Font size
WorksheetsSejarah KSSM T4 Bab 2
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
"Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada bangsa dan negara"
Dr. R. Suntharalingam
Hans Kohn
Profesor William R. Roff
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
Berikut merupakan revolusi yang tercetus di Eropah hasil daripada perkembangan idea nasionalisme di Barat KECUALI
Revolusi Keagungan
Revolusi Amerika
Revolusi Perancis
Revolusi Itali
Sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara.
Satyagraha
Jalan Para Pahlawan
Semangat Bushido
Sumpah Pemuda
Persatuan Belia Buddha telah menggunakan isu untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma.
Apakah isu tersebut?
Isu Pendidikan
Isu Kasut
Isu Hak Wanita
Isu Politik
Namakan pertubuhan yang dipimpin oleh Jose Rizal semasa gerakan nasionalisme di Filipina.
Liga Filipina
Katipunan
Parti Nasionalis
Parti Do Bama Asiayone
Namakan akhbar yang telah digunakan oleh Parti Katipunan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina?
La Solidaridad
Hilang Gelap Terbitlah Terang
Kalayan
Cloche Felee
Nyatakan DUA tuntutan rakyat Filipina dalam Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal.
Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol
Hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
Penubuhan universiti untuk mereka
Pemulihan sistem pemerintahan beraja
Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?
Dr. Sun Yat Sen
Mikado Meiji
Ho Chi Minh
Saya San
"Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri."
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
Dato' Onn Jaafar
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Berikut merupakan maksud nasionalisme KECUALI
Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
Semangat kebangsaan dan perjuangan menentang penjajahan
Perjuangan untuk mencapai matlamat dengan pelbagai cara
Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial
Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England.
Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Mengawal kerajaan
Mengutip cukai
Menggubal undang-undang
Melantik penasihat
Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.
Liga Muslim
Kongres Kebangsaan India (INC )
Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?
Menggerakkan perang gerila
Melancarkan gerakan dakyah
Merangka pembahagian India
Melakukan penentangan militan
Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun.
SEMANGAT BUSHIDO
Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?
Mencapai kemajuan pendidikan
Menjadi negara perindustrian
Menghalang gerakan anti Barat
Mengatasi kelemahan pemerintahan
Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti-parti politik berikut?
Katipunan di Filipina
Parti Komunis di Indonesia
Viet Nam Quoc Dang Dang
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Bertindak secara revolusi
Pertubuhan bersifat radikal
Bekerjasama dengan penjajah
Pemimpinnya berhaluan sederhana
Pada tahun 1932,Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.
Apakah kesan revolusi tersebut?
Dasar tutup pintu dikuatkan
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan
Pernyataan berikut merujuk kepada hasil karya Raden Adjen Kartini.
Habis Gelap Terbitlah Terang
Apakah isu yang diketengahkan melalui penulisan novel di atas?
Pengembalian kuasa raja
Kemunduran rakyat
Hak bersuara
Kemerdekaan mutlak
Tokoh berikut merupakan seorang nasionalis India.
Antara berikut,yang manakah berkaitan dengan tokoh di atas dalam mencetuskan gerakan nasionalis di Asia Tenggara?
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah dan mogok lapar
Menggerakkan semangat penentangan secara militan
Melahirkan nasionalis bersikap sederhana
Mempelopori kebangkitan rakyat secara revolusi
Nasionalisme di Burma ( Myanmar ) bermula apabila golongan Thakin menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?
Melancarkan revolusi
Mengekalkan tradisi Buddha
Memperjuangkan kemerdekaan
Membela nasib golongan pemuda
Mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara?
Menentang penjajahan
Menghalau kuasa asing
Mempertahankan kedaulatan negara
Melaksanaan pemerintahan demokrasi
Pilih DUA akhbar yang digunakan oleh intelektual Melayu berpendidikan Inggeris dalam menyebarkan idea nasionalisme.
Tunas Melayu
Al-Imam
Warta Malaya
Utusan Melayu
Berikut merupakan teras perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang KECUALI
Demokrasi
Nasionalisme
Sosialisme
Dakyah
Karya berikut telah dihasilkan oleh penulis tanah air:
MARI KITA BERJUANG - Abdullah Sidek
SERUNAI PUJANGGA - Abdul Samad Ahmad
RUMAH BESAR TIANG SEBATANG - Pak Sako
Apakah tema yang dikemukakan dalam karya tersebut?
Kemunduran sosioekonomi penduduk Tanah Melayu
Semangat cinta akan negara
Hak dan masa depan bangsa
Seruan untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
Mengapakah Kesatuan Melayu Muda (KMM) dianggap radikal oleh British?
Meminta supaya orang Melayu diberikan peluang dalam pentadbiran
Membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan dalam akhbar dan majalah
Menjalinkan hubungan dengan pemimpin revolusi China
Menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan
Bulan Melayu diterbitkan bagi mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita.
Siapakah penggerak utama Bulan Melayu?
Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain)
Fatimah Yaakub
Abdul Rahim Kajai
Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)
Berikut merupakan tokoh nasionalisme.
SYED SHEIKH AL-HADI
SHEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN
Mereka merupakan pemimpin pertubuhan...
Kaum Muda
Kesatuan Melayu Muda
Kesatuan Melayu Singapura
PASPAM
