Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASAS PERGERAKAN JASMANI

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Kadar denyutan nadi boleh diambil pada bahagian …
a)
tapak tangan 
b)
belakang badan
c)
tapak kaki 
d)
pergelangan tangan
2.
Kita hendaklah melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya …
a)
sekali seminggu                                 
b)
2 kali seminggu
c)
3 kali seminggu                              
d)
4 kali seminggu
3.
Apakah  yang perlu dilakukan  sebelum memulakan  larian ?
a)
Minum              milo                   
b)
Menyejukkan badan
c)
Memanaskan badan                    
d)
Makan telur setengah masak
4.
Mengapakah kita perlu melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular ?
a)
Untuk menguatkan otot jantung
b)
Untuk membina ketahanan otot
c)
Untuk melancarkan sistem penghadaman
d)
Untuk meningkatkan daya tindak balas
5.
Aktiviti-aktiviti yang  berikut dapat meningkatkan daya tahan otot kecuali 
a)
skiping 
b)
bermain catur
c)
mendagu
d)
bangkit tubi
6.
Apakah aktiviti yang dapat membina kekuatan otot tangan?
a)
Gayut palang   
b)
Lari berpagar
c)
Memanjat tangga
d)
Bermain bola sepak
7.
Berikut ialah aktiviti yang memerlukan masa tindak balas yang pantas     kecuali 
a)
memulakan acara larian
b)
berjoging atau lari jarak jauh
c)
menghadang rejaman dalam permainan bola tampar
d)
menghalang jaringan gol dalam permainan bola sepak
8.
Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan?
a)
Kebolehan mengawal diri daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat
b)
Kebolehan mengawal perasaan daripada melakukan kerja yang berfaedah
c)
Kebolehan mengawal atau mengekalkan kestabilan diri semasa melakukan aktiviti
d)
Kebolehan seseorang mengawal diri semasa berada dalam keadaan kecemasan
9.
Bagaimanakah seseorang dapat meningkatkan kecergasan?
a)
Menjaga kebersihan diri
b)
Makan makanan seimbang
c)
Tidur yang cukup setiap hari
d)
Melakukan senaman berterusan
10.
Aktiviti  berlari naik turun tangga adalah untuk menguatkan kecergasan       fizikal dari segi
a)
fleksibiliti
b)
imbangan
c)
kardiovaskular
d)
komposisi tubuh badan
11.
Bilakah kita perlu melakukan aktiviti regangan?
a)
Sebelum tidur
b)
Selepas tidur
c)
Sebelum mandi pagi
d)
Sebelum melakukan aktiviti kecergasan atau permainan
12.
Apakah cara yang paling baik melakukan aktiviti senaman secara   berterusan?
a)
Bersenam pada masa lapang
b)
Bersenam seminggu sekali
c)
Menyediakan jadual senaman mingguan
d)
Bersenam pada waktu pendidikan jasmani di sekolah
13.
Otot jantung yang kuat dapat
a)
meningkatkan kadar nadi
b)
mengelakkan jantung berlubang
c)
membuat jantung membesar dengan cepat
d)
mengepam darah ke seluruh badan dengan efisien
14.
Apakah kesannya kepada daya tahan kardiovaskular jika kita tidak berlatih selama seminggu?
a)
Kita akan bertambah sihat
b)
Tahap kecergasan kita akan bertambah
c)
Darah akan berhenti mengalir ke seluruh badan
d)
Tahap kecergasan kardiovaskular akan menurun
15.
Apakah senaman ritma?
a)
Gabungan senaman dan tarian
b)
Sejenis tarian melibatkan ramai orang
c)
Bersenam dalam kumpulan atau berseorangan
d)
Senaman mengikut rentak muzik secara individu atau kumpulan
16.
Fleksibiliti ialah keupayaan
a)
berlari laju
b)
meregangkan otot
c)
membesarkan otot
d)
makan dengan banyak
17.
Koordinasi ialah keselarasan pergerakan anggota badan seperti
a)
lidah, gigi dan tekak
b)
mata, tangan dan kaki
c)
mulut, rambut dan kuku
d)
tangan, tapak tangan dan tapak kaki
18.
Antara aktiviti yang berikut, yang manakah memerlukan fleksibiliti?

 
a)
Dam
b)
Catur
c)
Snooker
d)
Lompat tinggi
19.
Aktiviti yang boleh meningkatkan daya tahan otot ialah     
a)
latihan litar
b)
latihan catur
c)
latihan mental
d)
latihan menyanyi