wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BADAN KEHAKIMAN

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Kebebasan badan kehakiman dipelihara untuk

a)

Membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

b)

Membina keyakinan terhadap sistem keadilan negara

c)

Mempercepat perbicaraan kes-kes jenayah

d)

Mengawal kualiti badan guaman negara

2.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kuasa Mahkamah Persekutuan ?

i. Memutuskan sebarang pertikaian antara mahkamah rendah

ii. Mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan Persekutuan

iii. Mendengar rayuan ulang bicara kes sivil dan kes jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan

iv. Memutuskan persoalan perlembagaan yang ditimbulkan dalam perbicaraan di mahkamah lebih rendah

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

3.

Antara yang berikut , yang manakah tidak benar tentang Mahkamah Kanak-kanak ?

a)

Mahkamah Kanak-kanak wujud di setiap negeri

b)

Perbicaraan di Mahkamah Kanak-kanak dijalankan secara tertutup

c)

Mahkamah Kanak-kanak boleh membebaskan pesalah dengan ikat jamin

d)

Keputusan Mahkamah Kanak-kanak tidak boleh dirayu di Mahkamah Tinggi

4.

Yang manakah antara kesalahan berikut dikategorikan sebagai kes jenayah?


i. Meminta ganjaran dan saguhati daripada pelanggan

ii. Menuntut harta warisan daripada kedua-dua ibu bapa

iii. Tidak menyelesaikan bayaran balik pinjaman perumahan

iv. Mencuri maklumat akaun dan peribadi pelanggan melalui internet

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

5.

Yang manakah tugas badan kehakiman?

a)

Meluluskan undang-undang negara

b)

Menggubal undang-undang negara

c)

Melaksanakan undang-undang negara

d)

Menentukan kesahan undang-undang negara

6.

Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Perbuatan rasuah

b)

Perbuatan minum arak

c)

Pengambilan anak angkat

d)

Pembahagian harta pusaka

7.

Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Khalwat

b)

Mengamalkan ajaran sesat

c)

Tidak berpuasa pada bulan Ramadan

d)

Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian

8.
  • - Mendengar kes rayuan yang dibicarakan
  • - Mentafsir Perlembagaan dan Undang-undang


Yang manakah antara mahkamah berikut mempunyai kuasa seperti yang tersenarai di atas?

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Rayuan

d)

Mahkamah Persekutuan

9.

Mahkamah yang manakah yang kes rayuannya boleh didengar di Mahkamah Tinggi ?


i. Mahkamah Khas Raja-raja

ii. Mahkamah Perusahaan

iii. Mahkamah Syariah

iv. Mahkamah Juvana

a)

i dan iii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

10.

Kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang dilaksanakan oleh

a)

Mahkamah Tinggi                            

b)

Mahkamah Rayuan

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Mahkamah Khas Raja-Raja

11.

Yang manakah merupakan bidang tugas Peguam Negara ?


i. Memberi arahan memberhentikan perbicaraan

ii. Melaksanakan pentadbiran bidang kehakiman

iii. Membantu merangka rang undang-undang

iv. Menjatuhkan hukuman ke atas pesalah-pesalah

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

12.
  • - Mengadili semua kes jenayah kecuali yang melibatkan hukuman mati
  • - Mengeluarkan saman, waran dan perintah mahkamah
  • - Mengadili tuntutan kes sivil tidak melebihi RM250 000.00


Pernyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Persekutuan

13.

Perintah mahkamah " habeas corpus " mempunyai hubungan yang rapat dengan kebebasan asasi individu

a)

Kesamarataan antara kaum

b)

Membebaskan seseorang daripada tahanan pihak berkuasa

c)

Kebebasan bergerak

d)

Kebebasan beragama

14.

Jika berlaku pertikaian antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan , pertikaian tersebut boleh diselesaikan di

a)

Mahkamah Persekutuan

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Tribunal Khas

d)

Mahkamah Sesyen

15.

Encik X mendakwa dirinya ditahan secara tidak sah di sisi undang -undang dan beliau ingin mencabar tahananan tidak sah di Mahlarnah Tinggi


Permohanan untuk dibebaskan boleh dibuat dengan memfailkan

a)

Writ habeas corpus

b)

Alibi

c)

Prima Facie

d)

Litigasi