Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 09_Kata Ganda

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

”Berikan tumpuan dan jangan __________________ ketika belajar,” kata Cikgu Dian kepada murid-murid.

a)

hati-hati

b)

suka-suka

c)

diam-diam

d)

main-main

2.

Lucy mempunyai _________________ yang tinggi, iaitu hendak menjadi seorang juruterbang.

a)

fikir-fikir

b)

ura-ura

c)

mata-mata

d)

cita-cita

3.

Ah Fern membancuh isi ikan dengan tepung untuk membuat _________________ ikan.

a)

kekabu

b)

kekuda

c)

cecair

d)

bebola

4.

Anak Encik Daud dikejarkan ke hospital kerana cedera digigit ________________ ketika mandi di pantai.

a)

obor-obor

b)

anai-anai

c)

kunang-kunang

d)

rama-rama

5.

Vin Xin menyediakan _________________ santan sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari.

a)

dekak-dekak

b)

bola-bola

c)

obor-obor

d)

agar-agar

6.

Naomi bekerja keras _________________ untuk menampung perbelanjaan kehidupan keluarganya.

a)

seelok-elok

b)

seolah-olah

c)

semata-mata

d)

seboleh-boleh

7.

Mereka ________________ ketika menaiki bas yang penuh dengan penumpang itu.

a)

berasak-asakan

b)

berlumba-lumba

c)

berapat-rapat

d)

berduyun-duyun

8.

Jiran tetangga seharusnya saling ______________________ antara satu sama lain .

a)

bantu-membantu

b)

marah-memarahi

c)

mudah-mudahan

d)

pukul-memukul

9.

Laksamana itu mengelak ke kiri apabila musuhnya melemparkan ____________________ ke arahnya.

a)

bebola

b)

bebaling

c)

bebalang

d)

bebawang

10.

Hari Kemerdekaan itu disambut secara ____________________ oleh rakyat Malaysia yang berbincang kaum.

a)

gilang-gemilang

b)

terang-benderang

c)

tunggang-langgang

d)

kelam-kabut

11.

Raihan menutup balang kaca yang berisi kuih itu _________________ agar tidak masuk angin.

a)

jarang-jarang

b)

longgar-longgar

c)

ketat-ketat

d)

lambat-lambat

12.

Rahim ______________ pergi ke sekolah kerana sudah lewat.

a)

tergesa-gesa

b)

terhenjut-henjut

c)

berapat-rapat

d)

berduyun-duyun

13.

Rambut Jayden kelihatan ________________ apabila tidak disikat dengan rapi.

a)

kacau-bilau

b)

compang-camping

c)

kusut-masai

d)

haru-biru

14.

Vijaya _________________ untuk menunggu keputusan peperiksaan UPSR yang akan diumumkan nanti.

a)

tergesa-gesa

b)

berduyun-duyun

c)

berpusu-pusu

d)

berdebar-debar

15.

Privya, Kamarul dan Siew Ling merupakan _________________ saya semasa menuntut di Universiti Utara Malaysia dahulu.

a)

kakak-kakak

b)

rakan-rakan

c)

guru-guru

d)

jiran-jiran

16.

Saya akan berjaya ke menara gading jika saya belajar dengan _______________.

a)

berangan-angan

b)

bermain-main

c)

berbaik-baik

d)

bersungguh-sungguh

17.

Malam itu sungguh hening kerana tiada kenderaan yang _________________.

a)

terang-terangan

b)

gelap-gelita

c)

huru-hara

d)

lalu-lalang

18.

_________________ di dalam longkang itu sudah berbau busuk kerana tidak diselenggara dengan konsisten.

a)

Sampah-sarap

b)

Buah-buahan

c)

Daun-daunan

d)

Tanah-tanih

19.

Hidayat menebang ____________________ pisang di belakang rumahnya.

a)

daun-daun

b)

pokok-pokok

c)

batang-batang

d)

ranting-ranting

20.

____________________ di kedai cenderamata itu sungguh menyegarkan.

a)

Daun-daunan

b)

Bau-bauan

c)

Buah-buahan

d)

Sayur-sayuran