Font size
WorksheetsPengurusan Kewangan Peribadi Efektif Siri 1/2020
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Berapa peratus kadar minima sebulan daripada pendapatan anda yang disarankan untuk tabungan (tidak termasuk caruman KWSP)?
Sekiranya ada lebihan sahaja
Sekurang-kurangnya 10% setiap bulan
Sekurang-kurangnya 20% setiap bulan
Sekurang-kurangnya 30% setiap bulan
Apa itu bajet?
Buku catatan perbelanjaan keluarga
Memperuntukkan wang untuk menabung
Pelan mengurus aliran masuk dan keluar bagi anggaran pendapatan dan perbelanjaan di masa hadapan
Pelan menentukan kedudukan wang tunai pada hari ini
Pembayaran balik semua hutang bulanan haruslah tidak melebihi
50% daripada pendapatan bersih
40% daripada pendapatan bersih
30% daripada pendapatan bersih
20% daripada pendapatan bersih
Berapa bulan kos perbelanjaan sara hidup disarankan sebagai dana kecemasan anda?
1 – 2 bulan
3 – 6 bulan
8 – 9 bulan
12 – 24 bulan
Antara maklumat berikut, yang manakah BENAR tentang moratorium?
Pakej penangguhan sementara obligasi pembayaran balik pinjaman untuk jangka masa terhad
Bagi pembiayaan konvensional, faedah akan terus terakru pada jumlah prinsipal yang belum dijelaskan
Untuk pembiayaan Islam, keuntungan akan terus dikenakan ke atas baki tertunggak semasa tempoh moratorium
Semua bank berlesen, bank-bank islam berlesen, bank-bank pelaburan berlesan, institusi kewangan pembangunan (IKP) yang dikawal selia oleh BNM dan juga institusi kewangan di luar kawal selia BNM
Berikut adalah saranan bagi mereka yang ingin mengambil kemudahan moratorium KECUALI
Pendapatan terjejas atau hilang punca pendapatan
Meningkatkan simpanan kecemasan
Membayar pinjaman yang mempunyai kadar faedah lebih tinggi
Pinjaman yang tertunggak lebih daripada 90 hari
Berikut adalah jenis kemudahan pinjaman yang layak mendapat moratorium KECUALI:
Peminjam kecil dan sederhana (PKS)
Kereta
Kad Kredit
Pinjaman ASB
Berikut adalah KESAN terhadap individu selepas tempoh moratorium tamat:
Peningkatan ansuran bulanan pinjaman kecuali kereta sahaja
Ansuran bulanan masih sama selepas tempoh moratorium
Pinjaman / Pembiayaan akan terakru (diambil kira)
Laporan CCRIS akan terjejas
Pilih kenyataan TIDAK BENAR berkenaan langkah mendepani cabaran kewangan.
Sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah dengan keadaan yang berlaku
Kawal selia kewangan seperti bersederhana dan mengurangkan perbelanjaan
Berhubung dengan pihak institusi kewangan untuk memanjangkan tempoh moratorium selepas tempoh 6 bulan
Membuat simpanan walaupun anda merasakan kedudukan kewangan tidak mengizinkan
Berikut adalah langkah sekiranya anda tertekan oleh kedudukan kewangan anda, KECUALI
Tangguh Sebentar tugasan
Dapatkan pinjaman baru untuk menyelesaikan semua pinjaman yang ada
Tarik Nafas panjang dan dalam secara perlahan
Bersyukur dengan menghargai apa yang anda ada sekarang
