Font size
WorksheetsPEMAHAMAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Total questions: 23
Worksheet time: 13mins
1. Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.
A menenun
B menganyam
C memilin
D menyulam
2. “Maafkan_____ kerana tidak berjaya mengalahkan lanun itu,” kata Bendahara Ali kepada Sultan.
A saya
B aku
C patik
D hamba
3. “Nita, _________datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan,” pelawa Idah.
A janganlah
B usahlah
C jemputlah
D silalah
4. Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya.
A tongkol
B biji
C papan
D buah
5. Daniel sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya.
A bebola
B bebawang
C bebuli
D bebendul
6. Pekerja itu ___________ dahan pokok yang menghalang pandangan lalu lintas.
A membelah
B menebus
C mencantas
D menebang
7. Nyambek ___________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak dikenalinya.
A tergamam
B tersentak
C terdiam
D terpukau
8. Wahida rajin mengemas rumah._______, dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.
A Lantaran itu
B Namun demikian
C Tambahan pula
D Selain itu
9. Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh sorakan penonton.
A mundar-mandir
B lintang-pukang
C riuh-rendah
D simpang-siur
10. ____Majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga sekolah kami.
A Tatasusila
B Tatatertib
C Tatacara
D Tatahias
11. Ayah membaca se __________ surat khabar sambil mendengar radio.
keping
naskhah
helai
kajang
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini.
12. Kecantikan Mahsuri __________ itu menjadi bualan penduduk Langkawi.
bagai pinang dibelah dua
bagai bulan dipagari bintang
bagai cincin dengan permata
bagai bertih digoreng
Pilih kata seerti yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.
13. Murid yang melanggar peraturan sekolah itu telah dikenakan tindakan tatatertib..
menolak
mengingkari
menentang
menyalahi
Pilih perkataan berlawan yang sesuai bagi kata yang bergaris.
14. Hubungan persahabatan Ana dan Mila makin renggang sejak mereka berselisih faham.
rapat
dekat
ketat
hampir
15. Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar?
ringan tulang
berat mulut
habis akal
rambang mata
16. Buku latihan Tatabahasa itu masih .............. disemak oleh Cikgu Azmi.
dapat
belum
harus
pernah
17. Pelumba basikal itu .................. menamatkan perlumbaannya dalam masa satu jam.
sedang
belum
telah
akan
18. Semua calon peperiksaan SPM ..................... membawa kad pengenalan ke dalam dewan peperiksaan.
masih
mesti
akan
pernah
19. Cikgu Aizat telah memberikan tempoh selama dua minggu untuk muridnya menyiapkan Folio Seni tetapi malangnya tiada sesiapa pun yang .................. menyiapkannya.
telah
sedang
pernah
hendak
20. Abu Bakar dipuji oleh guru Besar kerana ................... menjawab soalan teka-teki itu dengan tepat.
dapat
mesti
harus
sedang
21. Encik Harun memelihara dua (a) kucing.
22. Ayah membeli (a) kereta baharu untuk ibu.
23. Azman menggunakan (a) pisau untuk memotong daging itu.
