NEW
Font size
WorksheetsPENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Maksud kemurungan ialah...
satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah fizikal.
satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah organ.
satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah mental.
Berikut merupakan tanda-tanda kemurungan kecuali...
Tabiat pemakanan yang tidak normal
Gembira bersosial bersama rakan - rakan
Memiliki perasaan dan pemikiran yang negatif
Kelihatan letih dan kurang bertenaga
Terdapat tujuh jenis kemurungan yang dapat dikenal pasti. Salah satunya adalah...
Verpolar
Tripolar
Bipolar
Dyspolar
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kemurungan seperti berikut kecuali..
gagal dalam pelajaran
tiada trauma psikologi atau emosi
masalah keluarga
hilang anggota badan akibat kemalangan atau penyakit
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan seramai ......... juta rakyat atau kira - kira 29.2 peratus penduduk yang berusia 16 tahun ke atas mengalamai masalah mental.
13.3
6.9
4.2
1.3
Pilih cara mengurus dan mengawal kesihatan mental dan emosi...
Lalai dan tidak patuh ajaran agama
Kurang tidur dan tidak berselera makan
Sentiasa berfikiran negatif
Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat
Anda mendapati rakan baharu yang berpindah ke sekolah anda sentiasa berdiam diri semasa berada di dalam kelas dan jarang bergaul dengan orang lain. Apakah tindakan yang anda boleh ambil bagi mengetahui masalah dirinya?
Bertegur sapa dengannya semata-mata
Membiarkan sahaja kerana itu adalah personaliti dirinya
Berhadapan dengannya dan mula menyoal siasat
Membantu dirinya dengan menghulurkan salam persahabatan terlebih dahulu
Donald kerap bersikap panas baran di sekolah, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh rakannya hanya melibatkan perkara kecil sahaja. Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk membantu Donald mengurangkan sikapnya ini?
Mengasingkan diri daripadanya agar anda tidak dimarah seperti rakan lain
Menyebarkan berita mengenai sikapnya yang panas baran itu supaya orang lain boleh menjaga diri masing - masing
Meminta nasihat dan bantuan daripada guru kaunseling dan guru disiplin
Memarahinya kembali
Anda mendapati terdapat garisan halus umpama bekas dihiris pada pergelangan tangan rakan anda. Sebagai seorang rakan yang prihatin, apa yang patut anda lakukan?
Memberitahu kepada guru kelas anda mengenainya
Menghiris tangan sama seperti yang dilakukan rakan anda
Memaksa rakan anda menceritakan kejadian itu
Memilih untuk membiarkan sahaja kerana dia memang sukakan perhatian
Thor adalah seorang atlet rumah sukan yang aktif dan sentiasa bersikap ceria di sekolah. Pada suatu hari, anda mendapat tahu bahawa dia ingin lari dari rumahnya kerana dirinya stress dan menceritakan niatnya kepada anda.
Apakah jalan penyelesaian yang kamu boleh cadangkan kepada Thor?
Mencadangkan agar dia tinggal di rumah kamu
Membantu dirinya lari daripada rumah dengan memberikan sedikit wang
Menyarankan dirinya agar menceritakan masalah kepada guru kaunseling
Menasihati dirnya ala kadar kerana kamu tahu dia hanya meluahkan rasa sahaja
Setiap kali mendapat hasil keputusan peperiksaan, Vivy akan mengambil tindakan untuk mengoyak kertas peperiksaannya sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat. Adakah Vivy menunjukkan ciri-ciri kemurungan?
Tidak,ini adalah perkara normal
Ya, ini adalah salah satu tanda-tanda kemurungan
Sesetengah orang gemar menyanyi dalam keadaan yang kuat bagi menghilangkan rasa bosan dan sunyi dalam dirinya. Adakah ini salah satu langkah terbaik dalam mengawal emosi?
Tidak, perkara ini adalah tindakan yang sia-sia
Ya, ini adalah salah satu cara untuk mengalirkan emosi
Kamu terbaca luahan hati rakan kamu yang ditulis di atas meja mengenai perasaan cintanya yang ditolak. Kata-kata yang ditulis menunjukkan tanda kemurungan pada rakan kamu. Apakah yang boleh kamu lakukan untuk membantu dirinya?
Mengambil peluang untuk berkenalan dengan orang itu memandangkan dia tidak berminat dengan rakan kamu
Menyiasat hal ini menerusi penerokaan yang kamu buat di media sosial
Menyarankan dirinya agar melakukan perkara yang disukai dan melupakan perkara buruk itu
Mengejek dirinya kerana cintanya ditolak di laman sosial
William gemar menjerit di dalam kelas secara tiba-tiba. Sikapnya juga kadangkala berubah-ubah mengikut mood. Kamu juga pernah terlihat dirinya bercakap seorang diri sambil menulis nota. Pada pendapat kamu, mengapa William bersikap begitu?
Dia adalah seorang rakan yang suka meminta perhatian
Personalitinya memang sebegitu sejak berpindah ke kelas lain
Dia menunjukkan tanda - tanda kemurungan
Perangai William itu normal kerana hanya berlaku sekali-sekala sahaja
Terdapat banyak langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid. Antaranya ialah seperti berikut kecuali...
Membuat hebahan di media sosial mengenai kempen dan publisiti mengawal kemurungan
Mewara-warakan talian bantuan yang boleh dihubungi jika seseorang mengalami tanda- tanda kemurungan
Memasukkan orang yang mengalami kemurungan ke Hospital Sakit Jiwa tanpa sebarang saringan dan bantuan
Membantu orang yang mengalami kemurungan dengan menjalankan forum atau aktiviti luar yang sesuai
