wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 4 PENILAIAN BAB 3 (4C)

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan konsep visi.

a)

Ditetapkan oleh pihak pengurusan bawahan

b)

Satu pernyataan tentang tujuan kewujudan organisasi

c)

Visi dapat dicapai dalam masa kurang daripada lima tahun

d)

Objektif ingin dicapai oleh sebuah organisasi dalam tempoh jangka panjang

2.

Pernyataan di bawah merujuk kepada objektif sebuah syarikat


Syarikat Mesra Sdn Bhd akan mengeluarkan 100 000 unit kereta pada tahun hadapan.


Apakah ciri-ciri objektif bagi syarikat tersebut?

a)

Boleh diukur

b)

Munasabah

c)

Boleh dicapai

d)

Jangkamasa

3.

Manakah bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang mengalami pertumbuhan?

a)

Pemilik mengubah lokasi perniagaan

b)

Pemilik meningkatkan bilangan pekerja

c)

Hasil meningkat dari semasa ke semasa

d)

Pemilik membawa masuk modal tambahan

4.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan unsur faktor dalaman organisasi.

I. Syarikat Berjaya memperkenalkan teknologi baharu dalam operasi pengeluaran

II. Undang-undang baharu yang diluluskan akan meningkatkan kos operasi syarikat

III. Para pekerja syarikat diberikan latihan untuk meningkatkan kemahiran

IV. Keadaan ekononi meleset telah memberi kesan kepada jualan syarikat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

5.

Pernyataan di bawah merujuk kepada kesan kegagalan perniagaan mencapai matlamat dan objektif.


Kegagalan mendapatkan untung boleh menjejaskan imej


Apakah kesannya terhadap perniagaan?

a)

Sukar untuk mendapat pembiayaan bank

b)

Terpaksa membayar pembekal secara tunai

c)

Pengguna tidak akan membeli produk syarikat

d)

Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah

6.

Syarikat Batik Siti Kelantan mensasarkan pengeluaran batik sebanyak 6000 helai dalam tempoh masa seminggu sebagai memenuhi permintaan pelanggan dalam dan luar negara


Nyatakan ciri ciri SMART dalam penetapan objektif Syarikat Batik Siti Kelantan

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka Masa

d)

Boleh dicapai

7.

Apakah tujuan perniagaan membuat penetapan misi?

a)

Mencapai matlamat jangka panjang perniagaan

b)

Membantu membuat keputusan perniagaan

c)

Membuat penjelasan khusus matlamat

d)

Menilai keperluan bagi setiap jabatan

8.

Apakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?

a)

Keadaan ekonomi

b)

Sumber manusia

c)

Undang-undang

d)

Gaya hidup

9.

Antara yang berikut, yang manakah kesan kepada perniagaan sekiranya objektif yang ditetapkan tidak dapat dicapai?

I Prestasi jualan ditingkatkan

II Tidak mampu menghadapi persaingan

III Perkembangan perniagaan terjejas

IV Sumber manusia hilang kreativiti

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Pencapaian visi, misi dan objektif boleh dinilai berdasarkan kriteria semasa menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan.

Antara berikut, yang manakah merupakan kriteria penilaian yang boleh digunakan.

I Syer Pasaran

II Titik Pulang Modal

III Analisis Kekuatan Syarikat

IV Kapasiti operasi perniagaan sedia ada

a)

I dah II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Apakah maksud visi perniagaan?

a)

Apa yang ingin dicapai oleh organisasi

b)

Tujuan penubuhan sesebuah organisasi

c)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

12.

Maklumat di bawah menunjukkan keadaan perniagaan Kedai Ramli

Encik Ramli ingin mencapai

jualan sebanyak RM10 000 pada bulan Jun.

Namun, beliau hanya

mencapai jualan sebanyak RM8 000

Apakah langkah penyelesaian masalah tersebut?

a)

Memberhentikan pekerja

b)

Mengurangkan gaji pekerja

c)

Mengurangkan pengeluaran barang

d)

Mempelbagaikan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan

13.

Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi,

dan objektif perniagaan?

a)

Demografi

b)

Kewangan

c)

Sosiobudaya

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

14.

Maklumat yang berikut diperoleh daripada kilang beg tangan Kejora

Harga - RM 80

Kos berubah -RM 55

Kos Tetap - Rm 50 000


Berapakah titik pulang modal bagi pengeluaran beg tangan?

a)

2 000 unit

b)

9600 unit

c)

7 600 unit

d)

2 500 unit

15.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh sesebuah organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia dalam syarikatnya?

a)

Menggunakan teknologi yang tinggi

b)

Meningkatkan bilangan kakitangan

c)

Menggalakkan kerja lebih masa kepada pekerja

d)

Mengadakan latihan dan pembangunan pekerja

16.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan penetapan objektif?

a)

Membantu perniagaan membuat perancangan

b)

Menjelaskan tujuan penubuhan organisasi perniagaan

c)

Menjadi sasaran yang membantu pencapaian tujuan organisasi

d)

Memastikan halatuju perniagaan berada di landasan yang tepat

17.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan ciri objektif yang baik berdasarkan konsep SMART.


- Penentuan objektif perlu mengambil kira kemampuan syarikat dalam aspek sumber yang ada dalam organisasi.

- Antaranya aspek sumber manusia yang meliputi pengalaman, kemahiran, pengetahuan dan bilangan pekerja


Apakah ciri SMART tersebut?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Boleh diukur

d)

Boleh dicapai

18.

Yang manakah merupakan kesan dialami oleh perniagaan jika gagal mencapai matlamat perniagaan?

a)

Jualan meningkat

b)

Imej perniagaan terjejas

c)

Mampu membayar kos perniagaan

d)

Boleh mengambangkan perniagaan

19.

Maklumat di bawah berkaitan dengan objektif perniagaan


LS Lanskap merancang untuk

melaksanakan hiasan lanskap di Taman Belia, Pulau Pinang bagi tempoh setahun

Apakah kaedah yang boleh digunakan oleh LS Lanskap untuk melihat perkembangan projek tersebut?

a)

Graf

b)

Carta gantt

c)

Jadual kerja

d)

Analisis Swot

20.

Antara yang berikut, manakah yang mewakili visi, misi dan objektif (VMO) organisasi sektor organisasi berasaskan untung (OBU)?

I. Memaksimumkan keuntungan

II. Menyediakan perkhidmatan sukarela

III. Menyediakan produk secara percuma

IV. Mementingkan kecekapan dalam proses pengeluaran

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

I dan IV

21.

Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan Visi,Misi dan Objektif syarikat?

a)

Sumber manusia

b)

Titik Pulang Modal

c)

Daya saing

d)

Perkhidmatan

22.

Antara berikut manakah kesan perubahan objektif dalam sesebuah perniagaan?

I Dapat mengubah gaya pengurusan pengurusan

II Memastikan sasaran dicapai ketika pekerja tidak mencukupi

III Memastikan permintaan sosiobudaya pelanggan

IV Pekerja akan menggembleng tenaga sepenuhnya

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

23.

Antara berikut manakah yang benar tentang ciri objektif perniagaan?

I Pernyataan khusus

II Sasaran yang boleh diukur

III Panduan membuat keputusan

IV Pernyataan tujuan perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Mengapakah perubahan misi penting untuk sesebuah organisasi?

I Membantu mencapai matlamat organisasi

II Sebagai garis panduan fungsian operasi

III Menambah cawangan baharu perniagaan

IV Membantu meningkatkan imej syarikat

a)

I dan II

b)

I dan II

c)

II dan IV

d)

III dan IV

25.

Apakah tujuan penetapan visi dalam sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Mewujudkan wawasan perniagaan

b)

Mengetahui aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan

c)

Memberi fokus kepada sasaran kerja dan jualan yang diinginkan

d)

Mendorong semua pihak yang terlibat memahami dan bekerjasama untuk bertindak

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Kek Ani.


Ani memulakan perniagaan kek di bandar Sungai Petani. Kos tetapnya sebanyak RM12 000 sebulan. Kek dijual dengan harga RM70 seunit. Kos berubah seunit ialah RM30.

Berapa unit kek yang perlu dijual oleh Ani setiap bulan untuk mendapat pulang modal?

a)

120 unit

b)

170 unit

c)

300 unit

d)

400 unit

27.

Apakah matlamat sesebuah perniagaan menguasai syer pasaran?

a)

Dapat menghapuskan persaingan

b)

Mendapatkan kesetiaan jenama

c)

Membantu pegeluar lain dalam pasaran

d)

Dapat menikmati keuntungan yang banyak

28.

Butiran manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?

a)

Insurans kedai

b)

Belanja alat-alat kecil

c)

Upah pekerja produktif

d)

Kos belian bahan mentah

29.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor dipertimbangkan untuk menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan?

a)

Untung Kasar

b)

Rugi Bersih

c)

Belian bahan

d)

Titik Pulang Modal

30.

Faktor manakah yang menentukan kemampuan perniagaan bertahan dalam industri?

a)

Perundangan

b)

Dasar Kerajaan

c)

Keadaan ekonomi

d)

Kewangan yang kukuh