wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud SEGAK?

a)

Standard Kekuatan Fizikal Kebangsaan

b)

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

c)

Standard Kegagahan Fizikal Kebangsaan

d)

Standard Kelemahan Fizikal Kebangsaan

2.

Berikut merupakan kemahiran asas dalam permainan bola sepak kecuali,

a)

Menanduk

b)

Mengelecek

c)

Menendang

d)

Merejam

3.

Kebiasaannya terdapat dua jenis formasi dalam bola sepak yang diamalkan mengikut situasi permainan iaitu formasi serangan dan bertahan.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Berikut merupakan undang-undang yang dibenarkan dalam permainan bola sepak terhadap pemain, kecuali

a)

memakai pakaian jersi lengkap dan menggunakan kasut but bola sepak yang sesuai.

b)

takel hadapan ke arah bola bukan ke arah kaki pemain lawan untuk melakukan pertahanan.

c)

menjerit dan memaki pengadil semasa perlawanan berlangsung.

d)

menunggu bunyi wisel yang ditiup oleh pengadil sebagai isyarat memulakan perlawanan.

5.

Berikut merupakan salah satu formasi dalam permainan bola sepak. Manakah padanan formasi yang betul berdasarkan gambar tersebut?

a)

5:4:1 (bertahan)

b)

5:4:1 (menyerang)

c)

3:5:2 (bertahan)

d)

3:5:2 (menyerang)

6.

Berikut merupakan salah satu formasi dalam permainan bola sepak. Manakah padanan formasi yang betul berdasarkan gambar tersebut?

a)

4:4:2 (menyerang)

b)

5:3:2 (bertahan)

c)

5:4:1 (bertahan)

d)

4:5:1 (menyerang)

7.

Aspek keselamatan sangat penting ketika melakukan aktiviti permainan. Antara berikut yang manakah bukan kenyataan yang betul berkaitan aspek keselamatan dalam permainan bola sepak?

a)

Memakai stokin panjang dan shin pad semasa bermain bola sepak.

b)

Memakai jam tangan atau rantai leher semasa bermain bola.

c)

Bermain di kawasan lapang seperti padang rumput dan tidak berbahaya.

d)

Melakukan pemanasan badan sebelum bermain dan penyejukan badan selepas bermain.

8.

Berikut merupakan kemahiran dalam permainan bola tampar. Apakah lakuan kemahiran yang ditunjukkan berdasarkan gambar tersebut?

a)

Menyangga

b)

Mengumpan

c)

Servis atas

d)

Merejam

9.

Berikut merupakan kemahiran dalam permainan bola tampar. Apakah lakuan kemahiran yang ditunjukkan berdasarkan gambar tersebut?

a)

Merejam

b)

Servis bawah

c)

Mengumpan

d)

Menendang

10.

Berikut merupakan kemahiran dalam permainan bola tampar. Apakah lakuan kemahiran yang ditunjukkan berdasarkan gambar tersebut?

a)

Merejam

b)

Servis bawah

c)

Servis atas

d)

Menanduk

11.

Berikut merupakan kenyataan yang betul berkaitan permainan bola tampar, kecuali

a)

Diperkenalkan oleh Prof. William G. Morgan pada 9 Februari 1895.

b)

Permainan bola tampar merupakan salah satu permainan kategori jaring.

c)

Dimainkan oleh tujuh orang pemain sepasukan dalam satu-satu masa.

d)

Kemahiran asas dalam permainan bola tampar ialah servis, menyangga, mengumpan, merejam dan mengadang.

12.

Berdasarkan kenyataan dalam gambar tersebut, apakah bentuk formasi yang digunakan dalam permainan bola tampar?

a)

Formasi 5:1 (menyerang)

b)

Formasi 3:3 (bertahan)

c)

Formasi 4:2 (menyerang)

d)

Formasi 6:0 (bertahan)

13.

Berdasarkan kenyataan dalam gambar tersebut, apakah bentuk formasi yang digunakan dalam permainan bola tampar?

a)

Formasi 4:2 (menyerang)

b)

Formasi 5:1 (menyerang)

c)

Formasi 4:2 (bertahan)

d)

Formasi 4:2 (bertahan)

14.

“Pemain yang memiliki kualiti kemahiran menyangga dan bertahan yang baik serta berfungsi untuk menahan serangan lawan yang padu dan laju.”


Apakah gelaran pemain dalam kenyataan tersebut?

a)

Libero

b)

Sibero

c)

Fibero

d)

Hibero

15.

Dalam permainan bola sepak, apakah gelaran bagi pemain pertahanan tengah yang mengawal penyerang pihak lawan?

a)

Target man

b)

Stopper

c)

Penjaga gawang

d)

Pemain sayap

16.

Pada tahun 2018, Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia telah dianjurkan oleh negara Rusia. Berapakah jarak tahun bagi kejohanan tersebut akan diadakan?

a)

1 tahun

b)

2 tahun

c)

3 tahun

d)

4 tahun

17.

Berikut merupakan komponen penting dalam kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan, kecuali

a)

hipokinetik

b)

daya tahan otot

c)

fleksibiliti

d)

kapasiti aerobik

18.

Latihan fartlek dan tabata merupakan contoh latihan dalam komponen kecergasan .............................. .

a)

kapasiti aerobik

b)

daya tahan otot

c)

senaman fleksibiliti

d)

komposisi badan

19.

Aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar tersebut merupakan salah satu contoh bagi komponen kecergasan ............................... .

a)

kekuatan otot

b)

senaman fleksibiliti

c)

komposisi badan

d)

daya tahan otot

20.

Aktiviti latihan yang menggunakan alatan seperti bola segar merupakan salah satu contoh dalam komponen kecergasan ......................... .

a)

komposisi badan

b)

ujian SEGAK

c)

daya tahan otot

d)

kapasiti aerobik

21.

Tabata merupakan satu latihan intensiti tinggi, terdapat had masa yang ditetapkan dalam setiap aktiviti. Berdasarkan gambar tersebut, apakah nama aktiviti yang ditunjukkan?

a)

push up

b)

bodyweight squat

c)

jumping jack

d)

planking

22.

Gambar tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam Tabata, namakan aktiviti yang ditunjukkannya?

a)

mountain climbers

b)

jumping jack

c)

planking

d)

push up

23.

Berdasarkan gambar tersebut pilih pernyataan yang salah berkaitan gambar.

a)

Lelaki lebih cenderung mempunyai bentuk badan berbentuk buah epal.

b)

Perempuan lebih cenderung mempunyai bentuk badan berbentuk buah pear.

c)

Lelaki lebih cenderung mempunyai lemak yang banyak dibahagian perut (visceral fat).

d)

Perempuan lebih cenderung mempunyai lemak yang banyak dibahagian perut (visceral fat).

24.

Taktik menyembunyikan dadah di dalam kenderaan atau bagasi pakaian, menelan atau mengikat pada badan.


Pernyataan tersebut merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh ..................... .

a)

Keldai dadah

b)

Haiwan dadah

c)

Penagih dadah

d)

Penyalahgunaan bahan

25.

Mangsa yang terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa didapati mudah terpengaruh dengan tawaran menarik yang diberikan. Berikut merupakan situasi berisiko yang membawa kepada jerat dadah kecuali,

a)

Tawaran melancong ke luar negara dan ditanggung sepenuhnya.

b)

Tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara.

c)

Tawaran pendapatan lumayan dengan tugas yang mudah.

d)

Tawaran wang dengan membantu membawa barang milik orang lain.

26.

Pilih jawapan yang betul berkaitan otot yang dilabelkan dalam gambar tersebut.

a)

Deltoid

b)

Hamstring

c)

Latissimus dorsi

d)

Gluteus maximus

27.

Pilih jawapan yang betul berkaitan otot yang dilabelkan dalam gambar tersebut.

a)

Gluteus maximus

b)

Pectoralis major

c)

Quadricep

d)

Trapezius

28.

Senaman regangan ialah cara terbaik bagi meningkatkan fleksibiliti. Terdapat beberapa kaedah regangan yang dipraktikkan. Berikut adalah kaedah regangan yang betul kecuali

a)

regangan satistik

b)

regangan statik

c)

regangan dinamik

d)

regangan balistik

29.

Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau beban dengan menggunakan daya yang maksimum.


Kenyataan tersebut merujuk kepada ................ .

a)

Fleksibiliti

b)

Kekuatan otot

c)

Kapasiti aerobik

d)

Komposisi badan

30.

Keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan secara berterusan untuk mengatasi rintangan dalam jangka masa panjang.


Kenyataan berikut merujuk kepada .................. .

a)

Daya tahan otot

b)

Komposisi badan

c)

Kapasiti aerobik

d)

Fleksibiliti

31.

Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum.


Kenyataan berikut merujuk kepada ................. .

a)

Komposisi badan

b)

Daya tahan otot

c)

Kapasiti aerobik

d)

Fleksibiliti

32.

Apakah situasi kecemasan yang memerlukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)?

a)

Muntah-muntah

b)

Terseliuh

c)

Patah tangan

d)

Lemas

33.

Apakah yang anda faham mengenai pertolongan cemas?

a)

Tindakan awal yang perlu diambil oleh seseorang untuk menyelamatkan mangsa dalam situasi kecemasan serta memerlukan tindakan serta-merta dan pantas.

b)

Tindakan yang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa akibat kemalangan.

c)

Rawatan awal yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan.

d)

Bantu mula yang hanya diberikan kepada mangsa kemalangan apabila pasukan perubatan tiba.

34.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil apabila berlaku kemalangan?


I. Periksa mangsa dan hubungi talian kecemasan.


II. Lakukan prosedur CPR apabila didapati mangsa tidak bernafas atau tiada denyutan nadi.


III. Biarkan mangsa dan segera mendapatkan pertolongan daripada orang sekeliling.


IV. Menjerit minta pertolongan daripada orang terdekat.

a)

I dan III sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II dan IV sahaja

35.

Prosedur CPR dijalankan apabila langkah-langkah pemeriksaan terhadap mangsa telah dilakukan dengan menggunakan protokol ……………… yang telah dipelajari sebelum ini.


Apakah jawapan yang sesuai dalam ruang kosong tersebut?

a)

D.R.A.B.C

b)

R.I.C.E

c)

T.O.T.A.P.S

d)

E.C.C

36.

Melutut di sisi kepala mangsa. Keluarkan sebarang benda asing yang menghalang saluran pernafasan. Buka saluran pernafasan dengan mengangkat dagu dan dongakkan kepala mangsa.


Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu langkah dalam pertolongan cemas. Apakah langkah tersebut?

a)

Responsiveness (tindak balas)

b)

Airways (laluan pernafasan)

c)

Breathing (bernafas)

d)

C.P.R

37.

Lihat pergerakan dada mangsa, dengar bunyi pernafasan dan rasa hembusan nafas menggunakan pipi. Jika tiada pernafasan, maka prosedur CPR perlu dilakukan.


Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu langkah dalam pertolongan cemas. Apakah langkah tersebut?

a)

Danger (bahaya)

b)

Responsiveness (tindak balas)

c)

Airways (laluan pernafasan)

d)

Breathing (bernafas)

38.

Lakukan hembusan udara dari mulut ke mulut sambil perhatikan pergerakan dada mangsa. Hembus satu saat bagi setiap hembusan. Periksa kadar nadi mangsa dalam masa 10 saat.


Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu langkah dalam pertolongan cemas. Apakah langkah tersebut?

a)

CPR

b)

ECC

c)

Danger (bahaya)

d)

Breathing (bernafas)

39.

Luruskan kedua-dua lengan hingga ke paras bahu dengan mencondongkan badan ke hadapan. Lakukan sebanyak 30 kali tekanan dengan kedalaman 5 cm dan tidak melebihi 6 cm pada kadar kelajuan 100 hingga 120 tekanan seminit.


Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu langkah dalam pertolongan cemas. Apakah langkah tersebut?

a)

Airways (laluan pernafasan)

b)

Danger (bahaya)

c)

E.C.C (external cardiac compression)

d)

Breathing (bernafas)

40.

Jerat dadah memberikan implikasi yang negatif terhadap mangsa. Usaha yang progresif dan padu perlu dilakukan untuk menanganinya.


Berikut merupakan cara untuk mengelakkan diri daripada terpedaya dengan jerat dadah kecuali,

a)

Tinggal bersama keluarga atau sentiasa menziarahi keluarga.

b)

Keluar makan atau minum dengan orang yang baru dikenali.

c)

Percaya dengan diri sendiri bahawa anda boleh berjaya.

d)

Selidik latar belakang seseorang yang anda baru kenali.