NEW
Font size
WorksheetsKATA KERJA 3 - Cikgu Akmar
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Puan Sarifah ________air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat
kemalangan jalan raya.
merenjis
menyiram
menyimbah
menuangkan
Laksamana Hang Tuah ________perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris.
menjolok
mencocok
mencucuk
merodok
Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.
bersila
berlunjur
bersimpuh
bertinggung
Cucu Pak Leman _____________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu.
memicit-micit
menekan-nekan
menepuk-nepuk
menggenggam-genggam
Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
membimbing
memandu
mengawasi
mengawasi
Puan Leong ________kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.
menceritakan
mengadu
meracau
meleter
Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir.
mengikis
mengikir
mengasah
mengilat
Hati Puteri Nur Ashikin ________apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.
terdiam
tercalar
tersayat
tersentuh
Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _________keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
memiliki
mendapati
mempunyai
memperoleh
Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya.
melekat
menyisip
membubuh
menyangkut
Soalan ini berdasarkan gambar yang diberikan.
Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa __________ pakaian yang kemas dan berjenama untuk __________ imejnya.
melaram ... mengekalkan
menyarung ... melonjakkan
memakai ... menghangatkan
menampilkan ... menaikkan
Soalan ini berdasarkan gambar yang diberikan.
Kak Wan mengeluarkan pai ayam yang telah _________ nya dari ketuhar.
dibakar
disalai
didiang
dikukus
Nurul Husni menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang __________ di atas tilam.
merayap
menjalar
memanjat
menyelinap
Jabatan Meteorologi ___________ bahawa hujan lebat akan melanda kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
memaklumkan
memberitahu
meramalkan
melaporkan
Semua murid di dalam kelas Enam Cyber dan 6 Space__________ untuk mendapat 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
berebut
bersaing
berjuang
berlawan
