wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Kesihatan Pergigian

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

APA ITU GINGIVITIS?

a)

Kehilangan gigi.

b)

Sokongan tulang gigi yang lemah.

c)

 Gigi yang bertukar warna.

d)

Keradangan (bengkak) gusi.

2.

Apa itu Periodontitis?

a)

Bidang pergigian berkaitan kanak-kanak.

b)

Keadaan yang hanya berlaku pada warga emas.

c)

Keradangan (bengkak) gusi dan struktur penyokong gigi.

d)

Rawatan Pergigian.

3.

Usia terbaik bagi kanak-kanak untuk mula menjalani pemeriksaan gigi adalah...........................

a)

5 tahun

b)

Antara 18-24 bulan

c)

6 tahun

d)

3 tahun

4.

Bilakah berus gigi perlu ditukar?

a)

Selepas cucian gigi dijalankan di klinik.

b)

Setiap 3 bulan.

c)

Setiap tahun.

d)

Setiap 6 bulan.

5.

Fluorida adalah penting kerana dapat ____________.

a)

Mencegah kejadian kerosakan gigi.

b)

Mencerahkan gigi yang berwarna gelap.

c)

Menyegarkan bau nafas.

d)

Mencegah penyakit gusi.

6.

Berapa kerapkah kita perlu menjalani pemeriksaan gigi biasa?

a)

Setiap 2-3 bulan.

b)

Tidak perlu - hanya periksa apabila sakit.

c)

Setiap bulan.

d)

Setiap 6-12 bulan.

7.

Apakah yang menyebabkan kerosakan gigi?

a)

Asid.

b)

Usia.

c)

Kaviti.

d)

Kafein.

8.

Halitosis adalah istilah perubatan bagi

a)

Lidah berbulu.

b)

Nafas berbau.

c)

Pembentukan plak gigi.

d)

Karang gigi.

9.

Berapa lamakah (sekurang-kurangnya) masa yang diperlukan untuk memberus gigi?

a)

Kurang dari 2 minit

b)

2-3 minit

c)

4-5 minit

d)

5-10 minit

10.

Pemberusan gigi lebih berkesan jika.

a)

Berus gigi keras digunakan.

b)

Memberi tekanan kuat pada berus gigi.

c)

Memberus gigi selama yg mungkin.

d)

Memberus dengan teknik yang sesuai.

11.

Apakah petua penjagaan gigi yang terbaik?

a)

Berkumur-kumur selepas makan.

b)

Memberus gigi 3 kali sehari dan berkumur dengan ubat kumur.

c)

Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan menggunakan flos.

d)

Memberus gigi setiap hari.

12.

Di bawah adalah ciri-ciri 'Fake Dentist' kecuali

a)

Dikendalikan seseorang yang tidak bertauliah sebagai Doktor Gigi.

b)

Caj braces/pendakap gigi yang murah meriah.

c)

Perkhidmatan di rumah atau hotel dan tidak menggunakan barang yang sterile.

d)

Memberikan rawatan di klinik-klinik kerajaan yang terdaftar dengan sah

13.

Makanan yang boleh meningkatkan risiko karies gigi adalah berikut kecuali

a)

Donut.

b)

Pepsi.

c)

Bertih Jagung.

d)

Ikan.

14.

Kanak-kanak mempunyai set gigi sementara yang terdiri daripada 20 gigi susu. Berapakah bilangan gigi maksimum dalam set gigi kekal bagi orang dewasa?

a)

24

b)

26

c)

30

d)

32

15.

Gigi yang dicabut boleh digantikan dengan rawatan di bawah kecuali

a)

Gigi Palsu (denture)

b)

Implant gigi

c)

Crown & Bridge

d)

Rawatan Akar

16.

Rawatan untuk gigi berlubang adalah berikut kecuali

a)

Cabutan sahaja

b)

Tampalan

c)

Rawatan Akar

d)

Semua di atas,bergantung kepada keparahan

17.

Konsumsi minuman "bubble tea" semakin meningkat di kalangan anak muda. Berikut adalah risiko kepada gigi anda kecuali ?

a)

Gigi kuat kerana mengandungi kalsium

b)

Gigi sensitif

c)

Gigi berlubang

d)

Gigi berwarna

18.

Rawatan gigi dengan 'fake dentist' tidak disyorkan kerana

a)

Murah dan senang.

b)

Menyebabkan doktor gigi kerajaan hilang punca pendapatan dan motif hidup.

c)

Peralatan yang digunakan tidak steril dan si pelaku tidak ada pengetahuan asas tentang pergigian.

d)

Pesakit di klinik gigi kerajaan semakin berkurangan.

19.

Memberus gigi dengan tekanan yang kuat boleh menyebabkan

a)

Gigi menjadi lebih bersih

b)

Karies dapat dicegah

c)

Gigi menjadi haus

d)

Gigi menjadi putih berseri

20.

Berapakah caj perkhidmatan untuk rawatan cabutan gigi di klinik pergigian kerajaan?

a)

RM 2.00

b)

RM 1.00

c)

RM 5.00

d)

RM 3.00

21.

Rawatan tampalan gigi di klinik pergigian kerajaan sangat menyakitkan

a)

Mitos

b)

Fakta

22.

Amalan seperti menggigit pipi dan bibir boleh meningkatkan risiko kanser mulut

a)

Betul

b)

Salah

23.

Semakin meningkat usia seseorang, semakin kurang risiko untuk mengalami kerosakan gigi.

a)

Betul

b)

Salah

24.

Penggunaan floss boleh diabaikan jika kita mengosok gigi dengan lebih kerap.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Merokok atau mengunyah tembakau boleh mempercepatkan kehilangan gigi.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Kesihatan gigi turut memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Kehilangan gigi adalah perkara yang tidak dapat dielakkan apabila usia semakin meningkat.

a)

Betul

b)

Salah

28.

Kanser mulut yang dikesan awal dapat dirawat.

a)

Betul

b)

Salah

29.

Merokok tidak ada kaitan dengan kerosakan gigi dan mulut

a)

Betul

b)

Salah

30.

Gigi dewasa tumbuh kembali setelah dicabut.

a)

Betul

b)

Salah