WorksheetsUlangkaji MPU3372
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Siapakah yang berkata bahawa akhlak Rasulullah SAW adalah al-Qur’an?
Imam al-Ghazali
Saidina Abu Bakar
Saidatina Aisyah
Imam Nawawi
Apakah salah satu asas dalam pemikiran Islam?
Kekuasaan
Emosi
Hikmah
Perdebatan
Philo-sophia dalam Bahasa Yunani membawa erti
pintar dalam membuat helah.
berpengetahuan luas secara ensiklopedik.
kecintaan terhadap kebijaksanaan.
seorang yang pandai menyelesaikan teka-teki.
Manakah antara berikut yang BUKAN penyataan mengenai landasan persoalan dalam epistemologi?
Apakah syarat-syarat pengetahuan yang perlu dan mencukupi?
Apakah yang menjadikan suatu kepercayaan dipercayai?
Bagaimanakah seseorang itu menggunakan ilmu pengetahuannya?
Bagaimanakah sesebuah ilmu itu dianggap benar atau tidak benar?
Apakah tiga cabang asas dalam falsafah?
Ontologi, Epistemologi, Aksiologi
Ontologi, Logik, Estetika
Logik, Hermeneutik, Empirisisme
Retorik, Logik, Dialektik
Apakah maksud 'ontologi'?
Kajian tentang kebaikan dan keburukan
Kajian tentang cara memperoleh ilmu
Kajian tentang keberadaan dan kewujudan
Kajian tentang keindahan
Epistemologi dalam falsafah merujuk kepada:
Hakikat kewujudan
Hubungan sosial
Sumber dan kesahihan ilmu
Nilai dan estetika
Apakah istilah yang merujuk kepada kajian tentang nilai dan etika?
Ontologi
Aksiologi
Metodologi
Sosiologi
Apakah yang dimaksudkan dengan 'empirisisme'?
Ilmu yang berdasarkan kepercayaan dan adat
Ilmu yang diperoleh melalui logik dan akal
Ilmu yang hanya boleh dicapai melalui wahyu
Ilmu yang diperoleh melalui pengalaman pancaindera
Prinsip asas nilai dalam Islam menurut Prof. al-Attas adalah berasaskan kepada:
Hedonisme dan realisme
Rasionalisme dan empirik
Tradisi dan adat
Tauhid dan wahyu
Hierarki ilmu dalam Islam menempatkan ilmu wahyu pada:
Tingkatan tertinggi
Tingkatan sama dengan ilmu sains
Tiada tingkatan
Tingkatan paling rendah
Aliran subjektif dalam aksiologi menegaskan bahawa nilai adalah:
Ditentukan oleh individu
Tetap dan abadi
Ditentukan oleh wahyu
Bersifat mutlak
Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran spekulatif?
Pemikiran berdasarkan wahyu sepenuhnya
Pemikiran yang berdasarkan fakta sejarah
Pemikiran berdasarkan logik dan melibatkan aspek teologi
Pemikiran berdasarkan mimpi dan andaian
Apakah terjemahan kepada istilah “saeculum” yang paling tepat menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas?
‘Almāniyyah.
Hunā’l-āniyyah.
Ḥawwal ilā gharaḍ ‘ālamī ay dunyāwī.
Ru’yat li al-wujūd.
Pilih jawapan yang PALING TEPAT menerangkan istilah “hikmah”.
Hikmah adalah persaingan dalam bidang ilmu pengetahuan.
Hikmah adalah disiplin dan usaha yang dilakukan secara konsisten.
Hikmah adalah usaha memahami keadaan yang kita hadapi.
Hikmah adalah memahami tempat wajar bagi sesuatu yang melahirkan tindakan yang wajar.
Antara fitrah manusia adalah ia diciptakan dengan dwi sifat utama di dalam dirinya. Diri yang lebih rendah, yang menjadi punca kepada akhlak mazmumah dinamakan sebagai
al-ḥayawān al-nāṭiq.
al-nafs
al-nafs al-ḥayawaniyyah.
al-nafs al-nāṭiqah
Apakah pendekatan utama Muktazilah dalam memahami agama?
Mendahulukan hadis daripada akal
Menggabungkan wahyu dan akal
Menolak semua bentuk ijtihad
Mendahulukan akal daripada wahyu
Apakah persamaan utama antara Jahmiyyah dan Muktazilah?
Menerima konsep syafaat
Mendahulukan akal dari wahyu
Mengiktiraf hadis sebagai sumber utama
Menolak penggunaan akal
Pilih penyataan yang PALING TEPAT menerangkan perbezaan asas antara epistemologi Barat dan epistemologi Islam.
Epistemologi Barat dan Islam sama-sama mengutamakan akal sebagai sumber ilmu mutlak.
Epistemologi Islam menolak semua bentuk penyelidikan empirikal dan hanya bergantung kepada wahyu.
Epistemologi Barat menggabungkan akal dan wahyu manakala Islam hanya mengutamakan pengalaman.
Epistemologi Barat bergantung pada akal dan pengalaman, manakala epistemologi Islam meletakkan wahyu sebagai sumber utama, diikuti akal dan empirikal.
Beliau merupakan pengasas kepada Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban (ISTAC) di Malaysia . Beliau juga antara tokoh yang mengagaskan Islamisasi Ilmu. Siapakah tokoh yang dimaksudkan?
Hossein Nasr
Hamzah Fansuri
Syed Muhammad Naquib al-Attas
Ismail Raji al-Faruqi
Ucapan, pertuturan dan bahasa menunjukkan keupayaan manusia menggunakan fakulti penaakulan. Secara ringkasnya, gelaran bagi manusia sebagai haiwan yang berakal ialah
al- nafs al- mutmainnah
al-ḥayawān al-nāṭiq
al-nafs al-nāṭiqah
al-nafs al-ḥayawaniyyah
Bagaimanakah konsep adab menurut Syed Naquib al-Attas dapat mengubah pendekatan terhadap pengajaran ilmu dalam sistem pendidikan moden?
Membangunkan akhlak pelajar melalui pengenalan dan pengakuan terhadap kedudukan ilmu dan subjeknya.
Menjadikan pelajar lebih kreatif dan bebas dalam membuat tafsiran ilmu.
Menekankan bahawa setiap ilmu perlu disampaikan secara sistematik dan logik.
Mengarahkan ilmu kepada penghasilan teknologi tanpa mengira nilai.
Apakah fungsi utama akal menurut Islam?
Untuk memuaskan keinginan nafsu secara rasional.
Untuk mencari makanan dan perlindungan.
Untuk mengenal Tuhan dan mentadbir hidup secara beradab.
Untuk bersaing dengan makhluk ghaib
Apakah perbezaan paling ketara antara sekularisme dan sekularisasi?
Sekularisme ialah proses, manakala sekularisasi ialah ideologi.
Sekularisasi ialah proses menduniawikan kehidupan, manakala sekularisme ialah ideologi pemisahan agama dari kehidupan.
Sekularisasi ialah sistem pentadbiran agama, manakala sekularisme ialah sistem ketuhanan.
Sekularisme berkait dengan zaman pencerahan, manakala sekularisasi muncul dari Islam.
Ucapan, pertuturan dan bahasa menunjukkan keupayaan manusiamenggunakan fakulti penaakulan. Secara ringkasnya, gelaran bagi manusiasebagai haiwan yang berakal ialah ______________
al-nafs al-ḥayawaniyyah.
al-nafs al-nāṭiqah.
al-ḥayawān al-nāṭiq.
al-nafs al-mutmainnah.
Metod yang digunakan oleh golongan Mutakallimin pada fasa perkembangan Feqh dalam merumuskan kaedah hukum ialah
Metode mantik sahaja
Metode ijma' sahabat
Metode mantik dan teoretik
Metode dakwah
Berdasarkan penyataan berikut, pilih jawapan yang PALING TEPAT mengenai kaedah yang digunakan.
Senario:
Seorang pensyarah menyedari bahawa dalam tiga semester berturut-turut, majoriti pelajar yang kerap menghadiri sesi tutorial tambahan menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam peperiksaan akhir. Berdasarkan pemerhatian berulang tersebut, pensyarah itu membuat kesimpulan bahawa penyertaan aktif dalam tutorial tambahan secara umum membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Pemerhatian khusus kepada kesimpulan umum (induktif).
Pemerhatian khusus kepada kesimpulan umum (deduktif).
Kesimpulan umum kepada pemerhatian khusus (induktif).
Kesimpulan umum kepada pemerhatian khusus (deduktif).
Penyataan “Setiap burung adalah haiwan” adalah termasuk dalam cabang falsafah __________ dan _______________
ontologi – kaedah deduktif / apriori.
aksiologi – kaedah induktif / aposteriori.
aksiologi – kaedah deduktif / apriori.
ontologi – kaedah induktif / aposteriori.
Kaedah 'deduktif' dalam epistemologi bermaksud:
Dari pengalaman kepada teori
Dari umum kepada khusus
Dari khusus kepada umum
Dari wahyu kepada rasional
Definisi ilmu mengikut Syed Naquib al-Attas ialah
Menguasai kemajuan teknologi
Berjayanya mempengaruhi manusia di sekeliling
Tibanya makna dalam diri dan tibanya diri kepada makna
Kejayaan sebenar apabila mendapat pujian manusia
