wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PBD-ASID DAN ALKALI -20-8-2021

Total questions: 122

Worksheet time: 1hrs 3mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah adalah contoh asid?

a)

Asid hidroklorik

b)

Larutan natrium hidroksida

c)

Cuka

d)

Air sabun

2.

Yang manakah adalah contoh alkali?

a)

Asid hidroklorik

b)

Cuka

c)

Larutan natrium hidroksida

d)

Air sabun

3.

Sifat-sifat asid adalah...

a)

Nilai pH kurang daripada 7

b)

Berasa masam

c)

Bertindak balas dengan logam untuk menghasilkan gas hidrogen

d)

Nilai pH lebih daripada 7

4.

Sifat-sifat asid dan alkali boleh ditunjukkan apabila ada kehadiran ...

a)

minyak

b)

air

c)

sabun

d)

api

5.

Antara yang berikut, yang manakah adalah penunjuk sifat bahan berasid dan beralkali?

a)

Fenolftalein

b)

Penunjuk semesta

c)

Metil jingga

d)

Kertas litmus

6.

Berapakah pH bagi bahan berasid?

a)

pH 1-6

b)

pH 7

c)

pH 8-14

7.

Asid hidroklorik adalah ...

a)

Asid kuat

b)

Asid lemah

c)

Alkali lemah

d)

Alkali kuat

8.

Asid digunakan dalam pelbagai industri seperti

a)

sektor pertanian

b)

perindustrian

c)

perubatan

d)

pelancongan

9.

Antara berikut, yang manakah adalah contoh bahan berasid?

a)

Asid tartarik

b)

Detergen

c)

Pil antasid

d)

Jeruk

10.

Mengapakah label botol asid dan alkali mempunyai simbol berikut?

a)

Bahan berasid

b)

Bahan beralkali

c)

Bahan mengakis

d)

Bahan beracun

11.

Bagaimana cara kita menguji bahan yang bersifat asid alkali atau neutral?

a)

Menggunakan kertas A4

b)

Menggunakan kertas turas

c)

Menggunakan kertas pembalut hadiah

d)

Menggunakan kertas litmus merah dan biru

12.

Berikut adalah contoh-contoh bahan berasid kecuali......

a)
b)
c)
d)
13.

Manakah antara berikut merupakan sifat kimia bagi bahan berasid?

a)

Masam

b)

Tawar

c)

Pedas

d)

Masin

14.

Manakah antara berikut merupakan contoh bahan beralkali?

a)
b)
c)
d)
15.

Apakah sifat kimia bagi sabun pencuci?

a)

Licin

b)

Menghakis

c)

Masam

d)

Tiada jawapan

16.

Apakah ramalan jenis bahan bagi keputusan kertas litmus diatas?

a)

Alkali

b)

Neutral

c)

Asid

d)

Asid Neutral

17.

Berikut adalah contoh-contoh bahan Neutral kecuali

a)

Minyak masak

b)

Air mineral

c)

Air suling

d)

Air Asam Jawa

18.

Bahan X berasa pahit apabila dirasa dengan lidah, dan berasa licin apabila disentuh dengan jari...kemungkinan bahan X adalah.....

a)

Neutral

b)

Alkali

c)

Asid

d)

Bahan kimia

19.

Mengapakah bahan diatas sesuai untuk membersihkan gigi dan bau mulut akibat tindakkan bakteria yang berasid?

a)

Kerana bahan diatas bahan Alkali

b)

Kerana bahan diatas bahan Asid

c)

Kerana bahan diatas bahan Neutral

d)

Kerana bahan diatas menghakis

20.

Ramalkan sifat kimia bagi Jus ini

a)

Berasid

b)

Kimia

c)

Alkali

d)

Neutral

21.

Biasanya bahan bahan dari kategori bahan Y ini mempunyai sifat kimia seperti tawar, manis dan masin...Apakah nama bahan ini

a)

Alkali

b)

Asid

c)

Kimia

d)

Neutral

22.

Amili sakit perut selepas banyak makan mangga muda. Mengapakah berlaku demikian?

a)

Kerana ia bahan berasid

b)

Kerana ia bahan neutral

c)

Kerana ia bahan sintetik

d)

Kerana ia bahan kimia

23.

Apabila diuji dengan kertas litmus merah dan biru, bahan Z ini tidak menukar warna kedua dua kertas litmus ini. Kemungkinan bahan Z ialah bahan....

a)

Asid

b)

Alkali

c)

Neutral

d)

Bahan kimia

24.

Apabila Syafiq menguji larutan X dengan menggunakan kertas litmus merah dan biru , didapati kertas litmus merah bertukar menjadi biru, manakala kertas litmus biru tidak berubah. Apakah definisi secara operasi tentang bahan X

a)

Bahan Asid akan menukar kertas litmus biru kepada merah dan litmus merah tiada perubahan.

b)

Bahan Alkali akan menukar kertas litmus merah kepada biru dan kertas litmus biru tiada perubahan.

c)

Bahan Neutral tidak akan menukar warna kertas litmus biru atau merah.

25.

Puan Salmah kehabisan Asam Jawa semasa memasak makanan kegemaran keluarganya, bahan yang manakah sesuai diguna sebagai bahan pengganti

a)
b)
c)
d)
26.

Apakah sifat kimia bahan yang ditunjukkan pada rajah.

a)

Berasid

b)

Beralkali

c)

Neutral

d)

Tawar

27.

Antara berikut, yang manakah mempunyai sifat kimia yang sama dengan cuka.

a)
b)
c)
d)
28.

Apakah kegunaan kertas yang ditunjukkan pada rajah?

a)

Menentukan keasidan atau kealkalian sesuatu bahan.

b)

Kertas litmus merah berubah menjadi biru apabila diuji pada limau kasturi.

c)

Kertas litmus biru tidak berubah warna apabila di celup ke dalam cuka.

d)

Kertas litmus berubah warna apabila dicelup ke dalam minyak masak.

29.

Rajah menunjukkan pemerhatian satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah kesimpulan penyiasatan ini?

a)

Cecair dalam bekas bersifat asid.

b)

Cecair dalam bekas berasa pahit

c)

Cecair dalam bekas bersifat neutral

d)

Cecair dalam bekas berasa masam

30.

Rajah menunjukkan keputusan satu penyiasatan. Bahan dalam bekas bersifat......

a)

asid

b)

alkali

c)

neutral

d)

beracun

31.

Apakah kesimpulan daripada pemerhatian pada rajah?

a)

Epal hijau bersifat alkali

b)

Epal hijau bersifat neutral

c)

Epal hijau bersifat asid

d)

Epal hijau mempunyai rasa masam

32.

Antara berikut, bahan manakah tidak menukar warna kertas litmus biru atau merah?

a)
b)
c)
d)
33.

Ahmad menguji buah nenas dengan kertas litmus merah. Apakah pemerhatian yang diperolehi Ahmad?

a)

Warna kertas litmus merah berubah menjadi biru.

b)

Warna kertas litmus merah berubah menjadi kuning

c)

Warna kertas litmus merah tidak berubah.

d)

Warna kertas litmus merah berubah menjadi putih

34.

Asam keping berasa masam dan bersifat asid. Mengapakah kertas litmus biru tidak berubah kepada merah apabila disentuhkan pada asam keping?

a)

Sifat kimia asam keping berubah menjadi neutral.

b)

Sifat kimia asam keping berubah menjadi alkali.

c)

Sifat kimia asam keping tidak dikesan dalam keadaan kering.

d)

Asam keping menukar warna kertas litmus merah ke biru.

35.

Gelas dalam rajah mengandungi jus limau ais. Cecair x bersifat.....

a)

alkali

b)

neutral

c)

asid

d)

jernih

36.

Antara bahan berikut, yang manakah mempunyai sifat kimia yang sama dengan jus oren pada rajah?

a)
b)
c)
d)
37.

Antara berikut, yang manakah sifat kimia buah pada rajah?

a)

S dan T

b)

T dan U

c)

S dan U

d)

T dan V

38.

Berdasarkan pemerhatian pada rajah, apakah sifat kimia asam jawa?

a)

neutral

b)

berasid

c)

beralkali

d)

bes

39.

Antara bahan berikut, yang manakah akan menunjukkan pemerhatian seperti dalam rajah apabila diuji dengan kertas litmus?

a)
b)
c)
d)
40.

Asid berasa...

a)

tiada rasa

b)

pahit

c)

masam

41.

definisi operasi bagi bahan berasid ialah

a)

bahan yang menukarkan kertas litmus berwarna biru ke merah

b)

bahan yang menukarkan kertas litmus berwarna merah ke biru

c)

bahan yang tidak menukarkan warna kertas litmus merah mahupun biru

42.

Alkali berasa

a)

pahit

b)

tiada rasa

c)

masam

43.

definisi operasi bagi bahan neutral ialah

a)

bahan yang menukarkan kertas litmus berwarna biru ke merah

b)

bahan yang tidak menukarkan kertas litmus berwarna biru mahupun merah kepada warna lain

c)

bahan yang menukarkan kertas litmus berwarna merah ke biru

44.

Asid ialah sebatian yang menghasilkan

a)

ion hidroksida

b)

ion klorida

c)

ion hidrogen

d)

ion sulfat

45.

Alkali ialah sebatian yang menghasilkan

a)

ion hidrogen

b)

ion karbonat

c)

ion nitrat

d)

ion hidroksida

46.

Larutan X mempunyai nilai pH 4. Larutan X bersifat...

a)

asid

b)

alkali

c)

neutral

d)

amfoterik

47.

Larutan yang mempunyai nilai pH 8 ialah merupakan

a)

alkali kuat

b)

asid kuat

c)

asid lemah

d)

alkali lemah

48.

Larutan Y bertindak balas dengan asid nitrik cair untuk menghasilkan gas yang tidak berwarna. Gas ini larut di dalam air untuk membentuk larutan dengan nilai pH kurang daripada 7. Bahan Y ialah

a)

natrium klorida

b)

natrium oksida

c)

natrium hidroksida

d)

natrium karbonat

49.

50 cm3 kalsium hidroksida digunakan untuk meneutralkan 100 cm3 asid nitrik 1.0 mol dm-3. Apakah kemolaran larutan kalsium hidroksida?

a)

0.10 mol dm-3

b)

0.20 mol dm-3

c)

1.0 mol dm-3

d)

2.0 mol dm-3

50.

Sekumpulan murid menjalankan dua proses pentitratan menggunakan asid dan alkali seperti pada rajah. Penunjuk fenolftalein digunakan pada kedua-dua proses. Pada takat akhir kedua-dua proses pentitratan, yang manakah tidak mungkin berlaku dalam campuran di dalam kelalang kon?

a)

Larutan merah jambu bertukar kepada tanpa warna

b)

Tidak mengubah warna kertas litmus biru

c)

Mempunyai kepekatan ion H+ dan OH- yang sama

d)

Menghasilkan gas tidak berwarna apabila pita magnesium dimasukkan ke dalamnya

51.

Proses peneutralan banyak digunakan dalam kehidupan manusia. Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan proses peneutralan dalam kehidupan harian?

a)

Asid cair digunakan untuk menanggalkan lapisan oksida di permukaan keluli

b)

Asid etanoik digunakan untuk membuat cuka dan mengawet makanan

c)

Kalsium oksida digunakan untuk mengurangkan keasidan tanah

d)

Ammonia digunakan untuk mencegah penggumpalan lateks

52.

Apakah larutan piawai?

a)

Larutan yang disediakan dengan menggunakan kelalang volumetrik

b)

Larutan yang disediakan menggunakan air suling

c)

Larutan yang isi padu dan kepekatannya diketahui dengan tepat

d)

Larutan yang digunakan untuk tindak balas kimia

53.

Antara asid berikut, yang manakah mempunyai kekuatan yang sama dengan asid hidroklorik?

a)

Asid nitrik

b)

Asid sulfurik

c)

Asid etanoik

d)

Asid fosforik

54.

Alkali kuat mempunyai nilai pH

a)

14

b)

7

c)

8

d)

3

55.

Gas berbau tengik dihasilkan apabila suatu alkali bertindak balas dengan suatu garam ammonium. Apakah gas tersebut?

a)

hidrogen

b)

ammonia

c)

oksigen

d)

karbon dioksida

56.

Seorang ibu mendapati anaknya sedang sakit perut akibat gastrik. Bolehkah ibu tersebut memberi susu kepada anaknya supaya sakit perutnya reda? Terangkan.

a)

Boleh. Susu bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid dalam perut

b)

Tidak boleh. Susu mempunyai lemak yang tidak sesuai diminum ketika perut sakit

c)

Boleh. Susu mempunyai pelbagai vitamin yang membantu badan sembuh dengan cepat

d)

Tidak boleh. Susu hanya diminum ketika perut tidak sakit

57.

Berikut adalah contoh asid, kecuali

a)

Limau

b)

Nenas

c)

Sabun

d)

Cuka

58.

Nilai pH bagi neutral ialah...

a)

5

b)

7

c)

3

d)

8

59.

Yang manakah benar bagi contoh bahan alkali?

a)

shampoo

b)

limau

c)

cuka

d)

asam kecut

60.

Kertas litmus merah akan bertukar menjadi warna apa bagi alkali?

a)

kuning

b)

merah jambu

c)

merah

d)

biru

61.

Bahan yang manakah akan menghasilkan gas hidrogen apabila bertindak balas?

a)

asid

b)

neutral

c)

alkali

62.

yang manakah salah bagi penunjuk bagi asid dan alkali?

a)

metil jingga

b)

kertas litmus

c)

meter pH

d)

kertas kobalt klorida kontang

63.

Yang manakah sifat asid?

a)

Masam

b)

Pahit

c)

pH lebih daripada 7

d)

Licin dan mengakis

64.

Yang manakah sifat alkali?

a)

Masam

b)

pH kurang daripada 7

c)

Bertindak balas dengan logam

d)

Pahit dan licin

65.

Pernyataan manakah yang benar?

a)

Ubat gigi adalah bahan berasid

b)

Cuka merupakan bahan alkali kuat.

c)

Tomata mempunyai nila pH lebih daripada 7

d)

Air suling mempunyai nilai pH 7

66.

Asid dan alkali hanya boleh menunjukkan sifatnya dengan kehadiran

a)

Udara

b)

Air

c)

Haba

d)

Tanah

67.

Apakah warna Fenolftalein dalam larutan alkali?

a)

Merah

b)

Kuning

c)

Biru

d)

Merah jambu

68.

ASID BERASAL DARIPADA PERKATAAN LATIN IAITU ACIDUS BERMAKSUD MASAM

a)

BENAR

b)

SALAH

69.

rajah di atas menunjukkan skala ph menunjukkan kekuatan asid atau alkali . berapakan nilai ph bagi asid

a)

7 -8

b)

1-6

c)

9-14

70.

alkali berasal daripada bahasa arab iaitu Alqali bermaksud abu tumbuhan

a)

palsu

b)

benar

71.

Nilai pH bagi 8-14 ialah bagi sifat??

a)

asid

b)

neutral

c)

alkali

72.

Jika cuka diuji dengan kertas litmus merah, apakah yang akan terjadi kepada kertas litmus itu?

a)

Kekal merah

b)

Bertukar biru

73.

Antara berikut, manakah contoh bahan berasid?

a)

Peria

b)

Ubat gigi

c)

Serbuk soda

d)

Jus lemon

74.

Antara berikut, manakah bahan beralkali?

a)

Lemon

b)

Oren

c)

Epal

d)

Anggur

75.

Buah manakah tidak mengandungi asid sitrik?

a)

Oren

b)

Tomato

c)

Tembikai

d)

Lemon

76.

Asid berasal daripada perkataan latin yang bermaksud

a)

Masin

b)

Masam

c)

Pahit

d)

Pedas

77.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bahan berasid ?

a)
b)
c)
d)
78.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang bahan tersebut ?

a)

berasa masam

b)

merupakan bahan berasid

c)

rasa licin apabila disentuh dengan jari

d)

tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru

79.

Puan Maimun sedang memasak kari ayam dan dia telah kehabisan asam jawa. Antara bahan berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menggantikan asam jawa ?

a)
b)
c)
d)
80.

Antara yang berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menguji sifat kimia bahan apabila kehabisan kertas litmus?

a)

Alkohol

b)

Air suling

c)

Minyak zaitun

d)

Ekstrak bunga raya

81.

Rajah menunjukkan tiga jenis bahan yang mempunyai sifat kimia yang sama.


Antara yang berikut, yang manakah boleh dikelaskan ke dalam kumpulan di atas?

a)

Asam jawa

b)

Kicap manis

c)

Bubur nasi

d)

Detergen

82.

Rajah menunjukkan bahan Z.


Antara yang berikut, yang manakah mempunyai sifat kimia yang sama dengan bahan Z?

a)

Buah nanas

b)

Yogurt

c)

Detergen

d)

Jus oren

83.

Antara berikut yang manakah tidak boleh digunakan sebagai penunjuk sifat kimia bahan

a)

Kertas pH

b)

Ekstrak bunga raya

c)

Ekstrak kobis

d)

Kertas litmus biru dan kertas litmus merah

84.

Bahan berasid, beralkali dan neutral boleh diuji dengan kertas litmus biru dan merah.


Apakah cara lain untuk menguji atau mengenai pasti sifat kimia bahan selain daripada menggunakan cara di atas.

(tandakan 2 jawapan yang betul)

a)

sentuhan

b)

lihat

c)

rasa

d)

hidu

85.

Luqman sakit perut kerana gastrik. Bagaimana cara terbaik untk merawat gastrik luqman.

a)

Makan buah mangga muda

b)

Minum susu magnesia

c)

Minum air kosong dengan banyak

d)

Makan kentang goreng

86.

Apakah sifat bagi alkali?

a)

Rasa masam

b)

Rasa pahit

c)

Menukarkan kertas litmus biru kepada merah

d)

Nilai PH kurang daripada 7

87.

Apakah sifat asid?

a)

Masam

b)

Masin

c)

Merasa licin apabila disentuh menggunakan jari

d)

Nilai pH kurang daripada 7

88.

Antara berikut, ciri manakah yang benar tentang cuka?

a)

Berasa pahit

b)

Berasa tawar

c)

Nilai pH kurang daripada 7

d)

Nilai pH ialah 7

89.

Bahan yang manakah neutral?

a)

Air hujan

b)

Air suling

c)

Air sabun

d)

Minyak zaiton

90.

Bahan dalam kehidupan seharian yang berikut, yang manakah mempunyai ciri - ciri alkali?

a)

Ubat gigi

b)

Gula

c)

Lemon

d)

Soda kaustik

91.

Yang manakah menunjukkan persamaan antara asid dan alkali?

a)

Mengakis

b)

Mempunyai rasa masam

c)

Mempunyai pH lebih daripada 7

d)

Menukarkan kertas litmus biru kepada merah

92.

Rajah menunjukkan penunjuk semesta dititiskan ke dalam air limau. Apakah perubahan warna penunjuk semesta tersebut?

a)

Biru

b)

Hijau

c)

Merah

d)

Tidak berwarna

93.

Yang manakah merupakan asid kuat?

a)

Peria

b)

Ubat gigi

c)

Jus limau

d)

Asam jawa

94.

Anak Puan Julia malas untuk menggosok gigi. Oleh itu, doktor terpaksa mencabut kesemua gigi anaknya disebabkan kerosakan yang teruk. Mengapakah rutin seharian menggosok gigi menggunakan ubat gigi adalah penting?

a)

Bakteria pada gigi menghasilkan asid. Ubat gigi bersifat alkali dapat meneutralkan asid pada gigi dan menjadikan gigi dan gusi lebih sihat.

b)

Bakteria pada gigi menghasilkan alkali. Ubat gigi bersifat asid dapat meneutralkan alkali pada gigi dan menjadikan gigi dan gusi lebih sihat.

95.

Jadual menunjukkan keputusan suatu eksperimen untuk mengkaji bahan P. Apakah bahan P?

a)

Peluntur

b)

Air paip

c)

Air garam

d)

Yogurt

96.

Antara berikut yang manakah bahan neutral?

a)

Gula

b)

Sabun

c)

Minyak wangi

d)

Nenas

97.

Maklumat berikut menunjukkan sifat - sifat bagi suatu cecair.

Rasa pahit

Rasa licin

Mempunyai nilai pH 7.5

Yang manakah BENAR tentang cecair ini?

a)

Boleh bertindak balas dengan besi untuk membentuk campuran

b)

Merupakan sedikit berasid

c)

Menukarkan kertas litmus merah kepada biru

d)

Menukarkan kertas litmus biru kepada merah

98.

Anaqi melarutkan bahan - bahan berikut di dalam air yang berasingan.

W - Ubat gigi

X - Susu magnesia

Y - Cuka

Z - Krim mandian

Bahan manakah yang akan menukarkan kertas litmus merah kepada biru?

a)

W, X, Z

b)

W, Y, Z

c)

X, Y

d)

W

99.

Maklumat berikut adalah tentang Y.

Menghakis

Rasa masam

Menukar kertas litmus biru kepada merah

Apakah Y?

a)

Asid

b)

Neutral

c)

Ubat gigi

d)

Alkali

100.

Susun bahan berikut dalam urutan menaik berdasarkan kekuatan keasidannya.

W - Jus Nenas : pH 4

X - Susu segar : pH 6

Y - Cuka : pH 2

a)

W, X, Y

b)

W, Y, X

c)

X, W, Y

d)

Y, W, X

101.

Apakah garam yang terhasil apabila asid sulfurik ditambah kepada kalium hidroksida?

a)

Magnesium hidroksida

b)

Sulfurik hidroksida

c)

Natrium hidroksida

d)

Kalium sulfat

102.

Antara berikut, bahan manakah yang mempunyai nilai pH paling rendah ?

a)

Cuka

b)

Asid bateri

c)

Jus lemon

d)

Minuman bergas

103.

Mengapakah kita perlu menggunakan ubat gigi untuk memberus gigi ?

a)

Untuk mengelak jangkitan kuman

b)

Agar nafas kekal segar dan tidak berbau

c)

Untuk mengelakkan penyakit gusi berdarah

d)

Untuk meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi

104.

Antara yang berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menghilangkan kesakitan akibat sengatan lebah ?

a)

Cuka

b)

Jus oren

c)

Serbuk penaik

d)

Buah nenas

105.

Apakah kegunaan ubat antasid ?

a)

Untuk membuat baja

b)

Untuk merawat gigitan serangga

c)

Untuk meneutralkan asid berlebihan di dalam perut

d)

Untuk meneutralkan sisa syampu pada rambut

106.

Tanah kurang subur kerana berasid dapat dineutralkan oleh...

a)

kapur mati

b)

cuka

c)

daun limau

d)

baja organik

107.

Selepas memotong ikan, tangan Aliah mempunyai bau hanyir ikan.Apakah cara untuk menghilangkan bau itu?

a)

Sapu losyen pada tangan

b)

Rendam tangan di dalam air suling

c)

Basuh tangan dengan air limau

d)

Basuh tangan dengan air garam

108.

Jadual menunjukkan nilai pH empat cecair P, Q, R dan S. Antara berikut, pasangan cecair manakah yang meneutralkan antara satu sama lain?

a)

P dan Q

b)

Q dan R

c)

R dan S

d)

P dan S

109.

Susu bersifat .................................

a)

Asid

b)

Alkali

c)

Neutral

110.

Apakah nama tindak balas ini?

a)

Pedenitratan

b)

Peneutralan

c)

Penurasan

d)

Elektrolisis

111.

Kenalpasti garam yang akan terhasil daripada tindakbalas ditunjukkan

a)

Natrium klorida

b)

Kalium klorida

c)

Natrium nitrat

112.

Rambut yang sihat adalah dalam keadaan sedikit berasid, oleh itu syampu rambut adalah kebiasaannya bersifat...

a)

Neutral

b)

Asid

c)

Alkali

113.

Mengapakah terdapat bahan beralkali dalam ubat gigi?

a)

untuk menambah perisa dalam ubat gigi

b)

untuk meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria

c)

untuk memutihkan gigi

114.

KEGUNAAN BAGI MAGNESIUM HIDROKSIDA?

a)

UNTUK MERAWAT KANSER

b)

SEBAGAI ELEKTROLIT DALAM BATERI KERETA

c)

UNTUK MENGUBATI GASTRIK DALAM PERUT

d)

SEBAGAI PELUNTUR

115.

__________ + Natrium hidroksida = Natrium klorida + air

a)

Asid hidroklorik

b)

Kalium hidroksida

c)

Natrium nitrat

d)

Asid sulfurik

116.

NAMAKAN PROSES APABILA LIMAU DITAMBAH DENGAN SABUN?

a)

PENAPAIAN

b)

PEMENDAKAN

c)

PENEUTRALAN

d)

PENGEKSTRAKAN

117.

Persamaan berikut mewakili tindak balas peneutralan.

Asid + Bes → Garam + Air

Antara pasangan bahan tindak balas berikut, yang manakah merupakan tindak balas peneutralan?

a)

Asid sulfurik dan kalsium karbonat

b)

Asid nitrik dan magnesium oksida

c)

Asid hidroklorik dan natrium sulfat

d)

Asid hidroklorik dan natrium sulfat

118.

YANG MANAKAH ION BERIKUT MENUNJUKKAN SIFAT ASID

a)

ION KUPRUM(II)

b)

ION PLUMBUM

c)

ION HIDROGEN

d)

ION ALUMINIUM

119.

MENGAPA LIMAU BOLEH MENGKONDUKSIKAN ARUS ELEKTRIK?

a)

KERANA BERASA MASAM

b)

KERANA MENUKARKAN KERTAS LITMUS BIRU KE MERAH

c)

KERANA MENUKARKAN KERTAS LITMUS BIRU KE MERAH

d)

KERANA MENGANDUNGI ION-ION YANG BEBAS BERGERAK

120.

BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYINGKIRKAN LAPISAN LOGAM YANG BERKARAT

a)

KOH

b)

HCl

c)

NaOH

d)

CH3COOH

121.

Pernyataan yang manakah betul mengenai definisi peneutralan?

a)

Peneutralan ialah tindak balas kimia antara garam dan alkali untuk menghasilkan garam dan air.

b)

Peneutralan ialah tindak balas kimia antara asid dan alkali untuk menghasilkan garam dan air.

c)

Peneutralan ialah tindak balas kimia antara asid dan air untuk menghasilkan garam dan alkali.

d)

Peneutralan ialah tindak balas kimia antara asid dan alkali untuk menghasilkan garam.

122.

Berikut merupakan sifat-sifat sesuatu bahan. Antara berikut, yang manakah merupakan bahan tersebut?

  • Berasa pahit
  • Mengakis
  • Menukar kertas litmus merah kepada biru

I Cuka

II Peluntur

III Air suling

Iv Serbuk penaik

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV