wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 7 Pengurusan Modal Kerja: Pengurusan Inventori

Total questions: 15

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Ia merupakan barangan peringkat perantaraan iaitu bahan-bahan yang telah mengalami sebahagian saja proses pengilangan.


Antara jenis inventori berikut yang manakah paling tepat mewakili pernyataan di atas?

a)

Inventori awal

b)

Inventori barang siap

c)

Inventori barang separuh siap

d)

Inventori kerja dalam proses

2.

Yang manakah merupakan kepentingan kawalan inventori?


i. Ia dapat membantu dalam meminimumkan kos yang terlibat.

ii. Pengurus perlu mengetahui jenis inventori yang sesuai untuk proses pengeluaran syarikat.

iii.Pelaburan dalam inventori yang seimbang adalah perlu bagi syarikat untuk memaksimumkan pulangan atas asetnya.

iv.Pengurus perlu mengetahui bilakah inventori mesti dipesan supaya dapat mengelakkan daripada simpanan inventori yang terlalu banyak atau terlalu kurang.

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

3.

Pengurusan inventori yang efektif adalah berkait dengan saiz inventori yang dilaburkan oleh syarikat terhadapnya. Bagi mengawal paras inventori ini dengan baik, beberapa perkara perlu diberi pertimbangan iaitu __________.


i. kos gudang

ii. kos pemesanan

iii. kos penyimpanan

iv. jumlah penggunaan

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

4.

Yang manakah merupakan kos penyimpanan inventori?


i. Kos gudang

ii. Kos melepas

iii. Insurans gudang

iv. Gaji pekerja gudang

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

5.

Yang manakah merupakan andaian model EOQ?


i. Pesanan inventori akan diterima seperti yang dijangka dan dengan serta merta.

ii. Kos penyimpanan dan kos pemesanan adalah berbeza.

iii. Jualan dijangka sekata sepanjang tahun.

iv. Permintaan yang konstant

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

6.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang diperolehi daripada Aina Enterprise.


Permintaan setiap tahun = 75,000 unit

Kos memesan = RM25 setiap pesanan

Kos penyimpanan = RM 0.50 setiap unit setiap tahun

Inventori minima = 0


Berapakah kuantiti pesanan ekonomi (EOQ).

a)

387

b)

1936

c)

2739

d)

6000

7.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang diperolehi daripada Aina Enterprise.


Permintaan setiap tahun = 75,000 unit

Kos memesan = RM25 setiap pesanan

Kos penyimpanan = RM 0.50 setiap unit setiap tahun

Inventori minima = 0


Berapakah kos inventori.

a)

1369

b)

1936

c)

2739

d)

6000

8.

Stok keselamatan akan menyebabkan purata inventori _______. Apabila purata inventori _________, kos membawanya juga akan turut meningkat dan ini menyebabkan perubahan pada pengiraan __________ inventori.

a)

menurun, meningkat, kos berubah

b)

meningkat, meningkat, jumlah kos

c)

menurun, meningkat, jumlah kos

d)

meningkat, menurun, kos tetap

9.

Apabila paras inventori _________, risiko yang mungkin dihadapi oleh syarikat ialah dari segi kelewatan pengeluaran yang akan menyebabkan bekalan __________sampai kepada pelanggan dan syarikat mungkin akan kehilangan pelanggan.

a)

tinggi, cepat

b)

tinggi, lewat

c)

rendah, cepat

d)

rendah, lewat

10.

Tujuan utama penyimpanan inventori ini adalah untuk mengelakkan kerja-kerja pengilangan tergendala disebabkan kelambatan mendapatkan bekalan bahan mentah.


Antara jenis inventori berikut yang manakah paling tepat mewakili pernyataan di atas?

a)

Inventori awal

b)

Inventori bahan mentah

c)

Inventori barang separuh siap

d)

Inventori kerja dalam proses

11.

Tujuan utama penyimpanan inventori ini adalah untuk mengelakkan kerja-kerja pengilangan tergendala. Syarikat perlu memastikan supaya proses terawal tidak menghalang kerja-kerja diproses seterusnya.


Antara jenis inventori berikut yang manakah paling tepat mewakili pernyataan di atas?

a)

Inventori awal

b)

Inventori bahan mentah

c)

Inventori barang separuh siap

d)

Inventori kerja dalam proses

12.

Tujuan utama penyimpanan inventori ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi permintaan pelanggan.


Antara jenis inventori berikut yang manakah paling tepat mewakili pernyataan di atas?

a)

Inventori awal

b)

Inventori barang siap

c)

Inventori barang separuh siap

d)

Inventori kerja dalam proses

13.

Yang manakah merupakan kepentingan kawalan inventori?


i. Ia dapat membantu dalam meminimumkan kos yang terlibat.

ii. Syarikat harus mengetahui berapa banyakkah inventori yang harus dipesan pada satu tempoh untuk menggantikan inventori yang telah digunakan untuk jualan

iii.Pengurus perlu mengetahui jenis inventori yang sesuai untuk proses pengeluaran syarikat.

iv.Pengurus perlu mengetahui bilakah inventori mesti dipesan supaya dapat mengelakkan daripada simpanan inventori yang terlalu banyak atau terlalu kurang.

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

14.

Pengurusan inventori yang efektif adalah berkait dengan ______ inventori yang dilaburkan oleh syarikat terhadapnya.

a)

saiz

b)

kualiti

c)

pesanan

d)

pengeluaran

15.

Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk menentukan tahap inventori / saiz pesanan yang ________ supaya jumlah kos inventori yang terlibat dapat __________. Dengan itu, syarikat pada kebiasaannya akan menggunakan Model Kuantiti Pesanan Ekonomi.

a)

minimum, diminimumkan

b)

maksimum, diminimumkan

c)

minimum, dimaksimumkan

d)

optimum, diminimumkan