wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ AKAUN : Klasifikasi Akaun

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Komponen Penyata Pendapatan terdiri daripada ...


I Aset

II Hasil

III Belanja

IV Ekuiti pemilik

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Apakah komponen Penyata Kedudukan Kewangan


I Aset

II Hasil

III Liabiliti

IV Ekuiti Pemilik

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

3.

Manakah yang merupakan hasil operasi bagi sesebuah perniagaan?

a)

Hasil jualan

b)

Sewa diterima

c)

Untung atas pelupusan aset

d)

Faedah diterima

4.

Item manakah yang bukan belanja operasi?

a)

Belian barang niaga

b)

Angkutan masuk

c)

Belanja air dan elektrik

d)

Faedah pinjaman bank

5.

Manakah yang berikut merupakan hasil operasi Kedai Runcit Yop Zainan?

a)

Sewa diterima

b)

Komisen diterima

c)

Jualan barang niaga

d)

Gaji pekerja

6.

Apakah hasil operasi bagi Kedai Komputer YCT?

a)

Dividen pelaburan

b)

Sewa diterima

c)

Untung jualan van terpakai

d)

Jualan pencetak

7.

Public Mutual Berhad adalah sebuah syarikat yang menguruskan dana pelaburan. Manakah antara berikut merupakan hasil operasi syarikat tersebut?

a)

Jualan van terpakai

b)

Dividen diterima

c)

Wang diterima bagi pembelian dana

d)

Caj pengurusan

8.

Apakah item yang akan menambahkan kos belian?


I Diskaun diberi

II Upah atas belian

III Pulangan belian

IV Duti import

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Kumpulan item manakah yang merupakan aset semasa?

a)

Deposit telefon, inventori, bank

b)

Overdraf bank, tunai, akaun belum terima

c)

Akaun belum terima, kenderaan, Alat tulis

d)

Akaun belum bayar, bank, inventori

10.

Yang berikut merupakan aset bukan semasa, kecuali...

a)

Kenderaan

b)

Mesin dan Jentera

c)

Alatan pejabat

d)

Alat tulis

11.

Butiran manakah yang merupakan belanja bukan operasi?

a)

Gaji

b)

Belanja am

c)

Faedah atas pinjaman

d)

Promosi

12.

Urus niaga manakah yang akan mengurangkan ekuiti pemilik?

a)

Menerima diskaun RM 200

b)

Membayar kadar bayaran RM 400

c)

Membawa masuk modal tambahan RM 1000

d)

Membeli barang niaga secara kredit RM 800

13.

Pelanggan memulangkan barang sebanyak RM 50. Apakah kesan urusniaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?


I Inventori bertambah RM 50

II Inventori berkurang RM 50

III Akaun belum bayar berkurang RM 50

IV Akaun belum terima berkurang RM 50

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Manakah yang merupakan persamaan perakaunan yang melibatkan hasil dan belanja?

a)

Aset = Liabiliti - Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja

b)

Aset = Liabiliti - Ekuiti Pemilik + Hasil + Belanja

c)

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja

d)

Aset + hasil = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Belanja

15.

Antara berikut yang manakah merupakan catatan kontra?

a)

Akaun belum terima

b)

Akaun belum bayar

c)

Ambilan

d)

Belian

16.

Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai catatan kontra?

a)

Catatan kontra ialah catatan yang mengurangkan baki akaun berkaitannya

b)

Catatan kontra akan memberi nilai bersih bagi akaun-akaun berkaitan

c)

Catatan kontra bagi akaun belum terima ialah peruntukan hutang ragu

d)

Catatan kontra bagi akaun belum bayar ialah hutang lapuk

17.

Manakah yang merupakan hasil operasi Pusat Kecantikan Diana?

a)

Sewa belum terima

b)

Jualan perabot terpakai

c)

Hasil rawatan sauna

d)

Faedah simpanan tetap

18.

Kedai Buku Dinamik membeli almari dengan cek. Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas aset?

a)

Perabot bertambah, Bank bertambah

b)

Perabot bertambah, Bank berkurang

c)

Perabot berkurang, Bank bertambah

d)

Perabot berkurang, Bank berkurang

19.

Urus niaga manakah yang mengurangkan aset dan liabiliti perniagaan?

a)

Terima pinjaman dari bank

b)

Bayar pembekal dengan cek

c)

Beli barang niaga secara tunai

d)

Ambilan stok untuk kegunaan peribadi

20.

Antara catatan kontra yang berikut, yang manakah akan mengurangkan aset semasa?

a)

Peruntukan hutang ragu

b)

Susut nilai terkumpul

c)

Ambilan

d)

Pulangan jualan