WorksheetsBAHASA MELAYU MENENGAH RENDAH (SIMPULAN BAHASA)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Syamsuddin berasa______apabila mendengar khabar angin tentang dirinya diceritakan oleh rakan karibnya kepada orang lain.
iri hati
jatuh hati
jauh hati
berat hati
Aiman tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana dia____________.
kaki ayam
kaki botol
kaki bangku
kaki judi
Encik Harun sentiasa mengambil berat tentang kebajikan _____ di bawah bimbingannya.
anak dagang
anak emas
anak buah
anak angkat
Walaupun sudah beberapa kali ditegur, Hanidah masih _____untuk mematuhi nasihat ibunya itu.
hati batu
hati kaudu
hati mati
hati muda
Suresh dianggap seorang yang_______kerana dia dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan mudahnya.
kecut hati
kata hati
terang hati
makan hati
Pertolongan yang diberikan oleh Hanisah ketika Lee ditimpa masalah kewangan tidak dibalas oleh Lee apabila Hanisah memohon bantuan daripadanya beberapa bulan yang lalu.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah
seperti anjing menyalak bukit
seperti anjing mengonggong tulang
seperti anjing dengan kucing
seperti melepaskan anjing tersepit
Fikri dipilih sebagai pengerusi persatuan bahasa Melayu kerana tiada calon yang bertanding untuk jawatan tersebut.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah
seperti tikus membaiki labu
seperti tikus jatuh ke beras
seperti labu ditebuk tikus
marahkan tikus, lengkiang dibakar
Semua murid didenda oleh Cikgu Guna meskipun hanya dua orang murid berbuat bising di dalam kelasnya.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah seperti
ikan kena tuba
ikan pulang ke lumpur
ikan seekor rosakkan ikan setajau
ada air adalah ikan
Walaupun dilahirkan dalam keluarga berada, Tengku Farisha terpaksa mengikuti resam dan budaya keluarganya pada setiap masa.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
burung terbang dipipiskan lada
harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan
ibarat burung, mata lepas badan terkurung
kuat burung kerana sayap
Laluan ke rumah pengantin perempuan bersilang-siur dan berliku-liku seperti______.
ular kena palu
ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya
sudah tampak kaki ular
sekerat ular, sekerat belut
Pemuda-pemuda yang menjadi _____ Inggeris amat dibenci oleh orang kampung.
kaki wayang
bidan terjun
orang gaji
tali barut
Sikap Ah Meng yang pelik itu menyebabkan kami ______ terhadapnya.
buruk sangka
gelap fikiran
gelap mata
buruk siku
Jangan selalu ______ kepada budak-budak itu, nanti mereka manja dan tidak mahu mendengar kata.
senyum simpul
bawa mulut
tajam akal
beri muka
Pihak lawan telah mengibarkan _______ sebagai tanda mengundurkan diri.
bendera putih
buku lima
putih mata
duit kopi
Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan menjadi _____ keluarga.
tulang belakang
mata keranjang
teman hidup
orang dalam
Anita sungguh bertuah kerana dia berpeluang mengikut keluarganya melancong ke negeri ______.
paku Belanda
bawah angin
makan angin
orang halus
Datuk Kerol dan Datin Kiah mengambil ______ untuk menghantar ibu bapa mereka menuaikan haji pada tahun hadapan.
kambing hitam
bintang terang
lidah pendeta
kata putus
Nancy sekadar ______ sahaja semasa menjaga ibunya yang sakit di hospital.
nyawa-nyawa ikan
tidur-tidur ayam
gila-gila bahasa
tua-tua keladi
Walapun mata anak perempuan Mak Jah ______ , tetapi wajah mereka sangat cantik.
rabun ayam
bintang terang
lintah darat
juling air
Rupa-rupanya dialah ______ yang dicari selama ini, yang menyebabkan syarikat kita jatuh muflis.
musuh dalam selimut
Nujum Pak Belalang
nyawa-nyawa ikan
jinak-jinak merpati
