wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - PENGAJIAN AM

Total questions: 19

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan

a)

seseorang boleh memohon habeas corpus sekiranya penahanannya tidak mengikut undang-undang

b)

seseorang warganegara berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata disisi undang-undang

c)

seseorang warganegara berhak menganut, dan menyebarkan agama yang dianuti kepada orang lain

d)

seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan oleh mahkamah boleh dibicarakn semula atas kesalahan yang sama

2.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerajaan Malaysia?

a)

Mengamalkan system kerajaan kesatuan

b)

mengguna pakai system kerajaan persekutuan

c)

Perdana Menteri sebagai ketua Negara

d)

Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mutlak

3.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Suruhanjaya Cobbold?

a)

Membuat syor-syor perlembagaan

b)

Menyediakan memorandum cara pembentukan Malaysia

c)

Menyediakan draf cadangan untuk menuntut kemerdekaan

d)

memaklumkan kepada orang ramai tentang pembentukan Persekutuan

4.

Yang manakah pernyataan tentang kerajaan persekutuan?

a)

Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mutlak

b)

Pentadbir utama dan memonopoli kuasa eksekutif ialah Raja atau Sultan

c)

Kerajaan Pusat mempunyai kuasa sepenuhnya hal ehwal luar Negara

d)

Kerajaan Pusat berkuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri

5.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Merupakan undang-undang tertinggi Negara

b)

mengandungi 183 perkara dan 14 bahagian

c)

Boleh dipinda oleh Parlimen mengikut keperluan semasa

d)

Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan akan terbatal keseluruhannya

6.

Yang manakah perkara yang terdapat dalam Senarai Bersama?

a)

Pendidikan

b)

Bekalan Air

c)

Projek Perumahan

d)

Kebudayaan dan Sukan

7.

Yang manakah penyataan yang benar tentang peranan sesebuah kerjaan?

a)

Memastikan keamanan dan ketenteraman

b)

menyediakan kemudahan ekonomi

c)

Memberikan bantuan kewangan

d)

memberi suaka politik

8.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang hak asasi kewarganegaraan?

a)

Boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasab diri

b)

Berhak memohon habeas corpus apabila ditahan secara tidak sah

c)

Boleh ditahan sebagai abdi bagi perkhidmatan kerahan tenaga

d)

Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa

9.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang ketertinggian Perlembagaan persekutuan?

a)

merupakan undang-undang tertinggi

b)

Undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan

c)

YDPA mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam Perlembagaan

d)

Parlimen mempunyai kuasa penuh untuk membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan

10.

Sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab untuk menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah Negara

Pernyataan di atas merujuk

a)

ciri kerajaan

b)

jenis kerajaan

c)

takrif kerajaan

d)

peranan kerajaan

11.

* Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri

*Terdapat perkongsian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dalam pentadbiran dan perundangan


Pernyataan di atas merujuk

a)

Kerajaan Kesatuan

b)

Kerajaan Gabungan

c)

Kerajaan Persekutuan

d)

Kerajaan Demokrasi Berpresiden

12.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang syarat memohon kewarganegaraan melalui naturalisasi?

a)

Dilahirkan di Persekutuan

b)

Berkahwin dengan warganegara di Malaysia

c)

Berniat hendak bermastautin tetap di Malaysia

d)

Mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu

13.

Yang manakah tujuan pembentukan Malaysia

a)

mempercepat mendapat status Negara maju

b)

mempercepat proses kemerdekaan

c)

memastikan keamanan dan keselamatan Negara

d)

membebaskan Malaysia daripada campur tangan kuasa besar

14.

Yang manakah terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri?

a)

Tanah

b)

Biasiswa

c)

Pertahanan

d)

Perumahan

15.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Parlimen mengatasi perlembagaan

b)

Asas kepada pembentukan kerajaan

c)

Tidak boleh dibuat sebarang pindaan

d)

Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

16.

Seseorang warganegara Malaysia hilang taraf kewarganegaraannya apabila

a)

belot semasa peperangan

b)

memohon kewarganegaraan negara lain

c)

memburuk-burukkan imej negara di luar negara

d)

dituduh menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong

17.

Jika X seorang anak kepada warga asing dan ibunya seorang warganegara Malaysia. X mendapat kewarganegaraannya melalui kaedah

a)

kuat kuasa undang-undang

b)

kemasukan

c)

pendaftaran

d)

tidak layak

18.

Yang manakah melambangkan peruntukan kebebasan dalam Perlembagaan Malaysia

a)

memilih kerajaan

b)

menabur fitnah

c)

melantik Ketua Kerajaan

d)

menganjurkan demonstrasi

19.

Kedudukan agama dalam Perlembagaan Persekutuan adalah

a)

Agama Islam merupakan agama rasmi

b)

Parlimen berkuasa menggubal undang-undang agama Islam

c)

Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggarakan yayasan bagi agamanya

d)

Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain.