wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang kaji 1

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

“ Tuan Puteri Kesuma Dewi sedang bersantap bersama-sama keluarga ____________,” kata dayang kepada Bendahara.

a)

beta

b)

patik

c)

tuanku

d)

baginda

2.

Nakhoda kapal itu mengarahkan anak-anak kapalnya agar ___________ sauh untuk membolehkan mereka naik ke darat.

a)

meletakkan

b)

melabuhkan

c)

menjatuhkan

d)

mencampakkan

3.

Wajah ibu bapanya yang amat dikasihi sering ____________ dalam ingatan Jian Ling sepanjang penerbangannya ke tanah air.

a)

meniti

b)

merindui

c)

menjelma

d)

melingkar

4.

Anak kecil itu ____________ dari pangkuan ibunya kerana hendak bermain-main.

a)

berlungsur

b)

melungsur

c)

melungsuri

d)

melungsurkan

5.

Mak Limah duduk di bawah rumah sambil ______________ lidi untuk dibuat penyapu.

a)

meraut

b)

melarik

c)

mengikis

d)

menghiris

6.

Kami berasa sedih dengan peletakan jawatan Dato Ahmad kerana ___ seorang ketua yang baik.

a)

dia

b)

beliau

c)

tuanku

d)

mereka

7.

'Semalam ___ pergi ke rumah nenek di kampung Morten,' kata pasangan kembar itu kepada rakan mereka.

a)

saya

b)

kita

c)

kami

d)

kalian

8.

“___ mohon ampun, tuanku,” sembah petani tua itu kepada Sultan Abdullah.

a)

Hamba

b)

Beta

c)

Patik

d)

Saya

9.

Pak Badawi sedang memasang ___ kawat mata punai di sekeliling reban ayamnya.

a)

secebis

b)

segulung

c)

selembar

d)

segelung

10.

Sambutan masyarakat di kawasan perumahan itu terhadap kegiatan gotong-royong yang diadakan sangat ___.

a)

tawar

b)

hambar

c)

sejuk

d)

meriah

11.

“ ___ tidak pernah melihat kamu sebelum ini. Kamu murid baharu?” tanya Suresh kepada Mohammad.

a)

Kita

b)

Saya

c)

Kami

d)

Patik

12.

Ali berasa ___ kerana keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan.

a)

kecewa

b)

keliru

c)

celaru

d)

cemas

13.

Ahmad menunjukkan se ___ rantai yang ditemuinya di tepi padang permainan.

a)

utas

b)

ulas

c)

urat

d)

lembar

14.

Pak Sulman ___ kambingnya pada sebatang pokok agar tidak terlepas lagi.

a)

membelit

b)

mengikat

c)

melilit

d)

menambat

15.

Sesiapa yang berminat untuk menjayakan teater muzikal terbaharu arahan pengarah muda itu perlu menjalani ___ terlebih dahulu.

a)

uji bakat

b)

temu janji

c)

uji kaji

d)

temu ramah

16.

___ orang murid sekolah itu mengalami muntah selepas makan makanan yang dijual di gerai berhampiran sekolah

a)

Setiap

b)

Beberapa

c)

Setengah

d)

Sebilangan

17.

Semasa melawat di Taman Sahabat, Amir dan rakan-rakannya dapat mendengar bunyi unggas ___.

a)

berlari-larian

b)

bersahut-sahutan

c)

beriring-iringan

d)

bercakar-cakaran

18.

Aisyah memerhatikan ibunya yang sedang ___ daun pisang itu dengan tekun.

a)

menjerang

b)

menanak

c)

membakar

d)

melayur

19.

Kejayaan cemerlang murid itu dalam peperiksaan UPSR telah menjadi ___ penduduk kampung.

a)

buah fikiran

b)

buah mulut

c)

buah hati

d)

buah tangan

20.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Amran ternampak sebatang pokok tumbang _____________ jalan.

a)

melintasi

b)

merintangi

c)

menyusuri

d)

merentasi