wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Adjektif-2 SRSDSF Thn4-6

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.
Sani selalu ditegur oleh guru Bahasa Malaysia kerana tulisannya __________ .
a)
comot
b)
kasar
c)
buruk
d)
lama
2.
"Tidak perlu ________ dengan ayah di kampung kerana ayah ada emak kamu yang sentiasa menjaga kesihatan ayah," kata Pak Ismadi kepada anak-anaknya.
a)
gembira
b)
risau
c)
sedih
d)
takut
3.
Di tepi kolam itu terdapat sebatang pokok kelapa yang ___________ .
a)
panjang
b)
rendang
c)
tua
d)
tinggi
4.
Rumah yang ___________ itu kepunyaan seorang lelaki tua yang tidak diketahui asal-usulnya.
a)
lama
b)
usang
c)
roboh
d)
busuk
5.
Pisang muda itu ________ rasanya.
a)
manis
b)
masam
c)
kelat
d)
pahit
6.
Penyanyi suara _________ itu baru berusia 11 tahun.
a)
nyaring
b)
kuat
c)
sedap
d)
lunak
7.
Tempat kejadian itu ________ sekali dengan rumah saya.
a)
dekat
b)
rapat
c)
lewat
d)
cepat
8.
Bau ___________ di kilang itu mengganggu ketenteraman kami.
a)
hanyir
b)
hancing
c)
busuk
d)
harum
9.
Orang Eskimo sentiasa berbaju __________ kerana iklim negeri itu sejuk.
a)
nipis
b)
tebal
c)
besar
d)
panjang
10.
Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat __________ .
a)
cerdik
b)
takut
c)
kasar
d)
pandai
11.
 Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Murad itu berbuah_______.
a)
lebat
b)
penuh 
c)
ketat  
d)
padat
12.
Yuki berjoging dan menanam pokok bunga pada waktu _________.
a)
Sesak 
b)
tegang 
c)
sunyi  
d)
senggang
13.
 Baju Ching Ting sudah ________kerana kerap dipakainya.
a)
Uzur
b)
lusuh   
c)
 layu 
d)
kelam
14.
 Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.
a)
Kaku 
b)
riang 
c)
diam 
d)
nyenyak
15.
 Masakan itu amat __________kerana dimasak dengan cili yang terlalu banyak.
a)
Kelat  
b)
pahit  
c)
pedas 
d)
payau
16.
Bahagian depan kereta itu telah ________setelah terlanggar lori.
a)
Patah
b)
remuk
c)
retak
d)
kempis
17.
Seluruh badan Azman ________kerana disengat sekawan tebuan sewaktu bermain di tepi  sungai.
a)
Hancur
b)
tersiat   
c)
tercalar  
d)
bengkak
18.
Abang Bok Yu _________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama 
lima tahun.
a)
fasih
b)
leka
c)
bijak
d)
deras
19.
Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya  bersempena dengan Hari Ibu.
a)
Cemas
b)
terharu 
c)
terkejut 
d)
kecewa
20.
 “Wang ini saya sumbangkan secara __________,”kata Lee Kepada Siva.
a)
Ikhlas 
b)
sopan 
c)
adil     
d)
amanah
21.
Abang saya berasa ___________ kerana berjaya mendapat 10A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.
a)
marah
b)
sedih
c)
gembira
d)
simpati
22.
Adik berasa begitu ____________ terhadap rakannya kerana mempermainkannya.
a)
takjub
b)
kagum
c)
gembira
d)
marah
23.

Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

a)

kecil

b)

besar

c)

tebal

d)

panjang

24.
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________.
a)
tinggi
b)
besar
c)
kontot
d)
panjang
25.
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
a)
serak
b)
garau
c)
merdu
d)
nyaring
26.
Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak
wangi yang ________ itu .
a)
busuk...tengik
b)
hanyir...wangi
c)
hapak...harum
d)
hancing...busuk
27.
Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.
a)
baik
b)
cergas
c)
nyaman
d)
indah
28.
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang________
a)
tinggi
b)
besar
c)
kontot
d)
panjang
29.
Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
a)
gelap
b)
hening
c)
bising
d)
nyaman  
30.
Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih ___________ .
a)
tegang
b)
teguh
c)
tegap
d)
tegar
31.
Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih ___________ .
a)
tegang
b)
teguh
c)
tegap
d)
tegar
32.
Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
a)
jernih
b)
hitam
c)
kotor
d)
bersih
33.

Dulang tembaga di dalam almari itu ... sahaja kerana sudah lama tidak digilap.

a)

muram

b)

kusam

c)

malap

d)

suram

34.

Kebun sayuran itu memberikan hasil yang ... kepada Pak Abu.

a)

lumayan

b)

untung

c)

bersih

d)

kasar

35.

Kita tidak akan rugi apa-apa jika suka merendahkan diri tetapi kita akan menjadi manusia yang ... jika suka berlahak sombong dan angkuh.

a)

benci

b)

sinis

c)

hina

d)

tiris

36.

Kamu hendaklah ... bahawa masalah itu akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.

a)

ceria

b)

sesuai

c)

selesa

d)

yakin

37.

Kereta itu nyaris-nyaris terbabas ke lereng bukit akibat jalan ... selepas hujan.

a)

laju

b)

licin

c)

halus

d)

santai

38.

Jarak di antara rumah Didi dan rumah kawan baiknya itu agak ... juga, iaitu kira-kira lima kilometer.

a)

jauh

b)

lebar

c)

sayup

d)

panjang

39.

Lidah adik berasa ... setelah memakan tiga potong nanas muda yang dicecah dengan garam

a)

pedar

b)

kelat

c)

lidas

d)

liar

40.

Suasana di stadium itu ... semula setelah kesemua penonton beredar selepas perlawanan bola itu berakhir.

a)

luas

b)

lebar

c)

lapang

d)

lengang

41.

Mak Kiah ... kerana suaminya masih belum pulang dari pejabat sedangkan hari sudah jauh malam.

a)

waswas

b)

sukar

c)

gusar

d)

aneh

42.

Musa berasa ... apabila terkenang akan ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

a)

cuak

b)

sayu

c)

sesal

d)

sangsi

43.

Telinga Hadif ... mendengar jeritan anak-anak saudaranya yang sedang seronok bermain kejar-kejar.

a)

tuli

b)

bingit

c)

bising

d)

riuh

44.

Ibu memerahi adik kerana bajunya ... akibat bermain dalam hujan lebat.

a)

lencun

b)

dingin

c)

lusuh

d)

carik

45.

Harga pakaian di Mydin ... betul kerana diberikan potongan harga sebanyak 70 peratus.

a)

kurang

b)

sedikit

c)

singkat

d)

murah

46.

Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.

a)

gelap

b)

nyaman

c)

hening

d)

bising

47.

Amir sangat _______ kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.

a)

segan

b)

benci

c)

marah

d)

kecewa

48.

Burung bangau mempunyai leher yang __________ .

a)

tinggi

b)

panjang

c)

pendek

d)

rendah

49.

Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.

a)

ragu

b)

marah

c)

dendam

d)

bimbang

50.

Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.

a)

kuat

b)

rakus

c)

senyap

d)

perlahan