NEW
Font size
WorksheetsAkta Bekalan Elektrik
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Mengikut Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1994, sesuatu motor elektrik hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk
memberhentikan motor itu
melindungi motor dari arus beban lampau
melindungi motor itu dari arus kerosakan ke bumi dan arus beban lampau
memula dan memberhentikan motor itu
Mana-mana orang tidak membenarkan, menyerang, menghalang dan enggan memberi maklumat kepada mana-mana Pengarah atau Pegawai Polis adalah
melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi ____________.
RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun
RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun
RM 15,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun
RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun
Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, tiada seorang pun boleh Memasang apa-apa pendawaian atau persambungan elektrik pada pendawaian yang ada pada mana- mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada
Suruhanjaya Tenaga
Pihak Berkuasa Bekalan atau Pemegang Lesen
Jurutera Penyelia yang berdaftar
Kontraktor Elektrik yang berdaftar
Apakah maksud "Ditebat"
Diganti dengan bahan penebat
Bahan penebat
Disaluti dengan bahan penebat
Disaluti dengan bahan pengalir elektrik
Voltan Tinggi adalah
Voltan yang biasanya melebihi 600 Volt
Voltan yang biasanya melebihi 3000 Volt
Voltan yang biasanya melebihi 600 Volt tetapi tidak melebihi 3000 Volt
Voltan yang biasanya melebihi 1000 Volt tetapi tidak melebihi 3000 Volt
Siapakah yang berhak menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta di mana-mana Negeri?
Raja
Menteri
Pejabat Daerah
Suruhanjaya Tenaga
Seseorang itu boleh dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki
peperiksaan Penjaga Jentera Elektrik ialah :-
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak melebihi 20 tahun
iii. Berkelayakan pendidikan yang sesuai ditentukan oleh Lembaga
Pemeriksa
iv. Pengalaman kerja tidak melebihi daripada tiga tahun
v. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan
Semua di atas
i, ii, iv dan v
i, ii, iii dan iv
i, iii dan v
Kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 mereka boleh didenda sehingga _________ apabila menjual atau mengimport apa-apa kelengkapan sehingga
menyebabkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan manusia.
RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya
RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau keduaduanya
RM 300,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya
RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya
Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan Sebagai Pendawai tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara-perkara di bawah
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 jika dia berumur melebihi
55 tahun
60 tahun
65 tahun
70 tahun
Seorang pekerja kilang di Shah Alam telah maut akibat terkena kejutan elektrik. Mengikut peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990, siapakah yang bertanggung jawab untuk melapurkan kejadian tersebut kepada Suruhanjaya Tenaga?
Rakan sekerja mangsa
Pemunya atau pengurus kilang
Waris terdekat mangsa
Penjaga Jentera Elektrik
Orang yang dilantik oleh pihak pengurusan atau pemunya pepasangan, atau oleh kontraktor , yang bertindak sebagai ejen untuk dan/atau bagi pihak pengurusan atau pemunya, untuk menjalankan tugas tertentu yang berdampingan dengan penjanaankuasaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan elektrik diertikan sebagai :-
Orang kompeten
Jurutera
Orang yang diberi kuasa
Pengurus
Dalam kecacatan berbahaya yang hampir benar berlaku pada pepasangan atau bahagiannya, mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, Suruhanjaya Tenaga boleh mengambil tindakan berikut :-
Mengenakan kompaun ke atas pengurus pepasangan atau pemegang lesen kerana tidak membaiki dan menyenggara pepasangan tersebut.
Menggantungkan serta merta pengendalian dan penggunaan pepasangan itu, dan jika perlu melakkan pepasangan itu atau bahagiannya sehingga kecacatan itu diperbaiki atau dihapuskan.
Mengarahkan kecacatan tersebut dibaiki atau dihapuskan serta merta.
Memotong bekalan ke pepasangan tersebut.
Dibawah Peraturan Peraturan Elektrik 1994, voltan yang biasanya tidak melebihi 50 volt arus ulang-alik atau 120 volt arus terus, sama ada antara konduktor atau antara konduktor dengan bumi dikategorikan di bawah :-
Voltan amat rendah
Voltan Rendah
Voltan Tinggi.
Voltan Amat Tinggi
Suatu notis standard yang mempamerkan perkataan _______hendaklah diletakkan di luar tiap-tiap tempat yang mengandungi radas elektrik di mana gangguan tidak dibenarkan pada radas itu
“DILARANG MASUK”
“AWAS”
“BAHAYA”
“ORANG SEDANG BEKERJA”
Pemegang lesen adalah
Orang yang dilesenkan dibawah seksyen 9
Orang yang dilesenkan dibawah seksyen 13
Orang yang dilesenkan dibawah seksyen 29
Orang yang dilesenkan dibawah seksyen 14(4)
