Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (Tatabahasa)

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Hani menangis _____________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.

a)

berbual-bual

b)

teresak-esak

c)

terikut-ikut

d)

berkali-kali

2.

Hakim itu menggunakan _____________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

a)

budi pekerti

b)

bual bicara

c)

budi bahasa

d)

budi bicara

3.

Adik kelihatan muram apabila dia hanya mendapat _________ dalam pertandingan nyanyian itu.

a)

sagu hati

b)

baik hati

c)

puas hati

d)

gerak hati

4.

Rambut budak lelaki itu kelihatan ________ kerana tidak disikat.

a)

comot-momot

b)

kelam-kabut

c)

kusut-masai

d)

gerak-geri

5.

Damian memeluk pinggang ayahnya_________ ketika membonceng motosikal.

a)

enak-enak

b)

benar-benar

c)

dalam-dalam

d)

erat-erat

6.

__________ kereta nasional itu menepati cita rasa pengguna di Malaysia.

a)

Reka cipta

b)

Reka bentuk

c)

Reka letak

d)

Reka corak

7.

Encik Hanafi berjalan __________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya.

a)

kacau-bilau

b)

bolak-balik

c)

mundar-mandir

d)

ulang-alik

8.

__________ tingkap rumah datuk ditukar dengan yang baharu kerana sudah reput.

a)

Jejari

b)

Kekisi

c)

Lelangit

d)

Rerumput

9.

Acara_________ merupakan acara kemuncak dalam sukan tahunan SJKC Pulai Indah.

a)

olahraga

b)

kakitangan

c)

setiausaha

d)

kerjasama

10.

Abang membeli papan _________ yang baharu untuk menggantikan yang lama.

a)

rerama

b)

kekabu

c)

kekuda

d)

kekunci