wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU: SISTEM BAHASA

Total questions: 31

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Terdapat beberapa buah pejabat di dalam bangunan ......... yang terletak di tengah -tengah ibu kota itu.

a)

Wisma Perdana

b)

Pawagam Perdana

2.

Perlawanan bola sepak itu dimaklumkan akan ditunda ke ...... Januari berikutan cuaca buruk.

a)

bulan

b)

hari

3.

Seorang tukang kebun telah ditugaskan untuk menebas ...... yang tumbuh panjang di taman mini sekolah.

a)

rumput

b)

pokok

4.

Sultan Mahmud telah memanggil temenggung datang mengadap baginda di ......... bagi menjelaskan isu pergaduhan di pasat tempoh hari.

a)

rumah

b)

istana

5.

............ mengaum dengan kuatnya sebagai isyarat untuk memanggil semua haiwan di hutan itu agar berkumpul.

a)

Pak Belang

b)

Si Bedal

6.

Nazim dan keluarganya pertama kali menjejakkan kaki ke Menara Condong Teluk Intan yang terletak di.....

a)

Perak

b)

Pulau Pinang

7.

Tumbuhan itu menjadi layu kerana tidak mendapat......matahari yang mencukupi.

a)

udara

b)

cahaya

8.

Mereka membuat keputusan menaiki......... dari Muar,Johor menuju ke Terminal Bas Bersepadu Selatan di ibu kota

a)

bas ekspres

b)

bas mini

9.

Anggota ....... itu sedang menyelamatkan mangsa kemalangan yang tersepit di dalam kenderaan terbabit.

a)

askar

b)

bomba

10.

Ketua pasukan penyelamat operasi tersebut merupakan ...... kami yang arif tentang kawasan hutan itu

a)

ketua kampung

b)

anak buah

11.

........... menjadi tumpuan pelancong bagi melihat artifak-artifak bersejarah negara kita.

a)

Zoo Negara

b)

Muzium Negara

12.

Beberapa orang pelajar sedang membuat latihan tarian di dalam....... dengan penuh semangat.

a)

Dewan Pertiwi

b)

Makmal Pertiwi

13.

Lucy merupakan murid yang _______ di kelas kami.

a)

sepandai

b)

terpandai

14.

Peserta dari Kanada itu_____ dalam perlumbaan dengan penuh bersemangat

a)

bertanding

b)

menandingi

15.

Rumah baru abang saudara saya-------

a)

sepagar

b)

dipagari

16.

------------ Pengawas itu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

a)

tertua

b)

Ketua

17.

Mei Mei sudah _________ di kaki lima kedai itu selama sejam.

a)

berdiri

b)

terdiri

18.

Mereka______ menunggang basikal ke sekolah pada setiap hari pagi

a)

ketiga-tiga

b)

bertiga

19.

Kami terkejut apabila alat______ itu tiba -tiba berbunyi tanpa diketahui puncanya.

a)

terkesan

b)

pengesan

20.

Ramli tidak_____ kotak yang penuh dengan buku-buku itu.

a)

diangkat

b)

terangkat

21.

________ restoran itu sedang mencatat pesanan pelanggan dengan sopan.

a)

Pelayan

b)

Melayan

22.

Gasing kepunyaan Tai Seng--------- di atas tanah

a)

pemutar

b)

berputar

23.

Buku latihan murid-murid sedang ______ oleh cikgu Lim di bilik guru

a)

memeriksa

b)

diperiksa

24.

Lori itu _______ dengan perlahan kerana muatannya yang banyak

a)

bergerak

b)

tergerak

25.

________ ibu bapa harus kita patuhi selalu.

a)

Ajaran

b)

pelajaran

26.

" Tolong________ salam saya kepada keluarga kamu,"kata Rozana kepada Fauziah.

a)

Menyampaikan

b)

sampaikan

27.

Pelbagai jenis alat_______ kanak-kanak dijual di kedai itu.

a)

Mainan

b)

bermain

28.

Persembahan artis yang terkenal itu mendapat_______ yang gemuruh daripada para penonton.

a)

ditepuk

b)

tepukan

29.

______ kumpulan Bestari memang bernas dan sesuai dengan terma.

a)

cadangan

b)

bercadang

30.

Kita menempuh beberapa_____ sebelum berjaya menamatkan perlumbaan

a)

penghalang

b)

halangan

31.

Murid-murid membaca petikan yang terdapat di dalam buku teks dengan_______ yang betul

a)

menyebut

b)

sebutan