihan yang TEPAT?

a)

Belanja (Debit) ; Bank (Kredit)

b)

Van (Debit) ; Syarikat Pengangkutan Warisan (Kredit)

c)

Van (Debit) ; Bank (Kredit)

d)

Belanja (Debit) ; Syarikat Pengangkutan Warisan (Kredit)

49.

Membeli alatulis dengan tunai RM150. Manakah pilihan yang TEPAT?

a)

Alatulis (Debit) ; Tunai (Kredit)

b)

Tunai (Debit) ; Belian (Kredit)

c)

Peralatan (Debit) ; Tunai (Kredit)

d)

Belian (Debit) ; Peralatan (Kredit)

50.

Membayar gaji pekerja dengan cek RM3,000. Manakah pilihan yang TEPAT?

a)

Gaji (Debit) ; Cek (Kredit)

b)

Bank (Debit) ; Gaji (Kredit)

c)

Gaji (Debit) ; Bank (Kredit)

d)

Cek (Debit) ; Gaji (Kredit)