Font size
WorksheetsBahasa Melayu Kata Majmuk
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Kamarul sedang _______ maklumat peribadinya di dalam sistem itu kerana dia baru bertukar pekerjaan.
menyusun atur
mengemas kini
menambah baik
mengawal selia
Nenek menyapukan ________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun.
minyak angin
minyak tanah
minyak masak
minyak kelapa
______ itu tidak boleh diminum sesuka hati kerana mesti mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh doktor.
ubat nyamuk
ubat gegar
ubat batuk
ubat gigi
"Para peserta lari berganti-ganti boleh membuat pendaftaran di meja _______ sekarang," kata Cikgu Hakimi.
urus diri
tadbir urus
urus setia
kawal selia
Pasukan Rumah Merah telah memenangi acara ______ pada temasya sukan tahunan sekolah semalam.
tarik tali
tarik diri
tarik muka
tarik rambut
Keris pusaka itu diwarisi oleh Mahmud daripada _____nya yang merupakan pendekar pada zaman dahulu.
susur galur
kaum kerabat
nenek moyang
asal usul
Munirah akan mewakili negara dalam Pertandingan Silat Seni Gayong peringkat _________ di Vietnam.
antarabangsa
bumiputera
olahraga
suruhanjaya
Sebagai ______ Malaysia, kita mesti cinta akan negara.
kakitangan
pesuruhjaya
jawatankuasa
warganegara
Golongan mahasiswa dijemput untuk melakukan kerja amal secara ______ di rumah anak yatim itu.
pesuruhjaya
bumiputera
sukarela
kerjasama
Salah seorang _____ syarikat kami akan menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.
kakitangan
bumiputera
jawatankuasa
warganegara
Institusi pengajian tinggi itu menerima kemasukan daripada pelajar ______ sahaja.
suruhanjaya
jawatankuasa
bumiputera
setiausaha
Selepas makan malam, Suhaimi masuk ke _______ untuk menyiapkan kerja sekolahnya.
bilik guru
bilik tidur
bilik darjah
bilik mandi
Semua surat itu perlu mendapat kelulusan dan ______ daripada pegawai atasan.
tanggungjawab
kerjasama
kakitangan
tandatangan
______guru ialah mendidik murid supaya menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara.
Sukarela
Pesuruhjaya
Kerjasama
Tanggungjawab
Laporan tersebut telah disediakan oleh _____ persatuan.
kakitangan
pesuruhjaya
setiausaha
jawatankuasa
Rakyat diminta memberikan ______ untuk menjayakan program Rumah Terbuka Malaysia.
jawatankuasa
tandatangan
kakitangan
kerjasama
_____ di jabatan itu telah dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan yang dilakukan.
Suruhanjaya
Pesuruhjaya
Jawatankuasa
Warganegara
Hanisyah membuat _______ dengan Doktor Siti untuk menampal giginya yang berlubang.
temu bual
temu janji
temu ramah
ramah mesra
Shi Wen menggunakan plastik _________ untuk membalut buku itu.
kemas kini
lut sinar
bulu roma
temu duga
Ketika melalui lorong yang gelap itu, __________ Kit Man meremang.
segi tiga
telefon bimbit
uji kaji
bulu roma
