NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU KATA GANDA TAHUN 6
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Gambar menunjukkan ______________ rumah.
kekisi
tetupai
Gambar menunjukkan ______________ rumah.
tetupai
kekisi
____________ adalah sejenis binatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
Pepijat
Rerama
Jejentik
Pijat-pijat
Jurutera itu menggunakan _____________ untuk melukis sudut 90 darjah.
pembaris
sesiku
jejari
lelabah
Sehingga sekarang, masih ada peniaga Cina yang suka menggunakan __________ untuk membuat perkiraan.
kapu-kapu
diam-diam
dekat-dekat
dekak-dekak
Emak memasak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari Kuala Lumpur.
buah-buahan
lauk-pauk
sayur-sayuran
buah-buah
Suasana di pasar malam itu ______________ oleh suara para pengunjung dan para peniaga.
punah-ranah
kacau-bilau
kucar-kacir
riuh-rendah
Adila _______ siapakah pemilik kereta mewah yang ada di tempat letak kenderaan itu.
terangguk-angguk
terbatuk-batuk
tertanya-tanya
tertidur-tidur
“Buat baik biarlah ______ supaya tidak memakan diri sendiri,” nasihat ayah kepada saya.
berlonggok-longgok
berlalai-lalai
berpada-pada
berlumba-lumba
Pandangan saya _______ apabila keluar dari gua yang gelap itu.
berpusing-pusing
terapung-apung
berpinar-pinar
berkaca-kaca
Abang cuba mengambil bola adik yang _____ di permukaan air itu
tergolek-golek
terumbang-ambing
terapung-apung
tergolek-golek
Datuk ______ setelah mengangkat sebakul durian dari dusunnya.
terpinga-pinga
terlayang-layang
terumbang-ambing
termengah-mengah
Tembikar antik itu ______ kerana selalu digilap oleh ibu.
berganda-ganda
berkaca-kaca
berkelip-kelip
berkilat-kilat
Puan Ratna tidak pernah ______ anak-anaknya sama ada mereka berjawatan tinggi atau tidak.
menggerak-gerakkan
membeza-bezakan
mencerai-ceraikan
mengharu-birukan
Irdina marah kerana Jason ______ memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali.
memandai-mandai
melambai-lambai
meleret-leret
melaung-laung
Suara penyanyi itu ______ ketika menyanyikan sebuah lagu ghazal
menjerit-jerit
mendayu-dayu
mengilai-ngilai
membelai-belai
Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
tersengguk-sengguk
tersekat-sekat
terjerit-jerit
teresak-esak
