NEW
Font size
WorksheetsKUIZ AKAUN : Pengenalan Akaun
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem catatan beregu?
Adam Smith
Luca Pacioli
Isaac Newton
Gallilo Galeri
Apakah subbidang perakaunan yang meliputi kerja memeriksa rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah adil dan saksama?
Percukaian
Pengauditan
Perakaunan Kewangan
Perakaunan Pengurusan
Siapakah merupakan pengguna dalaman Penyata Kewangan?
Pembekal
Pihak Bank
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pihak Pengurusan
Pernyataan manakah yang merupakan ciri milikan tunggal?
Liabiliti tidak terhad
Diuruskan oleh pekongsi yang aktif
Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965
Mesti dimiliki sekurang-kurangnya dua orang
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber modal Syarikat Berhad?
Sumbangan daripada pekongsi-pekongsi
Subsidi daripada kerajaan
Pinjaman bank
Terbitan saham kepada orang ramai
Tujuan Penyata Pendapatan disediakan adalah untuk
Mengetahui kedudukan kewangan perniagaan
Menunjukkan jumlah aset dan liabiliti perniagaan
Mengetahui untung atau rugi bersih
Mengira modal akhir perniagaan
Antara berikut bukan tujuan penubuhan MASB (Malaysian Accounting Standard Board)?
Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan
Menentukan kod etika akauntan
Menetapkan taraf kelayakan profesional
Menerbitkan, menyemak dan membaiki standard dalam pelaoran kewangan
Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek. Pernyataan ini merujuk kepada andaian perakaunan..
ketekalan
entiti berasingan
usaha berterusan
tempoh perakaunan
Kaedah yang sama dan konsisten digunakan untuk merekod dan memproses data. Amalan ini berasaskan prinsip...
ketekalan
usaha berterusan
pengiktirafan hasil dan belanja
wang sebagai ukuran
Encik Roslan, seorang peniaga telah merekodkan perabot peribadi yang telah dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan. Apakah andaian perakaunan yang diamalkan oleh Encik Roslan?
Ketekalan
Prinsip Kos
Usaha berterusan
Entiti berasingan
Dalam sebuah perniagaan, ahli-ahlinya menerima dividen, bilangan ahli tiada had dan liabiliti ahli terhad. Antara perniagaan di bawah, yang manakah mungkin perniagaan tersebut?
Dayang Enterprise
Nab Industri Sdn Bhd
Teguh Maju Berhad
Restoran Liew dan Susan
Maklumat berikut adalah benar mengenai perkongsian, kecuali...
penubuhannya tertakluk pada Akta Perkongsian 1961
perkongsian diuruskan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik
liabiliti pemilik adalah tidak terhad
penyata kewangan perlu dibentangkan kepada orang awam
Pernyataan di bawah adalah benar mengenai syarikat berhad, kecuali ..
liabiliti pemiliknya adalah terhad
syarikat berhad diuruskan oleh pekongsi aktif
tiada had maksimum bagi bilangan pemilik syarikat awam berhad
pemilik awam berhad diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung tahunan
Puan Rohani memulakan perniagaan Kedai Barangan Kosmetik pada 1 Mei 2016. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan. Manakah tempoh perakaunan perniagaan tersebut?
1 Mei 2016 hingga 31 Oktober 2016
1 Mei 2016 hingga 30 November 2016
1 Mei 2016 hingga 30 April 2017
1 Mei 2016 hingga 30 April 2017
Maklumat berikut berkaitan tentang syarikat berhad. X dilantik oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan untuk menetapkan dasar syarikat. Siapakah X ?
Pendaftar syarikat
Pengurus operasi
Kesatuan pengarah
Lembaga pengarah
Profesion perakaunan di Malaysia dikawal oleh
Chartered Institute of Management Accountants ( CIMA )
Institut Akauntan Malaysia ( MIA )
Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia ( MICPA )
Association of Certified Charted Accountants ( ACCA )
Antara berikut, pernyataan manakah menerangkan tentang perakaunan?
I Meliputi aktiviti merancang dan mengawal aktiviti perniagaan
II Meliputi aktiviti menyediakan maklumat kewangan
III Merekod semua urusniaga secara tunai
IV Merupakan sebahagian daripada simpan kira
I dan III
I dan II
II dan IV
III dan IV
Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan ?
Prinsip Perakaunan
Konsep Perakaunan
Kitaran Perakaunan
Persamaan Perakaunan
Seorang akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam hubungan profesional dengan pihak lain supaya tidak berlaku kekeliruan dan pemalsuan kenyataan.
Apakah ciri etika profesion perakaunan yang dimaksudkan?
Integriti
Objektiviti
Kerahsian
Kompetensi
Ciri kualitatif tertingkat Penyata Kewangan terdiri daripada
I Pemasaan
II Kerelevanan
III Perwakilan benar
IV Kebolehfahaman
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
