wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HAK ASASI MANUSIA ( KANAK-KANAK & WANITA & PEKERJA )

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Sebab-sebab kanak-kanak perlu diberi perlindungan

a)

Kanak-kanak ialah aset negara

b)

Kanak-kanak golongan yang tidak berdosa

c)

Kanak-kanak golongan yang lemah

2.

Peranan dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak

a)

Kerajaan

akta untuk perlindungan kanak-kanak

b)

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Menganjur seminar untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat

c)

Individu/masyarakat

Membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mempunyai maklumat mengenai kes penderaan

3.

Peranan ahli masyarakat dalam membendung kes penderaan kanak-kanak

a)

Memberi bantuan segera kepada mangsa

b)

Membuat laporan kepada pihak berkuasa

4.

Senarai hak kanak-kanak yang perlu dilindungi

a)

Mendapat pendidikan

b)

Mempunyai nama dan kewarganegaraan

c)

Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan

d)

Mendapat perlindungan ,peluang dan kemudahan istimewa

e)

Mendapat makanan

5.

Hak kanak-kanak

a)

hak mendapatkan keperluan asas, contoh : makanan, tempat tinggal

b)

hak mendapatkan pendidikan, contoh : persekolahan

c)

hak mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna, contoh: mendapat rawatan ketika sakit

d)

hak membolehkan penyertaan, contoh: pergaulan sosial

6.

Bentuk pengiktirafan terhadap kanak-kanak

a)

pengiktirafan secara lisan, contoh: melalui pujian, kata-kata motivasi

b)

pengiktirafan secara bertulis, contoh: melalui pemberian sijil

c)

pengiktirafan secara kebendaan, contoh: hadiah, wang ringgit

7.

Kebaikan memberi pengiktirafan terhadap bakat dan potensi kanak-kanak

a)

menjadi satu bentuk motivasi agar mereka dapat berusaha mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi

b)

kanak-kanak lain meneladani penerima anugerah yang diiktiraf agar mereka juga berupaya mencapai kejayaan sedemikian.

c)

sebagai satu ruang dan peluang kepada kanak-kanak agar dapat mengasah bakat masing-masing / menampilkan imej positif.

d)

dapat membentuk pemikiran yang matang agar menjadi individu yang lebih berketrampilan

8.

Kesan kanak-kanak yang terabai dalam aspek pendidikan.

a)

buta huruf

b)

menghadapi masa depan yang gelap

c)

mudah ditipu / dieksploitasi

d)

tidak bersikap berdikari

e)

tidak dapat menjadi seorang yang berilmu / perkembangan intelek terjejas.

9.

Sumbangan wanita dalam pembangunan negara

a)

Berjuang dalam bidang politik

b)

Memajukan negara dalam bidang ekonomi

c)

Memperkenalkan seni budaya warisan bangsa

10.

Cara pengiktirafan jasa wanita

a)

Menganugerahkan pingat

b)

Mengisytiharkan Tokoh Wanita

c)

Mengabadikan nama pada bangunan sekolah / jalan

11.

Matlamat Dasar Wanita Negara

a)

Mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki

b)

Memberi kebebasan kepada wanita menembusi sektor ekonomi, sosial, politik dan budaya

c)

Memberi peluang untuk mengemukakan pendapat dalam penggubalan dasar negara

12.

Objektif Dasar Wanita Negara

a)

Menjamin perkongsian pemilikan sumber dan maklumat yang saksama antara lelaki dan wanita

b)

Mengintegrasi kaum wanita ke dalam sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka.

13.

Kebaikan Dasar Wanita Negara kepada wanita

a) dari aspek pekerjaan

a)

memberi lebih banyak peluang pekerjaan

b)

peningkatan kerjaya melalui latihan-latihan

c)

perlindungan dari aspek keselamatan di tempat kerja

d)

mengintegrasi kaum wanita ke dalam sektor pelancongan negara

e)

selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka

14.

Kebaikan Dasar Wanita Negara kepada wanita

b) dari aspek peluang pendidikan

a)

peluang pendidikan seumur hidup

b)

peluang mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berterusan

c)

peluang latihan vokasional

15.

Tokoh dan sumbangan wanita di Malaysia

a)

Elizabeth Vaz ( Bidang Sosial-Kebajikan Wanita )

b)

Datuk Dr.Mazlan Othman ( Ketua Hal Ehwal Angkasa Lepas, PBB )

c)

Tan Sri Aishah Ghani ( Menentang Penjajahan British )

d)

Datuk Maznah Hamid ( Usahawan berjaya )

e)

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa

16.

Tokoh dan sumbangan wanita di Malaysia

a)

Profesor Datuk Siti Zuraina Abd. Majid ( Detektif Arkeologi Malaysia)

b)

Datuk Siti Norma Yaacob ( Hakim Mahkamah Persekutuan )

c)

Datuk Nicole David ( sukan-Squash )

d)

Datuk Siti Norhaliza ( seni suara / penyanyi )

e)

Dato Michelle Yeoh ( Pelakon )

17.

Akta Kerja 1955 bertujuan untuk

a)

Memberi pelindungan kepada pekerja

b)

Memastikan tiada kontrak pekerjaan yang tidak mengikut peruntukan di bawah akta ini ditandatangani

18.

Perlindungan-perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955

a)

Pembayaran gaji

b)

Hari rehat

c)

Tempoh jam bekerja

d)

Cuti Tahunan

19.

Hak-hak pekerja perlu dilindungi kerana

a)

Memastikan pekerja tidak ditindas oleh majikan

b)

Memastikan kebajikan pekerja dipelihara

20.

Peranan Mahkamah Perusahaan

a)

Menyelesaikan pertikaian antara majikan dan pekerja

b)

Melindungi pekerja daripada ditindas oleh majikan

21.

Peranan Kesatuan Sekerja

a)

Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja yang ditindas atau tidak berpuas hati tentang majikan

b)

Menghantar wakil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja dengan majikan mereka.

c)

Merujuk kes itu kepada Kementerian Sumber Manusia sekiranya rundingan tidak berjaya.

22.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa ( ILO )

a)

Pertubuhan Antarabangsa

b)

Pertubuhan Kebangsaan

23.

Cara menghindarkan rasa tidak puas hati antara pekerja dengan majikan

a)

Bersemuka, berunding dan berbincang sekiranya terdapat masalah.

b)

Pekerja harus melaksanakan tugasnya dengan baik.

c)

Majikan perlu mengambil berat akan kebajikan pekerja dan memahami masalah yang dihadapi oleh pekerja.

d)

Saling memahami antara pekerja dengan majikan.

24.

Huraikan nilai yang dipupuk oleh pihak kerajaan menerusi langkah tersebut.

a)

Nilai - Melindungi hak kanak-kanak

Huraian -Menjaga hak / kebajikan kanak-kanak

Contoh - Pewaris

b)

Nilai - Bertanggungjawab

Huraian - masa depan kanak-kanak

Contoh -tonggak negara pada masa hadapan

25.

Terangkan faktor yang menyumbang kepada masalah keciciran murid.

a)

Kemiskinan / kewangan

b)

Jarak sekolah terlalu jauh dari rumah

c)

Anak istimewa / OKU

d)

Tidak mementingkan pendidikan anak

e)

Tidak mampu membiayai persekolahan anak

26.

Pilih hak kanak-kanak

a)

mendapat pendidikan

b)

Mempunyai nama dan kewarganegaraan

c)

Mendapat keperluan asas yang mencukupi / makanan /tempat kediaman / keperluan perubatan

d)

Mendapat perlindungan istimewa apabila cacat

e)

Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan.

27.

Pemberian anugerah di atas berkaitan dengan nilai melindungi hak pekerja. Berikan maksud nilai tersebut.

a)

Menghormati perkhidmatan golongan pekerja

b)

menghargai jasa golongan pekerja

c)

Mengiktiraf sumbangan golongan pekerja di negara ini

28.

Huraikan nilai lain melindungi hak pekerja yang diamalkan oleh pihak kerajaan melalui penyampaian anugerah berkenaan.

a)

Rasional / bertanggungjawab

Meningkatkan daya saing antara pekerja

b)

Rasional / bertanggungjawab

Meningkatkan produktiviti / kualiti hasil kerja

c)

Rasional / bertanggungjawab

Menghargai sumbangan pekerja

d)

Rasional / bertanggungjawab

Memotivasikan pekerja agar kreatif / inovatif

e)

Melindungi hak pekerja

menghargai jasa golongan pekerja

29.

Jasa majikan yang baik dan prihatin harus dihargai oleh para pekerja. Kemukakan cara pekerja membalas jasa majikan

a)

Bekerja bersungguh-sungguh

b)

Meningkatkan produktiviti syarikat

c)

Menepati masa bekerja

d)

Mengurangkan kesilapan

e)

Setia kepada syarikat

30.

Apakah peranan lain yang boleh dilakukan oleh majikan untuk menjaga hak pekerja? Berikan contoh untuk menyokong jawapan anda.

a)

Memberi insentif / bonus

b)

Hantar pekerja untuk mendapat latihan kemahiran

c)

Memberi kenaikan pangkat

d)

Menjaga hak pekerja

e)

Cuti tanpa gaji kerana sakit