wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU - CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

“ Sekarang musim tengkujuh sebab itu harga ikan sangat mahal,” kata penjual itu.

a)

Penjual itu memberitahu bahawa sekarang musim tengkujuh sebab itu harga ikan sangat mahal.

b)

Penjual tersebut menjelaskan bahawa ketika itu harga ikan sangat mahal kerana musim tengkujuh.

c)

Penjual tersebut menjelaskan bahawa ketika ini harga ikan sangat mahal kerana musim tengkujuh.

2.

Sofia rasa kagum dengan keenakan mi tersebut lalu dia bertanya nama mi itu.

a)

" Nah, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.

b)

" Amboi, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.

c)

" Wah, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.

3.

Cikgu Azazi mengingatkan murid-muridnya supaya membawa pakaian sukan masing-masing untuk latihan yang akan diadakan pada esoknya.

a)

" Kalian jangan membawa pakaian sukan masing - masing bagi latihan esok, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.

b)

" Kalian jangan lupa membawa pakaian sukan masing - masing, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.

c)

" Kalian jangan lupa membawa pakaian sukan masing - masing bagi latihan esok, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.

4.

Chew Lin mengajak Hawa ke kantin.

a)

“ Ajaklah Hawa ke kantin,” kata Chew Lin.

b)

“ Hawa, mari kita ke kantin,” kata Chew Lin.

c)

“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Hawa.

d)

“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Chew Lin.

5.

Pilih ayat cakap pindah yang sesuai bagi ayat cakap ajuk tersebut.

a)

Isma memberitahu Yazid bahawa dia sakit perut.

b)

Yazid memberitahu Isma yang dia sakit perut.

c)

Isma tidak sakit perut.

d)

Isma sakit perut.

6.

Emak menasihati Haliza agar belajar rajin-rajin supaya masa depannya cerah.

a)

Kata Haliza, “Saya rajin belajar supaya masa depan akan cerah.”

b)

Kata emak, “Dia rajin belajar agar masa depannya akan cerah.”

c)

Kata emak, “Rajin-rajinlah belajar, nanti masa depan kamu akan cerah.”

d)

Kata Haliza, “Kamu mesti rajin belajar agar masa depan akan cerah.”

7.

Pilih cakap ajuk yang sesuai berpandukan cakap pindah berikut.

a)

"Begini caranya untuk awak melupakan peristiwa yang berlaku itu," kataku.

b)

"Begitulah caranya untuk awak melupakan peristiwa yang berlaku itu," kataku.

c)

"Begini caranya untuk awak tidak melupakan peristiwa yang berlaku itu," kataku.

d)

"Bukan begini caranya untuk awak melupakan peristiwa yang berlaku itu," kataku.

8.

“Di manakah Stesen Komuter Serdang?” tanya pelancong dari Jepun.

a)

Pelancong dari Jepun ingin menaiki Komuter Serdang.

b)

Pelancong dari Jepun memberitahu tentang Stesen Komuter Serdang.

c)

Pelancong itu hendak menaiki komuter ke Stesen Komuter Serdang.

d)

Pelancong itu ingin tahu kedudukan Stesen Komuter Serdang.

9.

Nabil memuji keindahan pemandangan Pulau Langkawi.

a)

“Amboi, indah sungguh pemandangan di sini,” kata Nabil.

b)

“Oh, cantiknya keindahan di Pulau Langkawi,” kata Nabil.

c)

“Wah, indahnya pemandangan Pulau Langkawi,” kata Nabil.

d)

“Nah, pemandangan di Pulau Langkawi indah nian,” kata Nabil.

10.

“Saya tidak tahu tentang kehilangan dompet itu,” kata Rina kepada Ailin.

a)

Ailin ingin tahu tentang kehilangan dompet.

b)

Rina menyatakan dia tahu tentang kehilangan dompet.

c)

Ailin memaksa Rina supaya memberitahunya tentang dompet itu.

d)

Rina memberitahu yang dia tidak tahu tentang kehilangan dompet itu.

11.

Norhayati :Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?

a)

Norhayati bertanya mengapakah Syikin tidak datang ke sekolah semalam.

b)

Norhayati ingin tahu sebab Syikin tidak datang ke sekolah pada hari semalamnya.

c)

Syikin ditanya mengapa dia tidak datang ke sekolah semalam

d)

Norhayati menyoal Syikin sebab dia tidak datang ke sekolah

12.

Norasyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

a)

Norasyikin memberitahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.

b)

Norasyikin berkata ibunya sakit.

c)

Ibu saya sakit kata Norasyikin.

d)

Norasyikin sakit dan mejaga ibunya.

13.

Cikgu Aziz pengsan, kamu tahu?" tanya Pengetua.

a)

Pengetua bertanya sebab Cikgu Aziz pengsan.

b)

Pengetua bertanya Faizal sama ada dia mengetahui bahawa Cikgu Aziz telah pengsan.

c)

Pengetua memarahi Faizal kerana Cikgu Aziz pengsan.

d)

Cikgu Aziz pengsan, kamu tahu, kata Pengetua.

14.

“Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.

a)

cakap ajuk

b)

cakap pindah

15.

“Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.

a)

cakap ajuk

b)

cakap pindah

16.

Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya dengan telefon.

a)

cakap pindah

b)

cakap ajuk

17.

Pilih ayat cakap ajuk di bawah yang telah ditukar kepada ayat cakap pindah yang tidak mengubah maksud asalnya:


“Jika kamu hendak ke Seksyen 10, berhati-hatilah ketika menunggang motosikal kerana jalan raya di situ bengkang-bengkok,” nasihat Zaidan kepada Irfan.

a)

Zaidan menasihati Irfan jangan berhati-hati jika dia hendak ke Seksen 10 ketika membeli motosikal kerana jalan raya di situ bengkang-bengkok.

b)

Zaidan menasihati Irfan jangan berhati-hati jika dia hendak ke Seksen 10 ketika membaiki motosikal kerana jalan raya di situ bengkang-bengkok.

c)

Irfan menasihati Zaidan agar berhati-hati jika dia hendak ke Seksen 10 ketika menunggang motosikal kerana jalan raya di situ bengkang-bengkok.

d)

Zaidan menasihati Irfan agar berhati-hati jika dia hendak ke Seksen 10 ketika menunggang motosikal kerana jalan raya di situ bengkang-bengkok.

18.

“Kalau hendak membeli sayur, pilihlah yang bebas daripada racun,” pesan Puan Wee kepada jirannya.

a)

Puan Wee mengajak jirannya memilih sayur yang segar.

b)

Puan Wee menasihati jirannya memilih ketika membeli sayur.

c)

Puan Wee menyuruh jirannya membeli sayur yang diperlunya.

d)

Puan Wee melarang jirannya memilih sayur yang beracun.

19.

Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya:


"Amboi, sudah pukul 12.00 tengah hari baru bangun tidur!'' kata emak kepada adik.

a)

Emak kagum dengan adik yang baru bangun tidur walaupun sudah pukul 12.00 tengah hari

b)

Emak memarahi adik yang baru bangun tidur walaupun sudah pukul 12.00 tengah hari

c)

Emak menyindir adik yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 12.00 tengah hari.

d)

Adik menyindir emak yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 12.00 tengah hari.

20.

Salmi mempersilakan Devi duduk.

a)

“Sila duduk,” kata Salmi kepada Devi.

b)

“Janganlah duduk,” kata Salmi kepada Devi.

c)

“Silalah duduk Salmi,” kata Devi kepada Salmi.

d)

“Harap kamu duduk,” kata Devi kepada Salmi.