wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

STPM_PP_Sem 1_Kuiz Bab 2_Pengeluaran

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan Kaedah Kawalan Inventori KECUALI...

a)

Analisis ABC

b)

Sistem JIT

c)

ISO 9000

2.

Kaedah kawalan inventori ini menggunakan pengelasan tahap penggunaan inventori mengikut nilai ringgit penggunaan.

a)

Analisis ABC

b)

Model EOQ

c)

Sistem JIT (Kaedah Tepat Pada Masa

3.

Jenis-jenis inventori terbahagi kepada...?

a)

4

b)

2

c)

3

4.

Yang manakah antara berikut jenis-jenis inventori?

a)

Kerja dalam proses

b)

Produk separa siap

c)

Produk siap

d)

Bahan mentah

5.

Berikut merupakan sistem kawalan inventori KECUALI...

a)

Sistem kawalan inventori berkala (masa tetap)

b)

Sistem kawalan inventori selanjar (kuantiti pesanan tetap)

c)

Sistem kawalan inventori teratur

6.

Pendekatan kawalan kualiti terbahagi kepada?

a)

4

b)

3

c)

2

7.

Kawalan kualiti ini dibuat selepas pengeluaran tamat. Pendekatan kawalan kualiti yang dimaksudkan ialah....

a)

kawalan semasa

b)

kawalan input

c)

kawalan output

8.

Kawalan kualiti ini dibuat sebelum aktiviti pengeluaran bermula. Pendekatan kawalan kualiti yang dimaksudkan ialah....

a)

Kawalan input

b)

Kawalan proses

c)

Kawalan output

9.

Terdapat berapa kategori kos yang berkaitan dengan pengurusan kualiti?

a)

5

b)

4

c)

3

10.

Kos ini berlaku apabila produk yang berkualiti rendah ditemui sebelum produk tersebut dihantar kepada pelanggan. Kos yang dimaksudkan ialah...

a)

Kos kegagalan luaran

b)

Kos penilaian

c)

Kos kegagalan dalaman

11.

Kos ini dibayar untuk mencegah berlakunya ketidakpatuhan kepada keperluan pengguna. Kos yang dimaksudkan ialah...

a)

Kos penilaian

b)

Kos kegagalan luaran

c)

Kos pencegahan

12.

Alat kawalan kualiti ini menggunakan skala had atas dan skala had bawah bagi tahap kualiti yang perlu dipatuhi bagi suatu produk yang dikeluarkan. Alat kawalan kualiti ini ialah...

a)

Carta kawalan

b)

Kawalan proses secara statistik

c)

Analisis niai tambah

13.

Merujuk kepada proses mengeluarkan ciri-ciri dalam suatu produk untuk menghasilkan produk mengikut spesifikasi pelanggan. Kenyataan ini merujuk kepada alat kawalan kualiti?

a)

Kajian kualiti/kos

b)

Penanda aras

c)

Analisis nilai tambah

14.

Apakah kaedah pemeriksaan kualiti yang sesuai digunakan bagi projek pembinaan lebuh raya?

a)

Pemeriksaan menyeluruh

b)

Pelan pensampelan

c)

Pasukan penambahan kualiti

15.

Apakah kaedah pemeriksaan kualiti yang sesuai digunakan bagi produk pengguna?

a)

Pelan pensampelan

b)

Penanda aras

c)

Pemeriksaan menyeluruh

16.

Dalam kaedah pemeriksaan pelan pensampelan, sampel produk akan dipilih secara rawak daripada kumpulan produk (lot produk). Berapa peratuskah sampel yang dipilih bagi mewakili kumpulan produk yang diuji?

a)

5%

b)

10%

c)

15%

17.

Kenal pasti pernyataan di bawah yang menerangkan kelebihan pelan pensampelan.

a)

Menjimatkan masa dalam pemeriksaan

b)

Dapat mengurangkan kadar produk yang dipulangkan

c)

Sesuai untuk pengeluaran produk berskala besar

18.

Kenal pasti pernyataan di bawah yang menerangkan kelemahan kaedah pemeriksaan menyeluruh.

a)

Kos pemeriksaan tinggi

b)

Melibatkan pekerja yang ramai untuk membuat pemeriksaan

c)

Sukar memilih sampel yang tepat dalam melakukan pemeriksaan ke atas produk

19.

Berapakah proses yang terlibat dalam kawalan kualiti?

a)

6

b)

5

c)

4

20.

Aktiviti pemantauan ke atas setiap proses kawalan yang dilaksanakan merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan dalam proses kawalan kualiti. Proses ini merujuk kepada langkah?

a)

Rancang

b)

Semak

c)

Buat

d)

Tindakan

21.

Kenal pasti faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan bagi sesebuah syarikat dalam memilih lokasi kilangnya.

a)

Faktor persekitaran

b)

Bahan mentah

c)

Inisiatif pelaburan

d)

Kemudahan infrastruktur

22.

Susun atur proses pengeluaran ini sesuai bagi pengeluaran produk bersaiz besar, berat dan mudah pecah. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

susun atur produk

b)

susun atur tetap

c)

susun atur selular

23.

Susun atur proses pengeluaran ini sesuai bagi pengeluaran produk yang seragam dan dalam kuantiti yang banyak. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

susun atur proses

b)

susun atur produk

c)

susun atur selular

24.

Susun atur proses ini membolehkan mesin dan peralatan, tenaga kerja dan bahan mentah yang sama fungsi akan dikumpulkan dalam jabatan tertentu atau disusun mengikut fungsi kerja. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

susun atur tetap

b)

susun atur selular

c)

susun atur proses

25.

Kenal pasti ciri-ciri bagi jenis pengeluaran secara berkelompok.

a)

Produk dikeluarkan dalam kuantiti sederhana

b)

Pengeluran barangan yang mempunyai fungsi yang sama

c)

Melibatkan barang keperluan harian

d)

Pengeluaran adalah dalam satu barisan yang panjang

26.

Kenal pasti ciri-ciri bagi jenis pengeluaran mengikut tempahan.

a)

Volum pengeluaran produk rendah

b)

Inventori kosong

c)

Modal dan pelaburan yang besar

d)

Produk yang dihasilkan unik aatau khusus serta ikut spesifikasi pelanggan

27.

Reka bentuk pengeluaran yang menggunakan bahagian yang seragam dan biasanya boleh ditukar ganti dengan mudah. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

Modular

b)

Simplification

c)

Standardization

28.

Merujuk kepada proses membahagikan proses pengeluaran kepada bahagian atau unit-unit pengeluaran yang lebih kecil. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

modular

b)

simplification

c)

standardization

29.

Merujuk kepada pengurangan atau penggabungan langkah pengeluaran bagi menjadikan proses pengeluaran mudah dan menjimatkan masa. Kenyataan ini merujuk kepada...

a)

standardization

b)

simplification

c)

modular

30.

Kenal pasti elemen yang termasuk di dalam kategori input dalam gambar rajah proses pengeluaran/ sistem pengeluaran.

a)

Sumber bahan mentah

b)

Sumber kewangan

c)

Sumber tenaga kerja

d)

Sumber peralatan