NEW
Font size
WorksheetsPusat Penyebaran Islam
Total questions: 15
Worksheet time: 45mins
Sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan awal yang menerima pengaruh Islam di Alam Melayu ialah Samudera-Pasai dan _________.
Perak
Perlak
Acheh
Brunei
Peta di atas menunjukkan kawasan pengaruh Islam ke Alam Melayu. Berikut merupakan cara penyebaran Islam di Melaka KECUALI
perdagangan
peranan ulama dan mubaligh
pengislaman pemerintah
hubungan persahabatan
Pemerintahan ini telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan Iskandar Shah
Sultan Alauddin Riayat Syah
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Mansur Shah
Kerajaan ini mula menerima Islam setelah putera kerajaan ini berkahwin dengan puteri Sultan Mansur Shah
dari Melaka.
Rokan
Siak
Demak
Perlak
Kesultanan Melayu Melaka telah menghantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan pengaruhnya.
Apakah ajaran yang dikembangkan melalui ulama dari Timur Tengah dan India?
fiqh dan akidah
tauhid dan tasawuf
sufi dan bahasa Arab
tasawuf dan sufi
Sultan Alauddin Riayat Syah menghantar
ulama ke wilayah ini untuk mengajar raja kerajaan tersebut tentang hal ehwal agama. Berikut merupakan kerajaan yang dimaksudkan KECUALI
Pahang
Kampar
Inderagiri
Bintan
Selain berjual beli, apakah sifat yang dimiliki oleh pedagang Arab, India dan China yang mendorong penyebaran Islam melalui aktiviti perdagangan?
terpuji
mubaligh
pemaaf
amanah
Para pedagang Arab, India dan China juga menyebarkan Islam ke kawasan lain yang disinggahi seperti Brunei, ______ dan kepulauan Indonesia.
Sarawak
Filipina
Siam
Kepulauan Maluku
Kesultanan Melayu Melaka menyebarkan agama Islam
melalui proses perluasan kuasa.
Apakah sebab negeri naungan dan jajahan
memeluk Islam?
tanda persahabatan
tanda pengorbanan
tanda penerimaan
tanda taat setia
Kesan penyebaran Islam di Melaka adalah seperti berikut KECUALI
menjadi tempat tumpuan ulama
masjid dan surau menjadi tempat belajar
perkembangan kegiatan persuratan
pengaruh Islam dalam kehidupan pemerintah
Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, madrasah,
masjid dan surau menjadi tempat mempelajari al-Quran dan _____________.
ilmu tauhid
ilmu tasawuf
ilmu fiqh
ilmu nahu Arab
Pengaruh Islam terdapat dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi telah mempengaruhi perkembangan tulisan Jawi dan bahasa Melayu. Apakah peranan bahasa Melayu?
bahasa komunikasi dan persuratan
bahasa persuratan dan penulisan
bahasa perhubungan dan penulisan
bahasa keagamaan dan perhubungan
Apakah jawatan yang diwujudkan untuk kelicinan pengurusan agama Islam di Melaka?
imam dan bilal
mufti dan menteri agama
kadi dan siak
mufti dan kadi
Melaka menjadi tumpuan ulama apabila Sultan Melaka menjadi __________ kepada aktiviti dakwah dan perbincangan kitab agama seperti Darul Manzum.
perintis
pendakwah
penaung
penceramah
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah merupakan saduran karya sastera yang dipengaruhi pengaruh Islam dari Arab dan ________.
Parsi
Mekah
Madinah
Syam
