wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T3B4 :PENTADBIRAN NNMTB

Total questions: 76

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Bentuk hubungan luar Kesultanan Kedah dengan Siam melibatkan diplomatik, kewangan dan pentadbiran.

Mengapakah hubungan tersebut penting?

a)

Memajukan ekonomi

b)

Mengawal pengaruh Barat

c)

Menghadapi ancaman Burma

d)

Mewujudkan pemerintahan sistematik

2.

Apakah peranan pembesar perinkat negeri?

a)

Menjaga keamanan

b)

Membekalkan tenaga tentera

c)

Mempertahankan kedaulatan negeri

d)

Mentadbir dan mengutip cukai di kawasan tertentu

3.

Jentera pentadbiran berikut diwujudkan oleh Maharaja Abu Bakar di Johor.


  • Jemaah Menteri
  • Majlis Jemaah Diraja Johor
  • Jabatan-jabatan Kerajaan


Apakah tujuan baginda berbuat demikian?

a)

Menggubal perlembagaan bertulis

b)

Mengelakkan campur tangan British

c)

Mengasaskan pentadbiran yang cekap

d)

Mengukuhkan kedudukan pemerintah

4.

Kehadiran kuasa-kuasa Eropah yang berikut ke Timur membimbangkan British.


  • Jerman
  • Rusia
  • Amerika Syarikat


Bagaimanakah British menghadapi masalah tersebut?

a)

Meluaskan kuasa ke negeri Melayu

b)

Memperbesar angkatan tentera

c)

Melancarkan kempen penentangan

d)

Melaksanakan slogan Beban Orang Putih

5.

British telah menandatangani Perjanjian Sulit pada 1897 bersama dengan Siam untuk mencapai matlamat berikut ?

a)

Menjalinkan perdagangan dengan Siam

b)

Menduduki Negeri-negeri Melayu Utara

c)

Menyekat perluasan kuasa Barat yang lain

d)

Mengakui hak pertuanan Siam ke atas Negeri Melayu

6.

Maklumat yang manakah benar tentang Perjanjian Bangkok 1909?

a)

Perjanjian ditandatangani oleh Brtish dan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

b)

Perjanjian ditandatangani pada 13 September 1909

c)

Negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mnerima seorang Penasihat British

d)

Wakil British yang menandatangani perjanjian ialah E.H. Strobel

7.

Pada tahun 1879,British menawarkan pinjaman sebanyak 200 000 dolor kepada Johor untuk membiayai pembinaan kereta api.


Apakah tujuan British berbuat demikian?

a)

Menjalinkan persahabatan

b)

Memanipulasi kewangan Johor

c)

Menghulurkan bantuan kewangan

d)

Membawa pemodenan kepada Johor

8.

Apakah peranan sultan setelah pembentukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?

a)

Ketua tertinggi pentadbiran negeri

b)

Pembantu Penasihat British

c)

Perantaraan pentadbiran British dengan penduduk setempat

d)

Pegawai Pemungut Cukai

9.

Pada tahun 1843, Syed Hussin Jamalullail telah ditabalkan sebagai Raja Perlis. Pertabalan tersebut mendapat pengiktirafan daripada

a)

Kerajaan Kedah

b)

Kerajaan Perlis

c)

Kerajaan India

d)

Kerajaan Siam

10.

Apakah strategi yang diambil oleh kerajaan Perlis bagi mengelakkan campur tangan kuasa lain?

a)

Membahagikan Perlis kepada 22 mukim

b)

Menjalin hubungan luar dengan Siam

c)

Membayar cukai kepada British

d)

Meminta bantuan British

11.

Maklumat di atas Kesultanan Kedah. Di manakah pusat pemerintahan Islam dalam kerajaan tersebut?

a)

Alor Setar

b)

Anak Bukit

c)

Kuala Muda

d)

Kota Bukit Meriam

12.

Apakah peranan Dato’ Belat Paduka Seri

terhadap sistem pemerintahan Kesultanan Perlis?

a)

Pembesar daerah

b)

Pembesar jajahan

c)

Perdana Menteri

d)

Penghulu kampung

13.

Singkatan gelaran yang diberikan oleh Raja Siam kepada Raja Perlis ialah

a)

Phya Pelit

b)

Tok Kweng

c)

Phya Pipit Pakdi

d)

Orang Besar Perlis

14.

Pembesar memainkan peranan penting dalam membantu pentadbiran kemajuan negeri. Peranan berikut merujuk kepada kategori apa dalam tradisi Kesultanan Melayu?

a)

Pembesar Peringkat Kampung

b)

Pembesar Peringkat Daerah

c)

Pembesar Peringkat Negeri

d)

Pembesar Peringkat Kebangsaan

15.

Pembesar Peringkat Kampung juga dikenali sebagai ____ dalam tradisi Kesultanan Melayu.

a)

Pengetua

b)

Penghulu

c)

Pegawai

d)

Menteri

16.

Gelaran "Phya Pipit Pakdi" diberikan oleh kerajaan Siam kepada pemerintah kerajaan Melayu. Gelaran tersebut digunakan oleh pemerintah kerajaan ____

a)

Perlis

b)

Kedah

c)

Kelantan

d)

Terengganu

17.

Siapakah pengasas Kesultanan Terengganu?

a)

Sultan Abu Bakar

b)

Sultan Zainal Abidin I

c)

Sultan Abdul Samad

d)

Sultan Muhammad Shah

18.

Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, baginda telah melantik Tokoh X sebagai Ketua Jabatan Mahkamah untuk menjalankan urusan berkaitan keadilan dan perundangan.

Siapakah Tokoh X?

a)

Tuan Hitam

b)

Tengku Kudin

c)

Tengku Musa

d)

Che Abdul Rahim

19.

Mengapakah Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911 diperkenalkan?

a)

Menyaingi kedudukan Johor

b)

Memastikan keamanan negeri

c)

Menghalang kemaraan kuasa British

d)

Mengukuhkan kuasa dan kedudukan Sultan

20.

Sultan Abu Bakar menjalinkan hubungan dengan negeri-negeri Melayu seperti berikut, kecuali

a)

Pahang

b)

Perak

c)

Selangor

d)

Negeri Sembilan

21.

Sultan Abu Bakar juga menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar melalui lawatan ke Eropah dan Jepun. Apakah kesan daripada lawatan baginda tersebut?

a)

Kedudukan Johor diiktiraf

b)

Ekonomi Johor dimajukan

c)

Johor menjadi taraf pelabuhan bebas

d)

Johor mendapat bantuan ketenteraan daripada kuasa luar

22.

Semasa zaman pemerintahan tokoh X, Johor mengalami zaman pemodenan. Siapakah tokoh X?

a)

Sultan Abu Bakar

b)

Sultan Zainal Abidin I

c)

Sultan Abdul Samad

d)

Sultan Muhammad Shah

23.

Rusia juga cuba menyertai negara-negara lain menjalankan peluasan kuasa di alam Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Rusia berhasrat membuka

petempatan di ____

a)

Pulau Pinang

b)

Pulau Langkawi

c)

Segenting Kra

d)

Ujung Salang

24.

Penghantaran bunga emas dan peark dilakukan oleh Negeri-negeri Melayu Utara kapada kerajaan Siam. Penghantaran tersebut dilakukan setiap ______

a)

tahun

b)

dua tahun

c)

tiga tahun

d)

empat tahun

25.

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan pengisytiharan British Siam ditandatangani. Apakah perjanjian tersebut?

a)

Perjanjian Burney 1826

b)

Perjanjian Sulit 1897

c)

Perjanjian Sempadan 1899

d)

Perjanjian 1902

26.

Apakah perjanjian yang terawal sekali dilaksanakan oleh British ke arah mencapai matlamat menguasai Negeri-negeri Melayu Utara?

a)

Perjanjian Sulit

b)

Perjanjian Burney

c)

Perjanjian Bangkok

d)

Perjanjian Sempadan

27.

Perjanjian berikut merupakan perjanjian yang ditandatangani antara British dengan Siam sebelum tahun 1909, kecuali

a)

Perjanjian Sempadan 1899

b)

Perjanjian Sulit 1897

c)

Perjanjian Pangkor 1874

d)

Perjanjian Burney 1826

28.

Kerajaan negeri yang manakah terlibat dengan penubuhan pasukan unit beruniform di atas?

a)

Kedah

b)

Perlis

c)

Perak

d)

Johor

29.

Pernyataan berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh Perlis. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh ___

a)

Raja

b)

Residen

c)

Residen Jeneral

d)

Gabenor British

30.

Siapakah tokoh X?

a)

Sultan Abu Bakar

b)

Sultan Muhammad III

c)

Sultan Muhammad Shah

d)

Sultan Abdul Rahman

31.

JELASKAN PERANAN SULTAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KERAJAAN KEDAH

a)

MENGETUAI PENTADBIRAN KERAJAAN

b)

MENJALANKAN PENTADBIRAN PADA PERINGKAT BAWAH

c)

MEMUTUSKAN HUKUMAN

d)

MENYAMBUT KEDATANGAN PELAWAT ATAU ORANG KENAMAAN

32.

STRATEGI PERJANJIAN DIGUNAKAN OLEH BRITISH UNTUK MELUASKAN KUASA KE ATAS NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA. PERJANJIAN TERAWAL IALAH

a)

PERJANJIAN SEMPADAN

b)

PERJANJIAN BANGKOK

c)

PERJANJIAN BURNEY

d)

PERJANJIAN SULIT

33.

ANTARA BERIKUT YANG MANAKAH MERUPAKAN PEGAWAITADBIR TERPENTING DI PERLIS SEMASA PEMBENTUKAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU TIDAK BERSEKUTU?

a)

MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

b)

MAJLIS MESYUARAT NEGERI

c)

SETIAUSAHA KERAJAAN

d)

PERDANA MENTERI

34.

PERNYATAAN BERIKUT BERKAITAN DENGAN PENTADBIRAN KERAJAAN KELANTAN


*MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG SYARAK*


PELAKSANAAN BERMULA SEMASA PEMERINTAHAN?

a)

SULTAN MUHAMMAD I

b)

SULTAN MUHAMMAD II

c)

SULTAN MUHAMMAD III

d)

SULTAN MUHAMMAD IV

35.

APAKAH KAWASAN YANG CUBA DIKUASAI OLEH KUASA BARAT BERIKUT PADA ABAD KE-19


*AMERIKA SYARIKAT*

a)

KELANTAN

b)

TERENGGANU

c)

UJUNG SALANG

d)

SEGENTING KRA

36.

APAKAH FAKTOR PERLUASAN KUASA BRITISH DI PERLIS, KEDAH KELANTAN DAN TERENGGANU

a)

BEBAN ORANG PUTIH

b)

BARANGAN MEWAH

c)

PELABUHAN PERSINGGAHAN

d)

REVOLUSI PERINDUSTRIAN

37.

MENGAPAKAH NEGERI-NEGERI MELAYU MENJALINKAN HUBUNGAN LUAR DENGAN NEGARA SIAM?

a)

MEMAJUKAN EKONOMI

b)

MENDAPAT PENGIKTIRAFAN

c)

MENJAMIN KEDAULATAN

38.

TOKOH BERIKUT PERNAH DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT AM BRITISH


*DOUGLAS GRAHAM CAMPBELL*

BELIAU PERNAH BERKHIDMAT DI?

a)

TERENGGANU

b)

KEDAH

c)

PERLIS

d)

JOHOR

39.

APAKAH KESAN PENTING PERJANJIAN BANGKOK 1909 KEPADADA NEGERI-NEGERI MELAYU?

a)

BRITISH MELUASKAN KUASA PENGARUHNYA TANPA GANGGUAN KUASA LUAR

b)

NEGERI-NEGERI MELAYU DISERAHKAN KEPADA SIAM

c)

MENETAPKAN SEMPADAN DI ANTARA NEGERI-NEGERI MELAYU

40.

APAKAH PERANAN PENGHULU DALAM SISTEM PENTADBIRAN TRADISIONAL DI NEGERI-NEGERI MELAYU

a)

MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGERI

b)

MENGETUAI PERINGKAT JAJAHAN

c)

MENTADBIR KAWASAN DAERAH

d)

MENGUTIP BAYARAN CUKAI

41.

Siapakah yang mengiktiraf Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis yang pertama?

a)

Ratu Victoria

b)

Rakyat Perlis

c)

Sultan Melaka

d)

Maharaja Siam

42.

Pilih kerajaan yang terawal di negara kita.

a)

Johor

b)

Perlis

c)

Kedah

d)

Kelantan

43.

Siapakah pengasas Kesultanan Terengganu?

a)

Sultan Muhammad I

b)

Sultan Zainal Abidin I

c)

Sultan Zainal Abidin II

d)

Sultan Zainal Abidin III

44.

Maharaja Siam telah mengurniakan Sultan Muhammad I dengan gelaran Phya Pipit Pakdi. Mengapakah gelaran tersebut diberikan?

a)

Mengakui kedudukan baginda sebagai pemerintah negeri

b)

Membuktikan penguasaan Siam terhadap Kelantan

c)

Menamatkan perang saudara yang tercetus

d)

Membalas jasa baginda kerana membantu Siam mengalahkan musuh

45.

Apakah faktor peluasan kuasa British di Kedah dan Perlis?

a)

Memperkukuh pertahanan

b)

Menguasai industri pembinaan kapal

c)

Memperoleh sumber bekalan makanan

d)

Terletak di laluan perdagangan antara Siam dengan Singapura

46.

British menyedari Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah naungan Siam.

Apakah strategi British untuk meluaskan kuasa di negeri-negeri tersebut?

a)

Ugutan

b)

Paksaan

c)

Perjanjian

d)

Ketenteraan

47.

Seorang Penasihat Am British telah dilantik di Johor.

Apakah akibatnya kepada negeri tersebut?

a)

British berjaya menjajah Johor

b)

Johor menjadi negeri naungan British

c)

Undang-undang Tubuh Negeri terbatal

d)

Kedudukan sultan dan pembesar terjejas

48.

Mengapakah usaha British untuk menggabungkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu gagal?

a)

Melibatkan kos yang besar

b)

Tercetusnya Perang Dunia Kedua

c)

Berlaku perubahan dasar di Britain

d)

Mendapat tentangan raja Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

49.

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terletak di bawah kawalan

a)

Residen Jeneral

b)

Penasihat British

c)

Tanah Jajahan Mahkota British

d)

Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu

50.

Siapakah yang menjadi jurucakap kerajaan Johor?

a)

Setiausaha Negeri

b)

Menteri Besar

c)

Ketua Kampung

d)

Penasihat British

51.

"Phya Songkhram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Pelit" merupakan gelaran yang diberikan oleh Maharaja Siam kepada .............

a)

Sultan Kedah

b)

Sultan Terengganu

c)

Raja Perlis

d)

Sultan Kelantan

52.

Apakah undang-undang yang digunakan oleh Perlis sebagai rujukan dalam sistem perundangannya?

a)

Undang-undang Islam Perlis

b)

Undang-undang Kesultanan Kedah

c)

Undang-undang Syarak

d)

Undang-undang Melaka

53.

Mengapakah Kedah menjalinkan hubungan baik dengan Siam?

a)

Kedudukannya yang berjiran

b)

Ancaman Burma

c)

Supaya Siam menaungi Kedah

d)

Ancaman British

54.

Pertapakan Islam di Kedah sejak abad ke-12 dengan menjadikan ______________ sebagai Pusat Pemerintahan.

a)

Alor Setar

b)

Kota Bukit Meriam

c)

Kota Sarang Semut

d)

Kedah Tua

55.

Pada 1776-1794, kerajaan Kelantan berjaya disatukan semasa pemerintahan.......

a)

Wan Mat Saman

b)

Long Yunus

c)

Raja Haji

d)

Sultan Muhammad I

56.

Dalam sistem pentadbiran Kelantan, Sultan dibantu oleh para pembesar. Sistem ini dikenali sebagai........

a)

Sistem Jemaah Menteri

b)

Sistem Kabinet

c)

Sistem Kesultanan Melayu

d)

Sistem Syura

57.

Dalam pentadbiran Kelantan, Tok Kweng juga dikenali sebagai

a)

Perdana Menteri

b)

Tukang Wayang Kulit

c)

Pegawai Daerah

d)

Penggawa

58.

Siapakah Pengasas Kerajaan Terengganu?

a)

Sultan Zainal Abidin I

b)

Sultan Zainal Abidin II

c)

Sultan Zainal Abidin III

d)

Sultan Mizan Zainal Abidin

59.

Apakah tugas Dato' Mata-mata?

a)

Memerhati tingkah laku rakyat

b)

Mengawal dan mengawasi Istana

c)

Menyambut kedatangan kedatangan pelawat

d)

Menguruskan keselamatan Sultan setiap masa

60.

Johor mengalami Zaman Pemodenan semasa pemerintahan.....

a)

Daeng Ibrahim

b)

Daeng Abu Bakar

c)

Sultan Abu Bakar

d)

Maharaja Abu Bakar

61.

Johor mempunyai perbezaan dalam menjalinkan hubungan luar berbanding negeri-negeri lain. Apakah perbezaan tersebut?

a)

Menjalinkan hubungan luar dengan negara Eropah dan Jepun

b)

Menolak hubungan dengan Siam

c)

Menjalinkan hubungan dengan Belanda

d)

Mengamalkan dasar tertutup

62.

Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi peluasan kuasa British ke atas Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, KECUALI....

a)

Beban Orang Putih

b)

Sumber asli

c)

Menghubungkan India dengan Pulau Pinang

d)

Kedudukan strategik

63.

Kuasa-kuasa barat yang berikut juga berminat menguasai negeri-negeri Melayu Utara KECUALI

a)

Perancis

b)

Sepanyol

c)

Amerika Syarikat

d)

Jerman

64.

Peluasan kuasa British ke atas negeri-negeri Melayu Utara terpaksa dibuat secara berperingkat kerana.....

a)

Kedudukan antara negeri yang jauh

b)

Semua negeri berada di bawah pengaruh Siam

c)

Perlu berunding dengan kuasa Barat lain yang turut berminat

d)

Masalah kewangan yang dihadapi oleh British selepas Perang Dunia.

65.

Perluasan British terhadap negeri-negeri Melayu Utara berakhir setelah.....

a)

Perjanjian Selatan Siam

b)

Perjanjian Bangkok 1909

c)

Perjanjian Inggeris - Belanda

d)

Perjanjian Pangkor 1874

66.

'British menawarkan pinjaman sebanyak 200,000 dolar kepada Johor'

Mengapakah British menawarkan tawaran tersebut?

a)

Bagi melantik Residen di Johor

b)

Membayar hutang Johor kepada Belanda

c)

Membiayai pembinaan kereta api

d)

Membantu Johor menguruskan negeri

67.

Siapakah wakil British yang terlibat dalam Perjanjian Bangkok 1909?

a)

Ralph Paget

b)

E.H. Strobel

c)

Francis Light

d)

Stamford Raffles

68.

Siapakah yang boleh dilantik menjadi kakitangan perkhidmatan awam di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?

a)

Orang Melayu

b)

Pegawai Barat

c)

Kerabat Diraja

d)

Pembesar Melayu

69.

Beliau merupakan Menteri Besar Kedah yang pertama. Siapakah beliau?

a)

Raja Ahmad bin Raja Endut

b)

Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail

c)

Wan Muhammad Saman

d)

Dato' Jaafar bin Muhammad

70.

Apakah matlamat kewujudan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan?

a)

Melindungi institusi diraja dan negeri Johor

b)

Mengawasi pergerakan Sultan Johor

c)

Membantu kerajaan dalam mempertahankan negara

d)

Menunjukkan kekuatan negeri

71.

Apakah faktor penjajahan British ke atas Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu ?


I. Kedudukan yang strategik

II. Beban orang putih

III. Dasar dekolonisasi

IV. Semangat ingin tahu

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

72.

British mneguasaai negeri-negeri Melayu seperti Perli, Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah atas fakor menghalang kemasukan kuasa barat yang lain.

Apakah kesannya kepada British sekiranya Peranchis meluaskan kuasanya ke Segenting Kra?

a)

Menggalakan aktiviti perdagangan di rantau Asia

b)

Mengancam perlabuhan British di Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa

c)

British akan diserang oleh Peranchis

d)

Aktivti perdagangan di Alam Melayu akan mundur

73.

Apakah sumbangan negeri Kedah dan Perlis sekiranya negeri ini dikuasai oleh British?

a)

Memberikan persaingan kepada Siam

b)

Menyediakan kawasan untuk latihan ketenteraan

c)

Menyediakan sumber bekalan makanan kepada penduduk di Pulau Pinang

d)

Menyediakan bekalan tentera kepada British

74.

Apakah manfaat menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang kepada pihak British?

a)

British akan berjaya menawan Siam dan Burma

b)

Singapura akan terus ketinggalan darei segi perdagangan

c)

British akan mendapat sokongan daripada kerajaan India

d)

British akan mempunyai rangkai terus perhubungan dengan India

75.

Apakah yang dimaksudkan dengan penampan ?

a)

Sesuatu yang menjadi sumber inspirasi kepada negara

b)

Sesuatu yang menjadi sumber kekayaan bagi sesebuah negara

c)

Sesuatu yang menjadi penahan, penyekat dan penghalang

d)

Sesuatu yang mendorong kepada penjajahan British

76.

Mengapakah British ingin membina rangkaian perhubungan dengan India ?

a)

Meningkatkan aktiviti perdangangan dan ekonomi

b)

Mewujudkan hubungan dua hala dalam pentadbiran

c)

Menyediakan bahan mentah kepada pemerintah di India

d)

Memendekan jarak perjalanan dari Tanah Melayu dan India