Font size
WorksheetsKUIZ TOPIKAL SAINS TAHUN 6
Total questions: 50
Worksheet time: 26mins
Daya ialah ________________________ yang bertindak ke atas sesuatu objek
Tarikan
Tarikan dan tolakan
Tarikan dan mampatan
Tolakan dan tiupan
Apakah maksud tolakan?
Daya yang menggerakkan objek mendekati kita.
Daya yang menggerakkan objek menjauhi kita.
Daya yang menggerakkan objek seiring dengan kita.
Daya yang melekatkan objek pada badan kita.
Apakah maksud tarikan?
Daya yang menggerakkan objek mendekati kita.
Daya yang menggerakkan objek menjauhi kita.
Daya yang melekat pada badan kita.
Daya yang melekatkan objek pada badan kita.
Daya tidak dapat ___________ tetapi kesannya boleh dirasai atau dilihat.
disebut
dilakar
diperhatikan
disiasat
Antara berikut, manakah yang melibatkan daya tolakan dan tarikan?
Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak melibatkan daya tolakan sahaja?
Menutup suis
Menendang bola
Memicit ubat gigi
Mengelap tingkap
Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak melibatkan daya tarikan sahaja?
Menyapu
Menarik tali
Bermain layang-layang
Menaikkan bendera
Antara berikut manakah adalah bukan kesan daya?
Daya boleh mengubah rupa objek
Daya boleh mengubah arah pergerakan objek
Daya boleh menggerakkan objek yang pegun
Daya boleh mengubah kelajuan objek
Antara berikut, manakah yang benar mengenai kesan daya berdasarkan gambar rajah tersebut?
Daya memberhentikan objek yang bergerak.
Daya mengubah kelajuan objek.
Daya menggerakkan objek pegun.
Daya mengubah arah pergerakan objek.
Gambar menunjukkan seorang pemain ragbi sedang menangkap bola. Antara berikut, manakah pernyataan yang sesuai mengenai kesan daya berdasarkan gambar tersebut?
Daya menggerakkan objek pegun.
Daya memberhentikan objek yang bergerak.
Daya mengubah arah pergerakan objek.
Daya mengubah kelajuan objek.
Aina membentuk sebuah plastisin (tanah liat) menjadi sebuah bentuk seperti di dalam gambar. Apakah kesan daya yang terlibat?
Daya mengubah kelajuan objek.
Daya memberhentikan objek yang bergerak.
Daya mengubah arah pergerakan objek.
Daya mengubah bentuk objek.
Adik menolak kereta mainan yang sedang bergerak sehingga meluncur lebih laju. Apakah kesan daya yang terlibat?
Daya menyukarkan pergerakan.
Daya mengubah kelajuan objek.
Daya mengurangkan kelajuan objek.
Daya memperlahankan pergerakan objek.
Gambar menunjukkan seorang murid sedang menarik sebuah beban yang sama pada permukaan rumput dan lantai jubin. Apakah kesimpulan daripada penyiasatan ini?
Beban yang lebih berat menghasilkan daya geseran yang lebih besar.
Beban yang lebih ringan menghasilkan kurang daya geseran.
Permukaan yang licin mempunyai lebih banyak geseran.
Permukaan yang kasar mempunyai lebih banyak geseran.
Rajah menunjukkan keputusan satu penyiasatan yang telah dijalankan oleh seorang murid. Antara berikut, yang manakah benar mengenai daya geseran bagi permukaan tersebut?
Daya geseran paling tinggi di atas konkrit.
Daya geseran di atas konkrit kurang daripada permaidani tetapi lebih daripada jubin.
Daya geseran di atas konkrit kurang daripada jubin tetapi lebih daripada permaidani.
Daya geseran di atas rumput kurang daripada jubin tetapi lebih daripada konkrit.
Gambar menunjukkan susunan radas dan keputusan penyiasatan itu.
Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasi (PM) dalam penyiasatan ini?
Daya yang diperlukan untuk mengangkut beban.
Daya yang diperlukan untuk menarik beban.
Jisim takal.
Jisim beban.
Apakah pemboleh ubah yang bergerak balas (PB) dalam penyiasatan ini?
Daya yang diperlukan untuk mengangkut beban.
Daya yang diperlukan untuk menarik beban.
Jisim takal.
Jisim beban.
Apakah tujuan penyiasatan ini?
Untuk menyiasat hubungan di antara daya yang diperlukan untuk mengangkut beban dengan jisim beban.
Untuk menyiasat antara jisim beban dengan daya yang diperlukan untuk mengangkut beban.
Untuk menyiasat hubungan di antara jisim beban dengan daya yang diperlukan untuk mengangkut beban.
Untuk menyiasat hubungan di antara jisim beban atau daya yang diperlukan untuk mengangkut beban.
Apakah corak perubahan daya yang diperlukan untuk mengangkut beban berdasarkan Jadual 1 tersebut?
Bertambah dan berkurang
Berkurang dan bertambah
Bertambah
Berkurang
Nyatakan hubungan yang boleh dibuat berdasarkan jadual tersebut.
Semakin bertambah jisim beban, semakin bertambah daya yang diperlukan untuk mengangkut beban.
Semakin berkurang jisim beban, semakin bertambah daya yang diperlukan untuk mengangkut beban.
Semakin bertambah daya yang diperlukan untuk mengangkut beban, semakin bertambah jisim beban.
Semakin berkurang daya yang diperlukan untuk mengangkut beban, semakin bertambah jisim beban.
Pilih jawapan yang betul berdasarkan gambar yang diberi berdasarkan nombor.
1 : Tarikan
2 : Tarikan
3 : Tarikan
4 : Tolakan
5 : Tolakan
Apakah yang dimaksudkan dengan kelajuan?
Ukuran cepat sesuatu objek bergerak
Ukuran cepat atau lambat sesuatu objek bergerak
Ukuran lambat sesuatu objek bergerak
Ukuran masa kelajuan yang diambil
Apakah faktor kelajuan sesuatu objek ?
Jarak yang dilalui
Masa yang diambil
Jarak yang dilalui dan masa yang diambil
Beza antara tempat
Semua unit kelajuan di bawah adalah betul KECUALI
satu per kilogram
sentimeter per saat
meter per saat
kilometer per jam
Kenal pasti nama-nama binatang di bawah:
1. Cheetah
2. Kura-kura
3. Siput
4. Kuda
Susunkan haiwan-haiwan ini berdasarkan kelajuan yang semakin meningkat.
4, 1, 3, 2
3, 2, 1, 4
1, 4, 2, 3
3, 2, 4, 1
Kirakan kelajuan murid tersebut apabila jarak larian 100 meter dan masa yang diambil adalah 22 saat.
Objek yang ___________ tidak mempunyai kelajuan.
hidup
bukan hidup
statik
pegun
Sebuah lori mengambil masa 3 jam untuk sampai ke satu destinasi sejauh 270 km.
Nyatakan kelajuan pergerakan lori dalam unit kilometer per jam.
60 km/j
90 km/j
270 km/j
360 km/j
Objek yang bergerak mempunyai ________.
jisim
kelajuan
jarak
masa
Apakah haiwan yang terpantas di dunia?
Kuda
Arnab
Cheetah
Harimau
Makanan yang __________________ boleh diperhatikan dengan menggunakan deria penglihatan, bau, rasa dan sentuhan.
elok
rosak
boleh dimakan
berkhasiat
Makanan menjadi rosak disebabkan oleh_____________________________ yang bertumbuh dalam makanan.
udara
serangga
air
tindakan mikroorganisma
Pengawetan makanan ialah
proses penyediaan makanan yang berkhasiat
proses mengekalkan zat-zat makanan
kaedah pemprosesan makanan yang boleh menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma
Tujuan pengawetan makanan ialah
supaya makanan sentiasa kekal segar.
supaya makanan menjadi lebih berkhasiat
supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
Nyatakan kepentingan teknologi makanan ...
memudahkan makanan disimpan dan mudah diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain
makanan menjadi murah
makanan menjadi lebih sedap
Kebaikan Teknologi Pengawetan Makanan ialah
makanan menjadi murah
Buah-buahan bermusim dapat dinikmati sepanjang tahun
makanan menjadi lebih sedap
Nyatakan maksud pempastueran
Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera
mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya.
Berikan maksud pembungkusan vakum
Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.
Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.
Apakah kaedah pelilinan ?
Kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan
Pilih maksud kaedah penyalaian dengan betul
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya
Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.
Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera
Antara berikut yang manakah BUKAN faktor pertumbuhan mikroorganisma?
Nutrien
Air
Keasidan yang tinggi
Suhu yang sesuai
Antara makanan berikut, yang manakah paling cepat rosak?
Kaedah pengawetan ini mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan
Pendidihan
Pembungkusan vakum
Pempasteuran
Pengeringan
Mengapakah kaedah penjerukan menggunakan kepekatan gula yang tinggi?
Menjadikan makanan lebih manis
Supaya keadaan menjadi tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh
Menjadikan mikroorganisma lebih cepat membiak
Sebagai sumber nutrien untuk mikroorganisma membiak
Pemanasan pada suhu didih dan makanan disejukkan secara rendaman air adalah kaedah pengawetan.....
Pengetinan dan pembotolan
Pempasteuran
Pendidihan
Penyalaian
Antara makanan berikut, yang manakah sesuai diawet menggunakan kaedah pembungkusan vakum?
Susu
Telur asin
Jeruk cili
Sosej
Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk akan lambat rosak. Mengapa?
Tiada udara menyebabkan mikroorganisma mati
Makanan menjadi kering menyebabkan mikroorganisma tidak tumbuh
Suhu yang rendah menyebabkan mikroorganisma kurang aktif
Makanan menjadi segar
Antara berikut , yang manakah boleh diawet dengan cara yang sama seperti rajah di atas?
Ikan
Buah belimbing
Mihun kering
Kismis
Maklumat menunjukkan langkah-langkah dalam mengawet makanan
X- makanan di panaskan sehingga suhu tertentu
Y- makanan didinginkan dengan segera
Pendidihan
Penyalaian
Pempasteuran
Pengetinan
Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri kerosakan bagi nasi.
berbau masam
berlendir
berkulat
berketul-ketul
