wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latih tubi BM PT3 1

Total questions: 27

Worksheet time: 2hrs 15mins

Name
Class
Date
1.
  Tuan Pengetua ........................... hadiah kepada pemenang pertandingan pidato sekolah itu.
a)
menyatakan
b)
menyampaikan
c)
menyempurnakan
d)
mempersetujui
2.
Sumbangan .......................... orang ramai itu akan diagihkan kepada mangsa-mangsa gempa
a)
dari
b)
untuk
c)
kepada
d)
daripada
3.
Encik Ram mengupah ......................... dalaman untuk menyusun atur perabot dan lukisan-lukisan di rumah barunya.
a)
jurucerakin
b)
jurulatih
c)
juruhias
d)
jurubina
4.
Majikan itu menugasi banyak kerja yang berat kepada beberapa orang pekerjanya.
a)
menugasi
b)
yang
c)
beberapa
d)
Tiada kesalahan
5.
Adik menggunakan pembaris untuk membuat garisan yang lurus.
a)
menggunakan
b)
membuat
c)
lurus
d)
Tiada kesalahan
6.
Kakak jarang memakai pakaian yang berwama cerah kerana cepat kotor.
a)
Betul
b)
Salah
7.
Latihan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan sehingga hari kembali cerah.
a)
Betul
b)
Salah
8.
Ayah memasukkan kunci kereta dalam balang yang cerah agar mudah dilihat.
a)
Betul
b)
Salah
9.
Kehidupan Pak Ramli sekeluarga semakin cerah sejak anak-anaknya mendapat pekerjaan tetap.
a)
Betul
b)
Salah
10.
Harga barang yang dibeli oleh kakak dan ibu berselisih RM3 sahaja.
a)
Betul
b)
Salah
11.
Walaupun Anita dan Aliza adik-beradik kembar, mereka sentiasa berselisih faham.
a)
Betul
b)
Salah
12.
Oleh sebab lorong itu sempit, dia sentiasa berselisih dengan orang lain ketika hendak ke sekolah.
a)
Betul
b)
Salah
13.
Sungguhpun berselisih bahu dengannya, dia tidak menoleh ke arah saya.
a)
Betul
b)
Salah
14.
Pihak kerajaan telah menyediakan bermacam kemudahan-kemudahan untuk pembangunan Pendidikan di Malaysia.
a)
bermacam-macam kemudahan-kemudahan
b)
bermacam-macam kemudahan
c)
bermacam kemudahan
d)
bermacam kemudahan-kemudahan
15.
Kutipan derma orang ramai itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.
a)
akan kami serahkan kepada
b)
akan kami serahkan pada
c)
kami akan serahkan pada
d)
kami akan serahkan kepada
16.
Puan Saodah selamat kembali ke tanah air selepas kira-kira dua bulan setengah menjalani rawatan lanjutan kanser tulang di luar negara.
a)
Selepas merawat pesakit kanser tulang lebih kurang dua bulan setengah di luar negara, Puan Saodah selamat kembali ke tanah air.
b)
Puan Saodah selamat menjalani rawatan susulan penyakit kanser di luar negara kira-kira dua bulan setengah.
c)
Selepas dua bulan setengah Puan Saodah di luar negara untuk menjalani rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihidapinya, kini beliau selamat kembali di tanah air.
d)
Selepas lebih kurang dua bulan setengah Puan Saodah di luar negara untuk menjalani rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihidapinya, kini beliau selamat kembali di Malaysia.
17.
Hujan dijangka turun pada petang esok mengikut ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca.
a)
Petang esok Jabatan Kaji Cuaca akan meramalkan keadaan hujan.
b)
Jabatan Kaji Cuaca meramalkan bahawa hujan akan turun pada petang esok.
c)
Pada petang esok, Jabatan Kaji Cuaca akan mengeluarkan ramalan tentang hujan.
d)
Ramalan hujan pada petang esok, akan dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca.
18.
Dia tetap tabah walaupun menempuh pelbagai halangan.
a)
Betul
b)
Salah
19.
Kejayaannya mewakili sekolah dalam pertandingan badminton amat membanggakan.
a)
Betul
b)
Salah
20.
Bangunlah awal-awal jika takut bas meninggalkan anda.
a)
Betul
b)
Salah
21.
Kampungnya jauh terpencil kerana kurang kemudahan asas.
a)
Betul
b)
Salah
22.
Seekor tikus sedang bersembunyi di dalam gulungan tikar mengkuang itu.
a)
Betul
b)
Salah
23.
Walaupun usia adik baru tiga tahun, dia sudah dapat menunggang basikal.
a)
Betul
b)
Salah
24.
Pengemis itu duduk di kaki lima sambil menadah tangan.
a)
Betul
b)
Salah
25.
Dia sedang tidur atau sedang menonton televisyenkah?
a)
Betul
b)
Salah
26.
Hakim dan Taufik selalu bersama-sama untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan walaupun mereka mempunyai kemahiran yang berbeza.Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
a)
seperti isi dengan kuku.
b)
bagai aur dengan tebing.
c)
seperti pahat dengan penukul.
d)
seperti anjing dengan kucing.
27.
"Pandai-pandailah kamu membawa diri di tempat orang nanti, kerana lain padang lain belalangnya" pesan emak kepada Abang Long yang berpindah ke tempat baharu. Peribahasa yang bergaris bermaksud .....
a)
setiap tempat, berbeza-beza ragam penduduknya.
b)
setiap tempat, ada adat yang diamalkan.
c)
setiap tempat, berbeza-beza adatnya.
d)
setiap tempat, ada penduduknya.