NEW
Font size
WorksheetsTemuduga Kemasukan Pelajar IKDAR
Total questions: 60
Worksheet time: 42mins
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Idgham Bila Ghunnah.
Jelas atau nyata.
Memasukan tanpa dengung
Sembunyi atau samar-samar
Membalikkan atau menggantikan
Berapakah huruf yang terdapat dalam Izhar Syafawi?
1
2
6
26
Berapakah bahagian bilangan makhraj huruf utama dalam ilmu tajwid?
2
5
8
17
1. Berikut huruf-huruf yang lingkungan bibir mulut KECUALI?
ف
ب
م
ن
Apakah maksud tanwin?
Nun yang berbaris
Nun yang tidak berbaris
Menebalkan bacaan yang nipis
Bunyi nun yang terdapat pada lafaz dan tidak pada tulisan
Apakah hukum membaca al- al-Isti’azah pada awal surah?
Harus
Wajib
Sunat muakkad
Fardhu kifayah
Berikan pengertian ilmu tajwid dari segi bahasa
Membaca
Memperelokan
Mempercepatkan
Memperdengarkan
Apakah huruf yang keluar dari rongga kerongkong hingga rongga mulut. Ia juga dikenali sebagai huruf lingkungan udara?
ن
ل dan ر
ا, و dan ي
ج, ش dan ي
Berapakah huruf yang terdapat dalam Ikhfa’ hakiki?
1
6
14
15
Apakah hukum membaca al-Basmalah pada awal surah?
Sunat
Harus
Wajib
Fardhu Ain
Apakah yang dimaksudkan dengan al-Jauf?
Rongga Hidung
Rongga Mulut
Halqum
Dua bibir Mulut
Apakah hukum mempelajari ilmu tajwid?
Fardu Kifayah
Fardu Ain
Sunat
Harus
Apakah hukum membaca al-Quran dengan bertajwid?
Wajib
Harus
Sunat
Makruh
al-Khaisyum dari sudut bahasa bermaksud?
Dua bibir Mulut
Rongga Mulut
Rongga Hidung
Halqum
Apakah bunyi huruf yang keluar pada rongga hidung?
ع
ض
ا
غنة
Antara berikut merupakan air mutlak KECUALI
Air sirap
Air embun
Air salji
Air hujan
Antara berikut yang manakah merupakan najis Mughallazah?
Bangkai
Darah
Air kencing
Babi dan anjing
Berikut merupakan najis Muttawassitah, KECUALI
I. Muntah
II. Tahi
III. Babi dan anjing
IV. Air kencing bayi lelaki yang masih belum berumur 2 tahun.
l dan ll
ll dan lll
l dan IV
lll dan lV
Apakah yang dimaksudkan dengan air Mustakmal?
Air yang suci lagi menyucikan
Air yang makhruh digunakan
Air yang mengandungi najis
Air yang suci tetapi tidak menyucikan
Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas kecil atau hadas besar merujuk kepada air?
Air mutlak
Air musyammas
Air mustakmal
Air mutanajis
Apakah hukum bersuci menurut Islam
Wajib
Sunat muakad
Sunat
Harus
Apakah yang dimaksudkan dengan air Mutanajis?
Air yang suci lagi menyucikan
Air yang makhruh digunakan
Air yang mengandungi najis
Air yang suci tetapi tidak menyucikan
Anjing dan babi serta keturunannya tergolong dalam najis
Najis Mukhaffafah
Najis Muttawassitah
Najis Mughallazah
Najis Mudharabah
Antara berikut merupakan alat yang digunakan untuk beristinjak KECUALI
Air Mutlak
Batu
Tulang
Tisu
Yang manakah merupakan rukun qalbi dalam solat?
Niat
Berdiri dengan betul
Membaca surah al-Fatihah
Memberi salam yang pertama
Umrah bermaksud mengunjungi Baitullah (Ka'bah) pada masa-masa tertentu serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah umrah dengan syarat-syarat yang khusus.
Betul
Salah
Ibadat haji hanya dikerjakan bermula 1 Syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
Betul
Salah
Solat mempunyai tiga belas rukun.
Betul
Salah
Waktu yang di bolehkan membayar zakat fitrah adalah bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Syawal.
Betul
Salah
Ibadah korban boleh dilakukan pada hari raya Haji dan hari raya Aidil Fitri.
Betul
Salah
Cikgu Nur meminta murid-murid berkumpul di tepi Dewan Seri Gemilang. _______ mengarahkan _________ membuat tiga barisan.
Dia …. kita
Dia …. kalian
Beliau …. mereka
Beliau …. kami
Ketika melihat pergaduhan itu adik berkata, “________, sungguh malang nasib pemuda itu!”
Cis
Aduh
Amboi
Aduhai
__________ polis itu sedang menyampaikan taklimat kepada para wartawan tentang kejadian rusuhan di pusat tahanan itu.
Jurutera
Juruulas
Jurucakap
Jurubahasa
Buaya yang besar itu ________ ekornya sebelum membaham mangsanya.
mengebaskan
mengibaskan
mengipaskan
melibaskan
Tuan Pengetua _________ hadiah kepada pemenang pertandingan pidato sekolah itu
menyatakan
menyampaikan
menyempurnakan
mempersetujui
Sumbangan __________ orang ramai itu akan diagihkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Iran
dari
untuk
kepada
daripada
Encik Ram mengupah ________ dalaman untuk menyusun atur perabot dan lukisan lukisan di rumah barunya.
jurucerakin
jurulatih
juruhias
jurubina
Rakyat Malaysia begitu terkejut __________ mendengar berita penemuan mayat jutawan wanita yang dilaporkan hilang itu.
apabila
sejak
akan
bila
Semua pelajar tingkatan dua dikehendaki _________ di Dataran Bestari pada pukul 10.30 pagi ini kerana ada perkara penting yang hendak disampaikan oleh pengetua sekolah.
berjajar
bersusun
berhimpun
berlonggok
Rombongan _____________ dari Jepun telah sampai ke Putrajaya untuk bertemu dengan Perdana Menteri sebelum menyertai Seminar Pelaburan ASEAN.
karyawan
usahawan
sejarawan
budayawan
Hakim dan Taufik selalu bersama-sama untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan walaupun mereka mempunyai kemahiran yang berbeza.
Peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas ialah
seperti isi dengan kuku.
bagai aur dengan tebing.
seperti pahat dengan penukul.
seperti anjing dengan kucing.
"Pandai-pandailah kamu membawa diri di tempat orang nanti, kerana lain padang lain belalangnya~" pesan emak kepada Abang Long yang berpindah ke tempat baharu.
Peribahasa yang bergaris bermaksud _________
setiap tempat, berbeza-beza ragam penduduknya.
setiap tempat, ada adat yang diamalkan
setiap tempat, berbeza-beza adatnya.
setiap tempat, ada penduduknya.
Lelaki itu tidak mempedulikan jirannya yang susah walaupun dia mempunyai wang untuk disedekahkan. Sifat lelaki itu dikatakan bagai
rambut sama hitam, hati lain-lain.
melepaskan anjing tersepit
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
durian dan mentimun, menggolek kena, kena golek pun kena.
Pilih penggunaan bahasa Melayu dengan betul
I Setengah orang tidak menggemari sikapnya itu.
II Ibu bapa akan meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menghalang mereka daripada keluar rumah.
III Dengan menggunakan besi, Sulaiman memecahkan tingkap rumahnya.
IV Penjahat itu menyamar sebagai perempuan supaya dia dapat melepaskan diri daripada buruan polis.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Warna ___________ merupakan warna kesukaan anak perempuan Puan Zalina.
biru kebiru-biruan
telur kuning
perang-perang
biru laut
Senarai berikut merujuk kepada dua buah bandar terancang dalam tamadun Indus.
Mengapakah bandar tersebut dianggap sebagai bandar terancang?
I Dikelilingi oleh tembok
II Disusun secara blok segi empat
III Dilengkapi dengan kemudahan colloseum
IV Dilengkapi dengan aqueduct untuk menyalurkan air
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kegiatan perdagangan yang dijalankan di negara kota Yunani dikenakan cukai.
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
I Kenaikan harga barang
II Ramai penduduk berpindah
III Kedatangan pedagang merosot
IV Keluaran hasil pertanian berkurangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kesan daripada kemunculan persatuan perdagangan di China?
Sistem feudal bertambah kukuh
Pengukuhan kuasa golongan kapitalis
Golongan komprador menguasai ekonomi
Kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar
Apakah bukti arkeologi yang dapat dikaitkan dengan kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara?
Artifak manik
Prasasti Telaga Batu
Candi Lembang Bujang
Gendang gangsa Dongson
Pendeta Nasrani iaitu Buhaira telah meramalkan sesuatu tentang diri Nabi Muhammad s.a.w. Apakah ramalan tersebut?
Nabi Muhammad s.a.w. akan mati dibunuh
Nabi Muhammad s.a.w. akan menjadi seorang rasul
Nabi Muhammad s.a.w. akan menjadi penakluk yang hebat
Nabi Muhammad s.a.w. akan menjadi peniaga yang berjaya
Mengapakah konsep persamaan taraf sesama manusia dalam ajaran Islam ditentang keras oleh masyarakat Arab Jahiliah?
Menjejaskan semangat assabiah
Hilang status sebagai ketua kabilah
Bertentangan dengan sistem sosial jahiliah
Melenyapkan sistem politik berasaskan kabilah
Mengapakah khalifah menggunakan konsep musyawarah dalam menjalankan tugasnya?
Meningkatkan ekonomi negara
Meneruskan penyebaran agama
Mengekalkan perpaduan ummah
Menguruskan perbendaharan negara
Apakah tindakan Khalifah Umar bin al-Khattab mengawal penyelewengan hakim?
Mengenakan hukuman berat
Membuat pemantauan yang kerap
Memberikan gaji bulanan yang lumayan
Meningkatkan kefahaman tentang Islam
Perkembangan pesat sektor perdagangan di kalangan orang Melayu berkait rapat dengan saranan Islam. Apakah saranan tersebut?
Merupakan sumber rezeki terbesar
Menambahkan kekayaan umat Islam
Meningkatkan kemajuan agama Islam
Mengikut jejak langkah Nabi Muhammad
Apakah matlamat perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara pada tahap kedua?
Menuntut kemerdekaan
Menuntut kebebasan bersuara
Memajukan kegiatan ekonomi
Menimbulkan kesedaran politik
Mengapakah Gerakan Islah tidak dapat berkembang di Negeri-Negeri Melayu?
Tidak mendapat sambutan
Tiada pemimpin berwibawa
Ditentang oleh golongan radikal
Terdapat sekatan undang-undang
Apakah kepentingan alat kebesaran diraja bagi Kesultanan Melayu Melaka?
Kedaulatan raja
Kedudukan raja
Kehebatan pemerintah
Kekuasaan mutlak raja
Apakah bukti yang menunjukkan sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsur demokrasi?
Pelantikan melalui pilihanraya
Pelantikan mengikut peringkat
Pelantikan melalui pencalonan rakyat
Pelantikan berdasarkan keputusan mesyuarat
Apakah pandangan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) terhadap cadangan gagasan Malaysia?
Menolak penyertaan Singapura
Menyarankan pergabungan dengan Indonesia
Memberi kemerdekaan kepada Sarawak terlebih dahulu
Mengadakan rundingan dengan penduduk Tanah Melayu
Berdasarkan Perkara 25, apakah kesalahan yang menyebabkan seseorang boleh dilucutkan kerakyatannya?
Tidak setia kepada negara
Tidak menghormati lambang negara
Tidak menghormati lagu kebangsaan
Tidak mempunyai semangat patriotisme
