wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Susah ke PAJSK ?

Total questions: 15

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

PAJSK adalah singkatan untuk

a)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

b)

Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

c)

Peperiksaan Antara Jasmani, Sukan & Kokurikulum

d)

Peperiksaan Awam Jasmani, Sukan & Kokurikulum

2.

Apakah komponen yang dinilai dalam PAJSK

a)

SEGAK

b)

Kokurikulum

c)

Pembelajaran Bilik Darjah

d)

Ekstra Kurikulum

3.

Apakah 3 aspek yang dinilai dalam PAJSK

a)

Penglibatan, Penyertaan & Prestasi

b)

Penglibatan, Penyertaan & Pembelajaran

c)

Penglibatan, Pertandingan & Penyertaan

d)

Penyertaan, Nilai Murni & Sumbangan

4.

Dalam aspek Penglibatan yang dinilai dalam PAJSK, apakah elemen yang telah ditetapkan untuk pengiraan skor markah pelajar ?

a)

Jawatan

b)

Peringkat

c)

Komitmen

d)

Khidmat Sumbangan

5.

Apakah maklumat yang dapat diperolehi daripada gambar di atas ?

a)

Menunjukkan 3 Aspek Kokurikulum :Penglibatan, Penyertaan, Prestasi.

b)

Menunjukkan 6 Elemen yang dinilai dalam PAJSK

c)

Menunjukkan jumlah markah keseluruhan yang boleh diberi kepada pelajar.

d)

Menunjukkan warna-warna yang diminati oleh guru

6.

Pelajar Tingkatan 4 Dahlia telah diminta oleh guru untuk hadir ke Dewan Merak semasa pertandingan Choral Speaking Bahasa Inggeris Sekolah Menengah peringkat Daerah Klang diadakan. Mereka diminta memberi sokongan moral kepada pasukan sekolah yang bertanding dalam pertandingan tersebut. Jenis penglibatan yang manakah yang boleh diambil kira dalam pemberian skor markah PAJSK kepada pelajar terbabit?

a)

Penglibatan 1 (penglibatan murid yang menjadi peserta pertandingan, program, kem dan sebagainya.

b)

Penglibatan 2 (Penglibatan murid dalam aktiviti seperti JK Pelaksana, Petugas Teknikal atau Persembahan Selingan)

c)

Penglibatan 3 (Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis seperti penyokong, kumpulan sorak dan sebagainya)

d)

Tidak ayak diberi markah dalam PAJSK

7.

Apakah elemen-elemen yang dinilai dalam pemberian skor markah untuk Komponen Ekstra Kurikulum dalam PAJSK ?

a)
b)
c)
d)
e)
8.

Siapakah yang perlu membuat penilaian dan mengisi borang pentaksiran ( Lampiran C ) untuk Sukan Permainan / Kelab Persatuan / Badan Beruniform pelajar ?

a)

Guru Mata Pelajaran

b)

Guru Kelas

c)

Guru Penasihat Unit Kokurikulum

d)

Guru Penyelaras Kokurikulum

9.

Siapakah yang perlu memasukkan data markah pelajar ke dalam sistem PAJSK dan mencetak pelaporan ?

a)

Guru Mata Pelajaran

b)

Guru Kelas

c)

Guru Penasihat Unit Kokurikulum

d)

Guru Penyelaras Kokurikulum

10.

Bahagian manakah dalam aspek kokurikulum dan sukan yang menyumbang skor markah tertinggi dalam PAJSK ?

a)

Jawatan

b)

Peringkat penglibatan

c)

Pencapaian prestasi

d)

Kehadiran

11.

Berapakah jumlah markah keseluruhan yang diperuntukkan dalam PAJSK ?

a)

80

b)

100

c)

110

d)

150

12.

Dalam skor Aspek Penglibatan, Elemen Perjawatan Pasukan Unit Beruniform anjuran Jabatan / Agensi Kerajaan, apakah jawatan yang melayakkan pelajar mendapat skor markah 10 ?

a)

Sub Inspektor dalam Kor Kadet Polis

b)

Pegawai Waran 2 dalam PKBM Laut/ Darat/Udara

c)

Pegawai Waran 1 atau 2 dalam Kadet Remaja Sekolah

d)

Koperal Kadet dalam KASPA

13.

Dalam Aspek Penglibatan, Elemen Komitmen dalam pemarkahan PAJSK, apakah jenis komitmen yang boleh diambilkira dalam skor markah pelajar ?

a)

Menunjukkan komitmen

b)

Menepati Waktu

c)

Mengemas Peralatan

d)

Memberi Kerjasama

e)

Mencuba

14.

Berikan tempoh masa pentaksiran PAJSK dalam tahun yang dinilai.

a)

1 Januari hingga 31 Oktober

b)

1 Januari hingga 30 November

c)

1 Januari hingga 31 Disember

d)

1 Januari tahun semasa hingga 31 Mac tahun berikutnya

15.

Siapakah yang layak mengesahkan data PAJSK setelah pentaksiran dilaksanakan.

a)

Pengetua / Guru Besar

b)

PK Pentadbiran / PK Kokurikulum

c)

Setiausaha Kokurikulum

d)

Penyelaras Unit Kokurikulum