wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU TAHUN 5 : Tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Saya dan Aminah berkawan baik. _________ pergi ke sekolah bersama-sama.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Mereka

d)

Kami

2.

Kita seharusnya mengutamakan ____________ alam sekitar dalam menangani penyakit berjangkit.

a)

kesucian

b)

kesihatan

c)

keceriaan

d)

kebersihan

3.

Terdapat kesalahan pada ayat di bawah :


Semua guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.


Manakah ayat yang paling tepat ?

a)

Semua orang guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

b)

Semua guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

c)

Semua orang guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

d)

Semua orang-orang diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat guru.

4.

Pembelian panik di pasar raya _________ negara telah mendapat _________ luas daripada media massa.


(Digalakkan merujuk kamus bagi istilah-istilah di bawah)

a)

seantero . . . . litupan

b)

seluruh . . . . liputan

c)

semua. . . . liputan

d)

segala . . . . litupan

5.

Bapa membeli lima puluh ____________ sate ayam untuk santapan malam kami sekeluarga.

a)

batang

b)

ekor

c)

cucuk

d)

bentuk

6.

________ roti sudah memadai untuk sarapan kami bertiga.

a)

Sebungkus

b)

Sebuku

c)

Sebutir

d)

Sebuah

7.

Pilih satu kata nama am bagi manusia.

a)

penulis

b)

kucing

c)

kampung

d)

payung

8.

Kuih-muih yang dijual oleh penjaja itu sangat _________.

a)

mewah

b)

masam

c)

lazat

d)

merdu

9.

Jam itu tergantung ___________ dinding.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

di

10.

Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.

a)

berukir

b)

terukir

c)

diukirkan

d)

mengukirkan

11.

Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Bestari kerana murid-muridnya___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

12.

Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pembasuh mulut

d)

mulut murai

13.

"Kalau ______________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu," sembah ahli kepada sultan.

a)

tuan

b)

tuanku

c)

baginda

d)

tuan hamba

14.

Pekerja-pekerja di hotel itu menyiapkan pentas khas untuk majlis

a)

bermandi peluh

b)

bertegang urat

c)

berputih tulang

d)

berpatah arang

15.

Terdapat ____________ masyarakat yang masih berkeliaran di luar ____________ perintah kawalan pergerakan telah diumumkan oleh kerajaan.


(Digalakkan merujuk kamus bagi istilah-istilah di bawah)

a)

seluruh . . . . meskipun

b)

segenap . . . . kendatipun

c)

segelintir . . . . waima

d)

beberapa . . . . sungguhpun

16.

3. Abang Man mengelap meja ...... mendengar radio.

a)

sambil

b)

kerana

c)

lalu

17.

4. Laila suka menyanyi.....adiknya pula suka menari.

a)

dan

b)

atau

c)

tetapi

18.

6. Sani ke sekolah menaiki basikal (a)   Ramlan pula berjalan kaki.

19.

Kita dinasihati __________ menekup mulut dengan sapu tangan ketika bersin dan batuk.


i. agar

ii. untuk

iii. supaya

iv. bagi

a)

i dan iii

b)

i, ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

i sahaja

20.

Semasa ekspedisi berbasikal itu, mereka ___________ berkayuh sepanjang 10 kilometer.

a)

berhempas-pulas

b)

bersimpang-siur

c)

berlintang-pukang

d)

bertunggang-langgang