wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Principles of Tourism Management T1

Total questions: 25

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud pengurusan?

a)

Mengatur pergerakan pekerja dalam memastikan kesemua aktiviti pengeluaran dapat dilaksanakan mengikut prosedur.

b)

Fungsi untuk mencapai sesuatu melalui kegiatan orang lain dan mengawasi usaha individu untuk mencapai tujuan bersama.

c)

Satu sistem peraturan dan hubungan kuasa yang mengawal bagaimana manusia dalam organisasi bekerjasama dan berinteraksi

d)

—Menunjukkan mengenai spesialisasi-spesialisasi dari pekerjaan, saluran perintah maupun penyampaian laporan.

2.

"Individu yang digaji bagi mempengaruhi, memimpin, membimbing membuat keputusan dan menggunakan sumber organisasi untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi."


Pernyataan di atas merujuk kepada....

a)

Pengurus

b)

Penyelaras

c)

Pengarah Urusan

d)

Ahli Lembaga Pengarah

3.

Fungsi pengurusan


(I) Prestasi

(II) Pengawalan

(III) Perancangan

(IV) Pengorganisasian

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

semua jawapan

4.

Pengorganisasian merupakan proses mengorganisasi atau menyusun sumber- sumber yang dimiliki seperti manusia, kewangan, modal, bahan- bahan, maklumat dan sumber lain yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi.

a)

BETUL

b)

SALAH

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses Perancangan?

a)

Proses yang melibatkan perletakan matlamat, menerangkan strategi-strategi dan membangunkan pelan-pelan bagi menyelaraskan aktiviti kerja

b)

Proses yang melibatkan penyusunan sumber- sumber yang dimiliki seperti manusia, kewangan, modal, bahan- bahan, maklumat dan sumber lain yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi.

c)

Suatu proses kerja dengan melalui orang lain bagi mencapai objektif organisasi secara berkesan dengan menggunakan sumber-sumber terhad secara cekap dalam suasana yang sentiasa berubah-ubah.

d)

Proses penyusunan melibatkan kerja-kerja menstruktur organisasi dan pengambilan staf.

6.

Proses penyusunan organisasi melibatkan kerja-kerja menstruktur organisasi dan pengambilan staf.

a)

BETUL

b)

SALAH

7.

Perkara yang terlibat dalam aspek pengambilan staf dalam penyusunan organisasi


(I) Perancangan sumber manusia

(II) Pengambilan dan pemilihan kakitangan

(III) Program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan

(IV) Pengurusan perbelanjaan isi rumah kakitangan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

semua jawapan

8.

Pengarahan (Directing) melibatkan beberapa perkara termasuklah


(I) Motivasi

(II) Perancangan

(III) Kepimpinan

(IV) Komunikasi

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

semua jawapan

9.

"Proses memantau prestasi, membandingkan prestasi dengan matlamat dan membetulkan sebarang penyimpangan yang berlaku."


Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi pengurusan....

a)

Perancangan

b)

Pengarahan

c)

Pengawalan

d)

Pengorganisasian

10.

Gabungan fungsi perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan dalam pengurusan bagi menguruskan sumber-sumber adalah bertujuan untuk.....

a)

Menetapkan misi dan visi organisasi.

b)

Mencapai matlamat organisasi.

c)

Menggunakan sumber-sumber yang terhad.

d)

Menggalakkan penggunaan sumber secara berkala.

11.

Kemahiran dalam pengurusan....


(I) Leadership

(II) Team Building

(III) Delegation Skills

(IV) Decision Making Skills

(V) Communication & Presentation Skills

a)

I, II, III dan IV sahaja

b)

I, II, III dan V sahaja

c)

II, III, IV dan V sahaja

d)

Semua jawapan

12.

Secara umumnya, berapakah lapisan pengurusan yang terdapat di sesebuah organisasi?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

13.

Hierarki dalam pengurusan organisasi...


(I) Pengurusan Atasan

(II) Pengurusan Eksekutif

(III) Pengurusan Pertengahan

(IV) Pengurusan Lini / Hadapan

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

14.

Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif, Presiden atau Pengurus Besar. Mereka dilantik oleh ahli lembaga syarikat.


Di antara tugasnya adalah...

a)

Memimpin aktiviti harian yang dilakukan oleh pekerja-pekerja.

b)

Memantau perjalanan dan prestasi syarikat supaya sentiasa mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan.

c)

Mengawasi pekerjaan harian dibahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu mengikut perancangan

d)

Menyelia tugas pengurus dibawahnya dan menukar matlamat yang telah ditetapkan oleh pengurus atasan kepada bentuk yang lebih spesifik.

15.

Berikut merupakan contoh jawatan bagi pengurusan pertengahan KECUALI

a)

Pengurus Bahagian

b)

Timbalan Presiden

c)

Penolong Pengurus

d)

Ketua Pasukan

16.

Aiman adalah seorang pengurus di Jabatan Kewangan. Beliau mengumpulkan aktiviti-aktiviti kerja ke dalam bahagian-bahagian operasi yang utama dan mengagihkan kerja tersebut kepada pekerja yang terlibat. Aiman melaksanakan proses ke ……………… dalam fungsi pergorganisasian.

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

17.

Fungsi pengurusan dari aspek pengawalan termasuklah...

a)

Mengawal penentuan matlamat

b)

Mengawal bahan dan sumber

c)

Mengawal motivasi pekerja

d)

Mengawal matlamat yang telah ditetapkan

18.

Fungsi penyusunan (organizing) dalam pengurusan adalah mengorganisasi atau menyusun....


(I) Sumber Manusia

(II) Sumber Kewangan

(III) Sumber Maklumat

(IV) Sumber Organisasi

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

semua jawapan

19.

"Usaha bagi memotivasikan pekerja, memilih saluran komunikasi yang berkesan dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul".


Pernyataan di atas merujuk kepda fungsi pengurusan .........

a)

Perancangan

b)

Penyusunan

c)

Pengawalan

d)

Pengarahan

20.

Jika pengurus atasan bertanggungjawab membentuk dasar, tatacara dan strategi syarikat, maka pengurus pertengahan pula bertanggungjawab melaksanakannya dengan cekap dan berkesan.


Selain itu, antara tanggungjawab pengurus pertengahan termasuklah.....

a)

Menyelaras dan menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.

b)

Memimpin aktiviti harian yang dilakukan oleh pekerja-pekerja.

c)

Mengawasi pekerjaan harian dibahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan

d)

Memantau perjalanan dan prestasi syarikat supaya sentiasa mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan.

21.

Antara tugas Pengurus Lini (Bahagian Hadapan) termasuklah.....

a)

Mengawasi pekerjaan harian dibahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan

b)

Menyelia tugas pengurus dibawahnya dan menukar matlamat yang telah ditetapkan oleh pengurus atasan kepada bentuk yang lebih spesifik.

c)

Menyelaras dan menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.

d)

Meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku dipersekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.

22.

Berikut merupakan jawatan yang dikategorikan dalam pengurus lini...


(I) Penyelia

(II) Ketua Kumpulan

(III) Ahli Lembaga Syarikat

(IV) Pekerja Kanan @ Fomen

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

semua jawapan

23.

Dalam proses perancangan, pengurus perlu mempertimbangkan setiap persoalan tersebut bagi mencari pilihan paling tepat. Persoalan tersebut adalah seperti berikut KECUALI

a)

Apakah sumber kewangannya?

b)

Apakah yang hendak dilakukan?

c)

Bagaimana hendak melakukannya?

d)

Siapakah yang akan melakukannya?

24.

Apakah yang embezakan kedudukan pengurus mengikut hierarki kuasa atau pangkat di dalam organisasi?

a)

Carta Organisasi

b)

Struktur Syarikat

c)

Amalan Pengurusan

d)

Tingkat Pengurusan

25.

Pengawalan merupakan proses memantau prestasi, membandingkan prestasi dengan matlamat dan membetulkan sebarang penyimpangan yang berlaku.


Tujuan proses pengawalan dilaksanakan adalah untuk

(I) Menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan

(II) Masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil

(III) Faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi

(IV) Tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

semua jawapan