WorksheetsPengenalan Usul Fiqh
Total questions: 49
Worksheet time: 2hrs 58mins
Antara berikut manakah pengertian Usul dari sudut bahasa ?
A. Asas
B. Faham
C. Kaedah
D. Dalil
Apakah maksud Fiqh?
A. Pandai
B. Method
C. Hukum
D. Faham
Antara berikut, apakah penyebab para sahabat tidak menghadapi masalah dalam mengistinbat hukum?
A. Mereka menguasai Bahasa Arab
B. Memahami al-Quran dan sunnah dengan baik
C. Mengetahui sebab nuzul ayat
D. Mereka tidak menerima sendiri hadis daripada Nabi
Pada kurun ke berapakah perkembangan ilmu usul fiqh muncul secara langsung?
A. 2 Hijrah
B. 3 Hijrah
C. 4 Hijrah
D. 5 Hijrah
Siapakah yang telah mempelopori penulisan ilmu usul fiqh?
A. Abu Hasan al-Karkhi
B. Abu Bakar Ahmad bin Ali al-Jassas
C. Muhammad bin Idris al-Syafie
D. Muhammad al-Bazdawi
Apakah kitab yang pertama disusun dalam perkembangan ilmu usul fiqh?
A. Al-Muwatta’
B. Al-Risalah
C. Al-Karkhi
D. Al-Jassas
Kaedah ulama’ manakah yang menggabungkan cara penyusunan ulama’ mutakallimin dengan ulama’ Hanafi dalam penyusunan kitab usul fiqh?
A. Ulama’ Syafie
B. Ulama’ Hanafi
C. Ulama’ Mutakhir
D. Ulama’ Maliki
Yang berikut manakah bukan antara contoh dalil yang disepakati ?
A. Al-Quran
B. As-Sunnah
C. Al-Istihsan
D. Al-Ijma’
Apakah faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh ?
A. Mengetahui punca perselisihan para ulama’
B. Menghasilkan hukum yang lebih tepat
C. Mengetahui wurud hadith
D. Mentarjihkan hukum syara’
Ilmu usul fiqh merupakan salah satu daripada cabang ilmu pengetahuan Islam. Bilakah ilmu itu tersebut muncul ?
A. Awal kurun pertama hijrah
B. Akhir tahun pertama hijrah
C. Awal kurun kedua hijrah
D. Akhir kurun kedua hijrah
Berikut adalah kitab usul fiqh yang disusun menurut kaedah ulama’ kalam dan Syafie kecuali
A. al-Mu’tamad fi usul fiqh
B. al-Burhan fi usul fiqh
C. al-Mustasfa min ilm usul
D. al-Usul al-Jassas
Siapakah tokoh-tokoh ulama’ ilmu usul fiqh menurut kaedah Asy-Syafii’yyah ?
I Muhammad bin Idris Asy-Syafie
II Abu Hasan Muhammad bin Ali al-Basri
III Imam al-Ghazali
IV Abu Hasan al-Kharki
A. I, II dan III
B. II, III, dan IV
C. I, II, dan IV
D. I, III dan IV
Siapakah tokoh-tokoh ulama’ ilmu usul fiqh menurut kaedah ulama’ Hanafi ?
I Abu Bakar Ahmad bin Ali al-Jassas
II Abdullah bin Umar al-Dabusi
III Fakhrul Islam Ali
IV Saifuddin al-Amidi
A. I, II dan III
B. II, III, dan IV
C. I, II, dan IV
D. I, III dan IV
Apakah maksud usul fiqh ?
A. Ilmu yang berkaitan sumber,kaedah dan dalil
B. Ilmu untuk memahami sesuatu hukum atau perkataan
C. Ilmu yang berkaitan hukum syara’ yang difahami daripada dalil tafsili
D. Ilmu yang berkaitan kaedah mengeluarkan hukum syara’ daripada dalil tafsili
Di antara berikut, yang manakah dalil bagi makruh ?
A. Dan dirikanlah solat.
B. Dan apabila kamu telah bertahallul bolehlah kamu berburu.
C. Wahai orang-orang yang beriman! telah difardukan ke atas kamu berpuasa.
D. Perkara halal yang paling dibenci di sisi allah ialah perceraian.
Keadah Ulama’ dalam keadaan lain pula, mereka mengemaskini kaedah yang dikukuhkan dengan dalil mantik atau logik akal. Mereka juga menyusun mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan dalil naqli dan aqli.
Keterangan di atas merujuk kepada
A. al-Ahmadiyyah
B. al-Ahnaf
C. al-Mutaakhirin
D. as-Syafii’yyah
Apakah pembahagian hukum Syarak?
A. Taklifi dan wadi’e
B. Ijab dan tahrim
C. Karahah dan ibahah
D. Sebab dan syarat
Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti.
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. ijab
B. tahrim
C. nadbun
D. karahah
Antara berikut yang manakah merupakan contoh sunnah?
A. Bersugi sebelum solat
B. Perniagaan berunsur riba’
C. Berburu binatang selepas bertahallul
D. Melakukan solat fardhu lima waktu
“Sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.”(Surah Al-Baqarah 2:185)
Dalil tersebut adalah contoh bagi
A. sebab
B. syarat
C. mani’
D. sah
Thariqah As-Syafie juga dikenali sebagai thariqah
A. thariqah Al-Ahnaf
B. thariqah As-Syafi’iyah
C. thariqah Mutakallimin
D. thariqah Al-Mutaakhirin
“Hadis Nabi SAW riwayat Abd Al-Rahman bin Sakhr maksudnya : Pembunuh tidak berhak mendapat pusaka.”
Dalil tersebut adalah contoh bagi ___________.
A. sebab
B. syarat
C. mani’
D. sah
Yang manakah antara bukan kepentingan ilmu usul fiqh kepada pemerintah ?
A. Memahami selok belok hukum
B. Menghargai jasa para ulama’
C. Menjatuhkan hukuman dengan tepat
D. Disanjung tinggi
Apakah makna lain bagi perkataan usul?
A. Hukum
B. Sumber
C. Illah
D. Furu’
Berikut adalah perkara yang menyebabkan seseorang terhalang dari mendapat harta pusaka, kecuali
A. pembunuhan
B. murtad
C. perhambaan
D. perbezaan agama
“Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti”.
Apakah makna hukum penyataan di atas ?
A. Ijab
B. Tahrim
C. Nadbun
D. Karahah
Sumber hukum pada zaman para Tabi’in terdiri daripada
A. Al-Quran, hadith, ijma’ dan qias
B. Al-Quran, hadith, ijma’, qias, ijtihad dan pandangan sahabat
C. Al-Quran dan hadith sahaja
D. Al-Quran, hadith, ijma’ dan masalih mursalih
Berikut merupakan sumber hukum pada zaman Sahabat, kecuali
A. ijma’
B. ijtihad
C. al-Quran
D. as-Sunnah
Apakah hukum taklifi bagi rukhsah solat jama’ qasar ketika musafir ?
A. wajib
B. haram
C. mubah
D. mandub
Bahasa : Tanda Lazim
Istilah : Sesuatu yang pembetukan hukum atau sebab terikat pada kewujudannya dan bukan sebahagian daripada hukum.
Pernyataan ini berkaitan dengan kaedah
A. sebab
B. mani
C. syarat
D. fasad
Penyekat atau penghalang di antara dua sesuatu perkara dan berkaitan dengan hukum wadi’.
Apakah pembahagian hukum wadi’ bagi penyertaan diatas
A. syarat
B. fasad
C. sah
D. mani’
“Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti”. Maksud ini sebahagaian dalam hukum taklifi.
Pernyataan ini merujuk kepada
A. wajib
B. haram
C. nadbun
D. karahah
Apakah contoh bagi takhyir ?
A. Perbuatan mencuri wajib dipotong tangan
B. Orang yang membunuh tidak boleh mewarisi harta si mati
C. Allah tidak menerima solat seorang apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk
D. Apabila selesai bertahlul dibenarkan berburu
Yang manakah antara berikut merupakan pembahagian wajib dari sudut masa melaksanakan?
I A’in
II Kifayah
III Mutlak
IV Mu’aqqad
A. I dan III
B. III dan IV
C. I dan IV
D. II dan III
Berikut merupakan khitab Allah, kecuali
A. ibahah
B. wadi’
C. takhyir
D. iqtidak
Berikut merupakan dalil sumber hukum kaedah ijma’
A. Dalil Al Quran
B. Dalil As Sunnah
C. Dalil Logik
D. Dalil Zanni
Apakah hukum meminang di atas pinangan orang lain menurut ?
A. Makruh tahrim
B. Makruh tanzih
C. Makruh
D. Haram
Berikut adalah prinsip syarak yang wajib dijaga kecuali
A. jiwa
B. keturunan
C. negara
D. harta
Apakah hukum muamalat jual beli ketika dan selepas berkumandangnya azan kedua pada hari Jumaat?
A. Haram lighairih
B. Haram lizatih
C. Haram lihukmih
D. Haram lijinsih
Berikut merupakan contoh dalil yang tidak disepakati kecuali
A. al-Uruf
B. as-Sunnah
C. al-Istihsan
D. al-Istishab
Jelaskan tiga (3) kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh? (6 markah)
Siapakah yang melopori bidang penulisan ilmu usul fiqh dan nyatakan nama kitab karangannya? (2 markah)
Jelaskan dua (2) perbezaan antara fiqh dan usul fiqh (4 markah)
Nyatakan tiga (3) perbezaan kaedah penyusunan ilmu usul fiqh antara aliran ulama’ Syafie dan Hanafi. (6 markah)
Nyatakan dua (2) faktor yang menyebabkan tidak wujudnya ilmu usul fiqh pada zaman sahabat. (4 markah)
Senaraikan lima (5) hukum taklifi. (5 markah)
Nyatakan tiga (3) pembahagian hukum mandub. (3 markah)
Apakah yang dimaksudkan dengan mani’ dan nyatakan dua (2) pembahagiannya. (4 markah)
Apakah definisi rukhsah menurut bahasa dan istilah? Serta nyatakan dua (2) contoh rukhsah dalam Islam. (6 markah)
