wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz prinsip akaun tingkatan 4 bab 1 hingga bab 5

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang benar tentang perakaunan ?

a)

Merangkumi skop yang lebih luas daripada simpan kira

b)

Menganalisis dan mentafsirkan urus niaga perniagaan

c)

Berfungsi sebagai bukti dan rujukan bagi urus niaga yang telah berlaku

d)

Hanya melibatkan proses merekodkan urus niaga berdasarkan sisitem catatan bergu

2.

Apakah subbidang perakaunan yang melibatkan proses penyemakan rekod kewangan untuk memastikan sesuatu urus niaga benar-benar berlaku.

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakauan kewangan

d)

Perakaunan pengurusan

3.

Maklumat dibawah ini berkaitan dengan kod etika akauntan professional


Seorang profesional tidak boleh berkompromi dan berat sebelah serta tidak terpengaruh oleh mana-mana pihak yang berkepentingan semasa menjalankan tugas.


Apakah ciri kod etika di atas ?

a)

Integriti

b)

Kerahsiaan

c)

Objektiviti

d)

Kompetensi

4.

Badan perakaunan yang bertujuan untuk memastikan kualiti dan penguatkuasaan standard-standard perakaunan ialah ...

a)

Malaysian Institute of Accountants (MIA)

b)

Malaysian Society of Accountants (MSA)

c)

Malaysian Accounting Standard Board (MASB)

d)

Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)

5.

Apakah ciri penyata kewangan yang berkaitan dengan pernyataan bahawa penyata kewangan berupaya mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengguna penyata kewangan ?

a)

Kerelevanan

b)

Ketepatan masa

c)

Kebolehfahaman

d)

Kebolehpercayaan

6.

Syarikat guaman yang dimulakan oleh Zahid akan terus beroperasi untuk suatu tempoh masa yang tidak ditetapkan.

Apakah konsep perakaunan yang berkaitan dengan maklumat itu ?

a)

ketekalan

b)

prinsip kos

c)

usaha berterusan

d)

tempoh perakaunan

7.

Kedai Kain Leong dimiliki oleh seorang peniaga yang melaburkan wang ke dalam perniagaan sebagai modal. Apakah bentuk organisai Kedai Kain Leong ?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan tunggal

d)

Syarikat sendirian berhad

8.

Manakah merupakan komponen jualan bersih ?

a)

Belanja am

b)

jualan

c)

inventori

d)

pulangan masuk

9.

Apakah hasil operasi bagi sebuah firma audit?

a)

Dividen

b)

Komisen Diterima

c)

Hasil Perkhidmatan

d)

Untung atas pelaburan

10.

Manakah belanja yang tidak melibatkan wang ?

a)

gaji

b)

insurans

c)

kadar bayaran

d)

susut nilai kenderaan

11.

Antara berikut, manakah ciri - ciri Aset Bukan Semasa?

a)

Sukar ditukar menjadi tunai

b)

Mudah ditukar menjadi tunai

c)

Boleh digunakan untuk jangka masa pendek

d)

Boleh digunakan untuk jangka masa panjang

12.

Item manakah yang perlu dijelaskan dalam tempoh melebihi satu tahun kewangan

a)

modal

b)

overdraf bank

c)

akaun belum bayar

d)

gadai janji atas bangunan

13.

Berikut merupakan kesan urus niaga terhadap persamaan perakaunan yang diperoleh daripada Kedai Alat Tulis Asna.


Aset Liabiliti Ekuiti pemilik

-350 -400 +50


Pernyataan manakah yang menunjukkan urus niaga di atas?

a)

Menjelaskan hutang bernilai RM400 dengan cek RM350, diskaun diterima RM50

b)

Menerima bayaran bernilai RM350 daripada Akaun Belum Terima, diskaun diberi RM50

c)

Sebuah mesin taip bernilai RM400 dijual secara kredit pada harga RM350

d)

Inventori alat tulis bernilai RM350 dijual secara kredit pada harga RM400

14.

Berikut merupakan carta akaun yang disediakan oleh Setia Laundry.

Apakah kod yang sesuai untuk Faedah Deposit Tetap?

Jenis akaun Kod item

Aset 100 – 199

Liabiliti 200 – 299

Ekuiti 300 – 399

Hasil 400 – 499

Belanja 500 - 599

a)

121

b)

221

c)

321

d)

421

15.

Pernyataan manakah yang menunjukkan fungsi dokumen perniagaan ?

a)

Sebagai alat perancangan

b)

Bertindak sebagai dokumen sokongan

c)

Sebagai rujukan pihak bank untuk meluluskan pinjaman

d)

Sebagai bukti bertulis bahawa sesuatu urus niaga telah berlaku

16.

Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Melur Trading.


Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk

mengenakan bayaran tambahan bagi pengangkutan.


Apakah dokumen yang terlibat?

a)

invois

b)

nota debit

c)

nota kredit

d)

baucar pembayaran

17.

Pernyataan manakah benar berkaitan diskaun niaga?

a)

Galakan pembelian dalam kuantiti yang banyak

b)

Potongan daripada harga bersih dalam invois

c)

Galakan pembayaran hutang dengan segera

d)

Potongan daripada jumlah hutang

18.

Puan Suzy telah menerima invois berjumlah RM1 600 pada 10 Mac 2019. Beliau telah menjelaskan invois tersebut pada 17 Mac 2019. Syarat diskaun tunai ialah 10%7hari dan 2%15hari.

Hitung jumlah yang perlu dibayar oleh Puan Suzy.

a)

RM1 440

b)

RM1 568

c)

RM1 800

d)

RM1 960

19.

Pada 7 Jun 2019, Puan Mas membeli barang niaga berjumlah RM2 800 secara kredit.

Pemborong Sivaji telah menetapkan syarat diskaun seperti berikut :


Diskaun niaga : 20%

Diskaun tunai : 10% 10 hari

5% 30 hari


Sekiranya Puan Mas membuat pembayaran pada 15 Jun 2019, berapakah jumlah bayarannya ?

a)

RM2 016

b)

RM2 128

c)

RM2 520

d)

RM2 660

20.

Antara berikut, urus niaga manakah yang dicatatkan dalam Jurnal Am ?

a)

Membeli perabot pejabat secara kredit

b)

Mengambil tunai untuk membayar sewa kediaman

c)

Pulangkan barang niaga salah jenama kepada pembekal

d)

Membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan

21.

Manakah yang merupakan sumber maklumat Jurnal Belian ?

a)

Invois (asal)

b)

Invois (salinanl)

c)

Nota kredit (asal)

d)

Nota kredit (salinan)

22.

Manakah yang merupakan sumber maklumat Jurnal Pulangan belian ?

a)

Invois (asal)

b)

Invois (salinan)

c)

Nota kredit (asal)

d)

Nota kredit (salinan)

23.

Antara yang berikut, dokumen manakah yang menjadi sumber maklumat bagi Jurnal Jualan ?

a)

Invois (asal)

b)

Invois (salinan)

c)

Nota debit (asal)

d)

Nota debit (salinan)

24.

Antara berikut manakah yang merupakan sebab-sebab barang niaga dipulangkan oleh pelanggan

a)

Barang niaga tersalah jenama

b)

Barang niaga yang rosak

c)

Barang niaga yang mengalami kenaikan harga

d)

Barang niaga yang belum lagi dijual

25.

Antara berikut, urus niaga manakah yang direkodkan dalam buku tunai ?

a)

Bayar sewa dengan cek

b)

Ambilan barang niaga

c)

Beli perabot secara tunai

d)

Beli kenderaan secara kredit

26.

Urus niaga manakah yang direkodkan ke dalam Buku Tunai Runcit ?

a)

bayar sewa kedai

b)

bayar insurans kedai

c)

beli perabot pejabat

d)

beli pewangi pejabat

27.

Antara yang berikut, manakah yang direkodkan dalam Lejar Khas ?

a)

Akaun modal

b)

Akaun perabot

c)

Akaun belum bayar

d)

Akaun belum terima

28.

Pernyataan manakah yang benar mengenai sistem catatan bergu ?

a)

Kedua-dua akaun yang terlibat perlu didebitkan

b)

Merupakan sistem yang sama dengan catatan tunggal

c)

Sistem perekodan urus niaga perniagaan secara sisitematik

d)

Setiap urus niaga direkodkan dalam sekurang-kurangnya dua akaun yang sama.

29.

Butir manakah yang tidak dicatatkan dalam akaun kawalan belum bayar ?

a)

belian tunai

b)

faedah

c)

diskaun diterima

d)

pulangan belian

30.

apakah butir dalam akaun kawalan belum bayar yang diperoleh daripada buku tunai ?

a)

belian kredit

b)

diskaun diterima

c)

faedah dikenakan

d)

bayaran pembekal