wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penilaian (Unsur Kumpulan 17)

Total questions: 15

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

X berada dalam kumpulan yang sama dengan klorin dalam Jadual Berkala Unsur. Antara berikut, yang manakah adalah ciri-ciri X?


I - Wujud sebagai molekul dwiatom

II - Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi

III - Sangat elektronegatif

IV - Konduktor elektrik

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

Astatin, At ialah suatu unsur di bawah iodin dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala. Tentukan formula hasil dan kereaktifan tindak balas astatin dengan besi berbanding tindak balas antara iodin dengan besi

a)

Formula hasil tindak balas: FeAt2FeAt_2
Kereaktifan: Kurang

b)

Formula hasil tindak balas: FeAt2FeAt_2
Kereaktifan: Lebih

c)

Formula hasil tindak balas: FeAt3FeAt_3
Kereaktifan: Kurang

d)

Formula hasil tindak balas: FeAt3FeAt_3
Kereaktifan: Lebih

3.

Susunan elektron ion  XX^-  ialah 2.8.8. Nombor proton unsur Y ialah 9. Pernyataan manakah antara berikut  adalah benar?

a)

Unsur Y lebih elektronegatif daripada unsur X

b)

Unsur X adalah lebih reaktif daripada unsur Y

c)

Jejari atom Y lebih besar daripada jejari atom X

d)

Kedua-dua X dan Y adalah konduktor elektrik

4.

Berapakah bilangan elektron valens bagi unsur-unsur Kumpulan 17?

(a)  

5.

Apakah nama lain bagi unsur-unsur Kumpulan 17?

a)

Logam alkali

b)

Logam alkali bumi

c)

Halogen

d)

Unsur peralihan

6.

Yang manakah antara berikut benar mengenai klorin?

a)

Formula molekul: Cl_2
Keadaan fizik pada suhu bilik: Cecair
Warna: Kuning

b)

Formula molekul: ClCl
Keadaan fizik pada suhu bilik: Gas
Warna: Kuning

c)

Formula molekul: Cl_2
Keadaan fizik pada suhu bilik: Cecair
Warna: Perang

d)

Formula molekul: Cl_2
Keadaan fizik pada suhu bilik: Gas
Warna: Kuning

7.

Yang manakah antara berikut bukan merupakan halogen?

a)

Klorin

b)

Rubidium

c)

Bromin

d)

Fluorin

8.

Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa kereaktifan unsur Kumpulan 17 berkurang apabila menuruni kumpulan itu?

a)

Keadaan fizik bagi unsur berubah daripada gas kepada cecair dan kemudian kepada pepejal pada suhu bilik

b)

Daya tarikan antara elektron valens dengan nukleus semakin lemah

c)

Elektron valens semakin dekat dengan nukleus

d)

Takat lebur bagi unsur menurun

9.

Yang manakah antara berikut merupakan perubahan sifat fizik yang berlaku apabila menuruni Kumpulan 17?

a)

Jejari atom bertambah

b)

Takat lebur dan takat didih berkurang

c)

Ketumpatan berkurang

d)

Keadaan fizik berubah daripada pepejal kepada cecair dan kepada gas pada suhu bilik

10.

Apakah keadaan fizik bromin pada suhu bilik?

(a)  

11.

Klorin melarut dengan mudah dalam air.

Ramalkan pemerhatian yang akan diperoleh jika sekeping kertas litmus biru dicelupkan dalam larutan yang terhasil

a)

Kertas litmus biru bertukar merah

b)

Tiada perubahan pada kertas litmus

c)

Kertas litmus biru bertukar merah kemudian dilunturkan

d)

Kertas litmus biru meluntur

12.

Klorin bertindak balas dengan air menghasilkan dua larutan berasid iaitu asid hidroklorik dan asid X.

Apakan nama bagi asid X?

(a)  

13.

Klorin merupakan unsur kumpulan 17 dan terletak pada kala 3.

Tuliskan susunan elektron bagi atom klorin.

(a)  

14.

Jadual menunjukkan nombor proton bagi unsur J dan unsur K.

J dan K bukan simbol sebenar bagi unsur-unsur itu.

Pilih dua pernyataan yang benar tentang unsur J dan K.

a)

Atom J dan K mempunyai tujuh elektron valens

b)

Unsur J adalah kurang reaktif daripada unsur K

c)

Atom J mempunyai saiz atom yang lebih besar daripada atom K

d)

Unsur J dan unsur K berada dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala Unsur

15.

Berikut adalah persamaan kimia bagi tindak balas antara bromin dengan besi.

 xFe + yBr2  zFeBr3xFe\ +\ yBr_2\ \rightarrow\ zFeBr_3  

Apakah nilai x, y dan z?

a)

 x=2 , y=3 , z=2x=2\ ,\ y=3\ ,\ z=2  

b)

 x=2 , y=2 , z=2x=2\ ,\ y=2\ ,\ z=2  

c)

 x=3 , y=2 , z =2x=3\ ,\ y=2\ ,\ z\ =2  

d)

 x=2 , y=2 , z = 2x=2\ ,\ y=2\ ,\ z\ =\ 2