WorksheetsKATA KERJA
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang
Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
menggeliat
menggeletar
menggelupur
menggelepar
Pengemis itu ___________oleh pemilik restoran tersebut daripada restoranya.
dihalang
dibuang
dihalau
ditindas
Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
menumbuk
mengetuk
memukul
memalu
Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih
Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
merenggut
menyambar
merampas
mengambil
Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya akan ______pameran lukisan.
melaksanakan
menjalankan
mengadakan
melahirkan
Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
terbelah
terpisah
terpecah
terbahagi
Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
merancang
menimbang
melaksana
melihat
Peniaga itu _______keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
meraih
mencapai
mengumpul
mengais
Mulut adik ______ apabila terkejut semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
tertutup
tersengih
terlopong
terkatup
Fauzan ________kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
menunggu
menyambut
mengajak
menanti
Banduan itu terpaksa ________di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
menetap
menginap
meringkuk
menumpang
Syarikat Tonggak Maju mampu______projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit
menganjurkan
melaksanakan
meningkatkan
mengadakan
Amira_________kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.
terjatuh
tertimpa
terhantuk
terhempas
Elina ________perca-perca kain itu pada selimut yang koyak
melekatkan
menampalkan
mencantumkan
meletakkan
Sang Kancil yang cerdik itu berjaya _________sungai yang dalam dengan tipu helahnya
melepasi
melangkahi
mengharungi
menyeberangi
Lidahnya melecur kerana _________air yang masih panas itu
terhisap
tertelan
tersedut
terhirup
Bekalan air di kawasan kami sering___________ .
terkandas
terganggu
terpotong
terhalang
Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh guru kelas mereka yang __________ hati.
menggeletek
menyentuh
mengguris
mencuit
