Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CERPEN: MUNSYI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh ________________ di bandar.

a)

kehidupan positif

b)

kehidupan negatif

c)

budaya-budaya negatif

d)

kehidupan positif

2.

Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan ___________.

a)

kehidupan, pendidikan dan ekonomi

b)

agama, pendidkan dan bangsa

c)

agama, bahasa dan budaya

d)

agama, bahasa dan bangsa

3.

bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus ___________.

a)

dihormati dan dilayani

b)

dihormati dan disegani

c)

dihormati dan disayangi

d)

disayangi dan disanjung

4.

bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan _______

a)

pendidikan

b)

moral

c)

sejarah

d)

cinta

5.

bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu _________

a)

agama dan budaya

b)

harga diri dan bangsa.

c)

agama dan bangsa.

d)

agama dan maruah

6.

Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama __________ melalui ‘saya’.

a)

Mursyli

b)

Munsyi

c)

Mansyi

d)

Munsyih

7.

‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat ___________bangsa dan budayanya.

a)

menyayangi

b)

membenci

c)

mencintai

d)

menyukai

8.

Munsyi tinggal di tanah ____________ di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri.

a)

Tanah Melayu

b)

Melayu rizab

c)

tanah simpanan

d)

rizab Melayu

9.

Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai ____________.

a)

bangunan mewah dan pusat beli-belah

b)

bangunan mewah dan banglo

c)

bangunan mewah dan hotel

d)

bangunan dan hotel

10.

‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila ____________ Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.

a)

bilik

b)

syarikat

c)

pondok

d)

rumah

11.

Berikut merupakan persoalan dalam cerpen ini kecuali

a)

usaha menghidupkan semangat patriotisme

b)

usaha mengekalkan keharmonian

c)

kekuatan pegangan agama

d)

kesan penjajahan kepada penduduk peribumi

12.

Berikut merupakan perwatakan Mel dalam novel ini kecuali

a)

rajin

b)

penyayang

c)

menghormati orang lain

d)

patuh arahan bonda

13.

Berikut merupakan perwatakan Munsyi dalam cerpen ini kecuali

a)

miskin

b)

berani

c)

pejuang bahasa

d)

mencintai bonda

14.

Berikut merupakan latar masyarakat dalam cerpen ini kecuali

a)

masyarakat yang mempertahankan maruah

b)

masyarakat yang menilai orang lain

c)

masyarakat yang menjadi mangsa pembangunan

d)

masyarakat penjajah

15.

Berikut merupakan latar masa dalam cerpen ini kecuali

a)

lima ratus tahun

b)

bulan Mei

c)

seminggu lepas

d)

beberapa tahun

16.

SETIAP kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang,saya akan hanyut dibawa arus hedonism dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.


Berdasarkan petikan Cerpen Munsyi, apakah persoalan yang diperoleh daripada petikan ini?

a)

Persoalan tentang jatidiri seseorang.

b)

Persoalan tentang kebimbangan terhadap masa depan seseorang.

17.

SETIAP kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonism dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.


Berdasarkan petikan Cerpen Munsyi, apakah nilai yang terdapat dalam petikan ini?

a)

Nilai patriotisme. Buktinya bonda bimbang anaknya akan lupa diri sekiranya sudah berada di bandar.

b)

Nilai kasih sayang. Buktinya bonda meminta anaknya menuntut ilmu secukupnya baharulah boleh berdikari.

18.

Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakan tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.


Berdasarkan petikan Cerpen Munsyi, apakah pengajaran yang diperoleh?

a)

Kita hendaklah mengisi dada dengan pelbagai ilmu. Buktinya 'saya' mengakui bahawa kata-kata bondanya benar tentang malapetaka yang sedang menimpa anak bangsanya.

b)

Kita hendaklah mempunyai jatidiri yang kuat. Buktinya 'saya' mengakui bahawa anak-anak bangsanya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia.

19.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”


Berdasarkan petikan Cerpen Munsyi ini, bagaimanakah caranya untuk memartabatkan bahasa ibunda kita?

a)

Bertutur mengikut tatabahasa yang betul dan baku.

b)

Menggunakan bahasa ibunda dalam komunikasi seharian.

c)

Menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa kedua

20.

Saya hayati cerita bonda tentang sejarah yang hampir memusnahkan Negara ini. Kota besar itulah yang menjadi gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan sedikit. Semuanya berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah kepada pagar-pagar perkauman yang tebal.


Justeru, saya bertekad memenuhkan dahulu dada saya dengan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum saya bersedia mencampakkan diri saya di tengah gelora kota.


Berdasarkan petikan Cerpen Munsyi, kesan di bawah adalah sekiranya seseorang tidak mempunyai ilmu yang penuh di dada kecuali?

a)

Mereka akan mudah dipengaruhi.

b)

Mereka akan mengulangi sejarah yang lama.

c)

Mereka tidak akan dapat berfikir secara waras.

d)

Mereka akan cepat berdikari.