WorksheetsB MELAYU SIRI 16
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
Hanya orang yang bersemangat jitu sahaja akan dipilih menyertai pasukan tentera.
kuat
lemah
waja
lembut
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
Fikirannya menjadi semakin berkecamuk setelah mendapat tahu bahawa dia telah gagal dalam peperiksaan itu.
tenang
bercelaru
risau
teratur
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
Pengawas telah melaporkan kejadian kecurian itu kepada Guru Besar.
mengajukan
menyatakan
memberitahu
mengadukan
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
Pegawai yang angkuh itu telah diberi amaran oleh ketua pejabatnya supaya lebih bersopan ketika berurusan dengan orang ramal.
jahat
bengis
bongkak
malas
_____________________ banyak bermain daripada belajar, dia telah gagal dalam peperiksaan akhir semester baru- baru ini.
Lantaran
Jika
Oleh
Meskipun
Hidupnya bertambah susah , _____________ apabila dia tidak bekerja kerana jatuh sakit.
malahan
lebih-lebih lagi
ketika
hingga
Orang kaya itu bukan sahaja kedekut , _____________ tidak suka bergaul dengan orang kampung.
malahan
manakala
tetapi
lagi pun
Penyanyi itu _____________ ke pentas lalu menyanyikan sebuah lagu.
timbul
terbit
muncul
tampil
Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk ___________ para penunjuk perasaan itu.
meredakan
menamatkan
menyuraikan
menghalau
Ayah mengambil _____________ baja untuk dibubuh kepada pokok bunga itu.
segemal
sekepal
segenggam
segumpal
Dia mengesat darah pada betisnya akibat gigitan pacat dengan _________ kain buruk.
secarik
secekak
sehelai
selembar
Emak membubuh beberapa ______________ daun pandan ke dalam air gula lalu memasaknya.
tangkai
helai
rumpun
jambak
Walaupun disoal siasat selama beberapa jam, namun dia enggan ________ pergerakan yang disertainya.
membuka mulut
membuka rahsia
membuka tembelang
membuka langkah
Setelah menerima __________________ daripada Guru Besar, dia tidak lagi ponteng sekolah.
kata putus
kata hikmat
kata sepakat
kata dua
Petani itu ________________ bekerja di tengah sawah setiap hari.
bermandi peluh
bermandi-manda
bermandi kerbau
bermandi darah
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud bilangan banyak.
I Bendera berwarna-warni dipacak sepanjang jalan itu.
II Kedai itu menjual berbagai-bagai jenis barang.
III Kakak membelek-belek kasut itu sebelum membelinya.
IV Anjing itu terkial-kial setelah kena baling dengan batu.
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I dan IV sahaja
II dan IV sahaja
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud bilangan banyak.
I Berbelas-belas orang telah cedera dalam kebakaran itu.
II Akar berbelit-belit pada batang pokok itu.
III Kayu itu reput kerana dimakan oleh anai-anai.
IV Dia berdolak-dalik apabila disoal oleh gurunya.
I dan II sahaja
I dan III sahaja
II dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud berulang-ulang.
I Dia tersengguk-sengguk lalu tertidur di atas bangku itu.
II Pakaian pengemis itu koyak-rabak.
III Si Tompok, kucing saya mencakar-cakar dinding.
IV Daun pokok itu bergoyang-goyang apabila ditiup angin.
I dan II sahaja
I dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud berulang-ulang.
I Ibu dan anaknya berdakap-dakapan sebelum berpisah.
II Dia mengumpul hartanya secara berdikit-dikit.
III Bunyi tembakan itu kedengaran bertalu-talu dari arah bukit itu.
IV Terlayang-layang bulu burung itu diterbangkan oleh angin.
I dan II sahaja
I dan III sahaja
II dan IV sahaja
III dan IV sahaja
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat yang bergaris.
Kata Fuad kepada Lim, "Apa kata kalau kita pergi berkelah di air terjun itu pada minggu depan."
"Bagus cadangan kamu itu, tetapi minggu depan saya tidak boleh pergi,"jawab Lim.
"Air terjun itu berbahaya, lagipun saya suka mandi di laut," jawab Lim.
"Nantilah saya bincang dengan kawan kita yang lain," jawab Lim.
"Saya akan memberitahu keputusan saya pada besok pagi," jawab Lim.
