wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HISTORY FORM 1 (Ciri- ciri Tamadun )

Total questions: 28

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Pencapaian tamadun boleh dilihat dari aspek Fizikal ( kebendaan dan kerohanian (Spiritual ). Manakah yang berikut menunjukkan pencapaian tamadun dari aspk kerohanian

a)

Industri

b)

Kesenian

c)

Moral

d)

sains

2.

Istilah hadharah merangkumi aspek aqidah, syarak, akhlak, falsafah, kebudayaan dan peradaban. Penyataan tersebut merupakan pendapat tokoh

a)

Arnold J. Tonybee

b)

Herodatus

c)

Ibn Khaldun

d)

Syed Muhammad Naquib Al Atas

3.

Apakah perbezaan konsep tamadun menurut pandangan barat dan islam?

a)

Merangkumi aspek pemikiran

b)

Meliputi pencapaian ekonomi

c)

Barat menekankan aspek lahiriah

d)

Islam menitiberatkan aspek budaya

4.

Apakah kesan perkembangan kegiatan pertanian dan perdagangan tamadun awal manusia?

a)

pembentukan kerajaan

b)

Penciptaan kincir angin

c)

Penghasilan seni bina

d)

Pertambahan penduduk

5.

Manakah kumpulan yang menumpukan masa mereka dalam kerja mengukir, menempah besi dan tembikar?

a)

Artisan

b)

Hamba

c)

Petani

d)

penyalin

6.

Salah satu daripada ciri- ciri tamadun awal dunia ialah pembentukan bandar. Apakah fungsi bandar?

a)

Bandar menjadi pusat pertemuan masyarakat, pusat kegiatan ekonomi dan pentadbiran serta pusat ibadat

b)

Bandar menjadi pusat pertahanan

c)

Pusat kegiatan ekonomi dan pekerjaan

d)

Bandar menjadi pusat pelabuhan dan perniagaan

7.

Apakah bentuk sistem pemerintahan tamadun awal manusia?

a)

Beraja

b)

Diktator

c)

Republik

d)

Demokrasi

8.

Apakah bukti terdapatnya aktiviti pertanian pada peringkat awal tamadun manusia?

a)

Penciptaan peralatan, pembinaan saliran pembinaan teres ditanah tinggi dan penciptaan kincir angin

b)

penciptaan senjata berat

c)

pembuatan peralatan pertanian seperti cangkul dan peralatan pertaniaan

d)

pengeluaran hasil tanaman seperti padi dan gandum

9.

Apakah aktiviti perdangangan yang dijalankan pada peringkat awal tamadun?

a)

Perdagangan Tempatan

b)

Perdagangan tempatan dan perdagangan Jarak jauh

c)

Perdagangan Antarabangsa

d)

Perdagangan setempat

10.

Apa itu perdagangan tempatan?

a)

Masyarakat kota mendapatkan makanan dan barangan pertanian dengan menukarkan barangan kraf tangan sesama mereka

b)

pertukaran barang sesuka hati

c)

Masyarakat menjalankan perniagaan dengan bertukar pendapat

d)

Perdagangan yang dikuasi oleh pemerintah

11.

Apakah contoh barangan yang menjadi bahan tukaran penduduk antara tamadun?

a)

logam, emas dan besi

b)

tepung dan gandum

c)

kayu hutan dan barang kraftangan

d)

hasil hutan dan bijih timah

12.

Pada peringkat awal tamadun manusia, sistem pemerintahan dikuasai oleh?

a)

Pendeta

b)

Raja

c)

Pembesar

d)

Orang kaya- kaya

13.

Siapakah yang membantu Raja dalam mentadbir kerajaan ketika tamadun awal wujud?

a)

Pegawai dari golongan bangsawan dan pendeta

b)

Golongan bangsawan

c)

Pegawai yang dilantik

d)

Golongan pendeta

14.

Apakah ciri- ciri bandar terancang semasa awal tamadun manusia?

a)

Pelan susun atur bangunan dan petempatan yang tersusun

b)

Bandar dibina diatas kawasan lautan

c)

Pembinaan kota yang dikelilingi oleh saliran sungai

d)

Kota dibina daripada batu bata dan kayu kayan

15.

Apakah contoh kota awal yang muncul ketika tamadun awal dunia?

a)

Ur dan Uruk

b)

Kota Tigris

c)

Kota Afamosa

d)

Kota Indus

16.

Gambar di atas merujuk kepada gambaran sebuah bandar pada zaman tamadun?

a)

Mesopotamia

b)

Indus

c)

China

d)

Hindu

17.

Apakah kemahiran artisan dalam tamadun awal manusia?

a)

Kerja mengukir, menempa besi dan tembikar

b)

Tukang masak

c)

kerja menguruskan pentadbiran

d)

melukis gambar

18.

Binaan ini telah dibina pada tamadun?

a)

Mesopotamia

b)

Mesir Purba

c)

Indus

d)

Huang Ho

19.

Apakah nama binaan Ini?

a)

Taman tergantung Babylon ( The Hanging Gardens Of Babylon)

b)

Taman Astakona

c)

Taman Firdausi

d)

Taman Tergantungan

20.

Apakah nama bentuk tulisan ini?

a)

Tulisan Baji

b)

Tulisan Jawi

c)

Tulisan Kuneiform

d)

Tulisan Rumi

21.

Apakah Kesan penting terciptanya sistem tulisan?

a)

Membezakan kehidupan Pra sejarah dan zaman sejarah

b)

Terhasilnya kertas

c)

Terhasilnya sistem rekod

d)

Perkembangan seni bina

22.

Apakah itu sistem piktograf?

a)

Tulisan menggunakan gambar

b)

Tulisan yang rumit

c)

Tulisan menggunakan teknik pahat

d)

Tulisan pra sejarah

23.

Apakah kepercayaan awal masyarakat dalam tamadun manusia?

a)

Mempercayai banyak Tuhan

b)

Mempercayai Satu Tuhan yang Esa

c)

Mempercayai satu sama lain

d)

Mempercayai Tuhan yang berkuasa

24.

Apakah contoh Tuhan yang disembah oleh masyarakat awal manusia?

a)

Tuhan Bulan, Matahari ibu dan sungai

b)

Tuhan pokok dan tuhan tanah

c)

Tuhan tunggul kayu

d)

Hantu dan Jin

25.

Apakah nama lakaran ini?

a)

Book of the Jungle

b)

Book of the dead

c)

Book of History

d)

Book of History babylon

26.

Siapakah yang menghasilkan buku ini?

a)

Herodatus

b)

Ibn Khaldun

c)

Ibn Sina

d)

Ibn Abbs saad

27.

Siapa tokoh Sejarah ini?

a)

Herodatus

b)

Ibn Khaldun

c)

Syed Naquib

d)

Karl Marx

28.

Ilustrasi ini merujuk kepada tamadun?

a)

Rom

b)

Indus

c)

Mesopotamia

d)

Huang Ho