wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Undang-undang Kontrak

Total questions: 20

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Maksud kontrak menurut seksyen 2(h), Akta kontrak 1950 adalah:

a)

undang-undang berkaitan dengan jual beli barang

b)

sesuatu perjanjian yang mesti mempunyai balasan

c)

sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

d)

perjanjian yang jelas, lemgkap dan muktamad

2.

Kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang. Antara beriku yang manakah berkaitan dengan definisi diatas;

a)

Tawaran

b)

penerimaan

c)

niat

d)

balasan

3.

Tandakan yang berkaitan dengan elemen penting tawaran.[jawapan boleh lebih daripada 1]

a)

Tawaran mestilah mutlak dan tidak bersyarat.

b)

Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu

c)

Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran.

d)

Dinyatakan secara biasa dan munasabah

e)

Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad.

4.

Tandakan sebab-sebab tamatnya sesuatu tawaran.

a)

pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan dibuat.

b)

luputnya waktu tawaran

c)

tawaran dibuat secara biasa dan munasabah

d)

kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran.

e)

penolakan tawaran oleh penerima tawaran.

5.

Perjanjian yang sah pada awalnya akan menjadi boleh batal. Nyatakan satu sebab yang menjadikan kontrak boleh batal.

(a)  

6.

Tandakan 3 jenis penerimaan yang tidak perlu dikomunikasikan

a)

penerimaan dengan penunaian syarat

b)

penerimaan dinyatakan secara biasa dan munasabah

c)

kaedah pos terpakai

d)

penerimaan dalam jangka masa yang munasabah

e)

kaedah pos terpakai

7.

Aliss menyerahkan komputer kepada Hanim, dan Hanim membayar membayarkepada Aliss sebanyak RM 1,500. Nyatakan elemen balasan yang terlibat dalam kes di atas.

(a)  

8.

Mimi membeli kereta BMW daripada Puteri dengan harga RM15 000 sedangkan nilai pasaran kereta itu RM220 000. Kontrak adalah sah kerana;

(a)  

9.

Perjanjian tanpa balasan adalah batal, kecuali; [jawapan boleh lebih daripada 1]

a)

perjanjian yang dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi antara pihak yang ada hubungan karib

b)

perjanjian untuk membayar pampasan

c)

perjanjian kontrak biasiswa

d)

perjanjian untuk membayar hutang lapuk

10.

Seorang yang berumur di bawah 18 tahun boleh berkontrak dengan syarat-syarat dibawah. Tandakan syarat-syarat yang betul.

a)

kontrak bertulis atas dasar kasih sayang semulajadi.

b)

kontrak untuk keperluan hidup

c)

kontrak biasiswa dengan badan kerajaan

d)

kontrak perkahwinan

e)

kontak insurans dengan keizinan bertulis daripada ibubapa atau penjaga.

11.
  • penggunaan bahasa yang kurang jelas, kabur dan samar-samar.
  • pihak yang terlibat gagal untuk mencapai kata persetujuan terhadap syarat utama perjanjian.

Perkara-perkara diatas boleh menjejaskan elemen;

a)

balasan

b)

penerimaan

c)

niat

d)

keupayaan

e)

ketentuan

12.

Sesuatu kenyataan yang diniatkan sebagai perkara penting kepada tujuan utama kontrak, maka kenyataan tersebut adalah syarat kontak. pelanggaran syarat kontrak membolehkan pihak yang menanggung kerugian boleh mengambil tindakan berikut. Tandakan tindakan tersebut. [Jawapan boleh lebih daripada 1]

a)

membatalkan kontrak

b)

menuntut gantirugi

c)

membatalkan kontrak dan menuntut gantirugi

d)

tidak boleh membatalkan kontrak tetapi boleh tuntut gantirugi.

13.

Kontrak yang boleh dikuatkuasakan secara sah menurut undang-undang adalah (a)  

14.

Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang dan tidak mempunyai kesan dari segi undang-undang kerana tidak emamtuhi elemen-elemen kontrak. Syarat kontrak ini adalah (a)  

15.

Dr Aisy memberikan nasihat kepada pesakitnya bagi mendapatkan rawatan daripadanya dengan perbelanjaan perubatansebanyak RM25 000. Pesakit itu sebenarnya boleh mendapatkan rawatanyang sama di hospital lain dengan perbelanjaan sebanyak RM5000 sahaja. Kontrak ini boleh batal kerana wujud unsur (a)  

16.

Nyatakan dua jenis khilaf.

a)

khilaf fakta dalam perjanjian

b)

khilaf masa dalam perjanjian

c)

khilaf undang-undang

d)

khilaf mengenai masa pembayaran

17.

Nyatakan 4 perkara yang boleh menyebabkan pelepasan kontrak

a)

dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak

b)

dengan pelanggaran kontrak

c)

dengan persetujian semua pihak yang berkontrak

d)

dengan kemungkiran kontrak

e)

dengan kekecewaan kontrak

18.

Mahkamah memerintahkan Syarikat Zikry BHD menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang oleh syarikat itu di sebidang tanah milik Pn Halizah. Bentuk remedi yang dikenakan dalam kes itu adalah (a)  

19.

Pn.Syahirah menamatkan kontak yang ditandatangani dengan Cik Pochin kerana tidak berpuas hati dengan kualiti kerja kontraktor tersebut. Bentuk remedi diatas adalah (a)  

20.

Nyatakan 4 betuk remedi.

a)

ganti rugi

b)

pelaksanaan spesifik

c)

injuksi

d)

quantum merit

e)

quantum meruit