wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan Kemarahan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat pengurusan kemarahan?

a)

Menyatakan kemarahan dengan menyimpan perasaan itu.

b)

Relaks, tenangkan diri dan respond dengan baik terhadap kemarahan itu.

c)

Belajar cara melawan balik dan menjadi lebih agresif.

d)

Kekal menjadi teladan dan popular.

2.

Anda ada di dalam kelas apabila seorang memanggil anda dengan nama yang tidak elok. Apa yang anda patut lakukan? Pilih dua daripada yang tersenarai.

a)

Jerit balik terhadap orang yang membuat komen.

b)

Ambil satu pernafasan dalam dan kira sehingga 10 saat, tidak mempedulikan kelakuan orang berkenaan.

c)

Cuba mendapatkan kawan lain untuk membantu membalas dendam terhadap orang yang mencemuh anda.

d)

Angkat tangan untuk menarik perhatian guru supaya guru berkenaan boleh kendalikan situasi ini.

3.

Seseorang dalam kelas membaling belon yang berisi air dan terkena kepala anda. Apakah tindakan yang anda sepatutnya mengambil?

a)

Angkat tangan untuk guru mengendalikan situasi ini.

b)

Baling balik belon itu kepada orang berkenaan.

c)

Tunggu sehingga akhir kelas dan baling balik belon itu kepada orang berkenaan.

d)

Letak kepala di atas meja dan menangis.

4.

Ketika dalam satu perlawanan bola baling, seseorang pemain menolak anda dengan sengaja dan berlebihan agresif. Apa anda sepatutnya lakukan?

a)

Tolak dia balik.

b)

Tanya dia kenapa dia berbuat demikian.

c)

Berhenti, fikir dan sedar tentang persekitaran anda.

d)

Jerit dengan marah terhadap pemain itu.

5.

Terdapat satu pergaduhan di padang sekolah. Apakah tindakan anda?

a)

Berkumpul bersama dengan yang lain dan turut bersorak.

b)

Mencari seorang guru dan memaklum tentang kejadian itu.

c)

Tidak melakukan apa-apa kerana tidak berkenaan.

d)

Mencuba menenangkan keadaan dengan menjerit menyuruh mereka berhenti bergaduh.

6.

Seorang sahabat anda didapati berbohong tentang anda. Apakah yang anda patut lakukan?

a)

Memberitahu dia untuk berhenti atau anda akan memukulnya.

b)

Cuba untuk tidak mempedulikannya.

c)

Maklumkan kepadanya bahawa anda rasa tersinggung.

d)

Maklum kepada seorang dewasa yang bertanggungjawab supaya dia boleh membantu menyelesaikan situasi ini.

7.

Apa yang kita boleh melakukan untuk mengurangkan kemarahan? Kita boleh ....

a)

berhenti dan mengenalpasti perasaan yang dialami

b)

melakukan pernafasan yang mendalam.

c)

menggunakan 'self-talk' yang positif seperti "Anda boleh kawal ini".

d)

tinggalkan tempat itu dan tidak mengendah orang atau punca yang mencetuskan kemarahan itu.

8.

Kawan anda berkongsi rahsia peribadi anda dengan seluruh kelas. Anda merasa malu dan dikhianati. Apa yang anda boleh melakukan selain daripada membalas dendam? Saya boleh ...

a)

bercakap dengan kawan itu dan memberitahu perasaan saya.

b)

menyebarkan bohong berkenaan kawan itu.

c)

menenangkan diri dan menjauhi dari kawan itu untuk ketika itu.

d)

tidak akan bercakap dengan kawan itu.

9.

Anda pergi bergunting dan mendapat potongan rambut yang agak pendek. Tetapi anda suka stail rambut ini. Semasa waktu rehat, anda terdengar seorang rakan membuat komen negatif. Apa yang anda akan lakukan untuk membuat diri bertenang?

a)

Bergerak ke tempat lain

b)

Mengatakan, "Tolong jangan bagi beri komen seperti ini"

c)

Mengatakan, "Itu pendapat anda. Saya suka stail ini."

d)

Tidak pedulikan komen ini dan bercakap dengan rakan ini kemudian.

10.

Qistina terdengar tiga daripada rakannya merancang untuk keluar berjalan-jalan. Dia mengandaikan bahawa mereka tidak melibatkannya dalam aktiviti itu. Apakah Qistina boleh buat?

a)

Tanya salah seorang tentang aktiviti itu.

b)

Tenangkan diri dan tunggu sama ada dijemput kemudian.

c)

Tunjukkan kemarahan dan tunggu reaksi mereka.

d)

Naik marah dan cuba sabotaj aktiviti mereka.