WorksheetsKURSUS PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Definisi bagi aset yang paling TEPAT ialah:
Harta yang dikawal oleh entiti yang memberi manfaat ekonomi pada masa hadapan atau potensi perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam entiti.
Semua bangunan kerajaan yang dikawal oleh entiti yang memberi manfaat ekonomi atau potensi perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam entiti.
Kewangan yang dikawal oleh entiti yang memberi manfaat ekonomi atau potensi perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam entiti
Sumber yang dikawal oleh entiti yang memberi manfaat ekonomi pada masa hadapan atau potensi perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam entiti.
Tatacara pengurusan aset yang betul adalah seperti berikut:
Pendaftaran > Penerimaan > Penyelenggaraan> Penggunaan> Pelupusan
Penerimaan> Pendaftaran> Penyelenggaraan> Penggunaan> Pelupusan
Penerimaan> Pendaftaran> Penggunaan> Penyelenggaraan> Pelupusan
Pendaftaran> Penggunaan> Penerimaan> Penyelenggaraan> Pelupusan
Kategori aset bukan semasa terbahagi kepada 2 iaitu aset fizikal dan aset bukan fizikal. Dibawah adalah senarai aset fizikal KECUALI:
Aset Alih Kerajaan
Aset Semasa
Aset Bukan Alih Kerajaan
Aset Hidup
Aset Alih Kerajaan diambil kira sebagai aset bagi satu entiti sekiranya harga perolehan asal adalah berjumlah _________:
RM 2,500.00
RM 2,000.00
RM 3,000.00
RM 3,500.00
Setiap aset alih kerajaan akan dibuat pemeriksaan. Semasa pemeriksaan dilaksanakan perkara yang diberi penekanan untuk diperiksa adalah seperti berikut:
Rekod & Keadaan
Rekod, Penempatan & Fizikal
Rekod, Keadaan, Penempatan & Fizikal
Rekod, Keadaan & Penempatan
Terdapat banyak kaedah pelupusan yang telah dibenarkan bagi sesuatu aset atau inventori mengikut kesesuaian aset atau inventori tersebut. Nyatakan kaedah pelupusan bagi bahan kimia (dimakmal) menggunakan kaedah pelupusan musnah secara _________.
Ditanam
Dibakar
Dibuang
Ditenggelam
Semua aset kerajaan akan diberikan tanda pengenalan, pilih satu (1) cara yang selalu dipraktikkan di PPUM.
Melabel
Mengecat
Emboss
Engrave
Sekiranya terdapat apa-apa kehilangan, Ketua Jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga wang awam atau yang mengetahui kehilangan berlaku, hendaklah melaporkan kepada pihak Polis dalam tempoh ______ jam.
12
16
18
24
Jawatankuasa Penyiasat hendaklah dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal dalam tempoh _______ dari tarikh Laporan Awal ditandatangani :
2 hari
14 hari
21 hari
30 hari
Apabila Laporan Akhir telah disiapkan oleh Jawatankuasa Penyiasat, Pegawai Pengawal boleh mengesyorkan tindakan seperti berikut:
Hapuskira wang awam dengan surcaj & Hapuskira wang awam dengan tatatertib
Hapuskira wang awam dengan surcaj, Hapuskira wang awam dengan surcaj dan tatatertib & Hapuskira wang awam tanpa surcaj atau tatatertib
Hapuskira wang awam dengan surcaj, Hapuskira wang awam dengan tatatertib, Hapuskira wang awam dengan surcaj dan tatatertib & Hapuskira wang awam tanpa surcaj atau tatatertib
Hapuskira wang awam dengan surcaj, Hapuskira wang awam dengan tatatertib & Hapuskira wang awam dengan surcaj dan tatatertib
